Asam Garam Kehidupan: Antara dua..pilihlah.

Nuffnang

Pages

4 Mar 2014

Antara dua..pilihlah.

Sewaktu kita sedang berjalan, pernah kah terlintas di minda kita, " nak berjalan ni, kena susun langkah camni, pastu camni, pastu lenggang sikit, then elak bila nampak batu, longkang...",  atau waktu kita makan, minum,mandi...ada ke terfikir nak kunyah makanan ni, kena kunyah camni..rasanya tak kan? Kita tak terasa atau terfikir sedang mengunyah, meneguk minuman atau mandi, kerana benda tu semua sudah sebati dalam diri kita. Tidak perlu fikir-fikir atau terpaksa mujahadah untuk melakukannya. Kebaikan juga, jika kita  istiqomah melakukannya, InsyaAllah tidak lagi berat, memang berat pada awalnya, bersedekah misalnya, nafsu sakit bila terpaksa menyerahkan kepunyaan kita kepada orang lain. Tapi nafsu itulah nak kita tekan, ibarat rumput atau lalang di halaman ( rumah kampungla ada halaman, ada rumput, rumah bandar semua dah bertile..), jangan biarkan ia tumbuh, apalagi disuburkan, hendaklah kita cantas selalu.

Begitu juga dengan perangai yang tidak baik. Jika sudah sebati dalam diri, sudah menjadi tabiat harian, kita tidak akan sedar tabiat buruk itu ada dalam diri kita. Bila ada orang menegur.." Awak ni camni, camtu, sekian..sekian..so on, so on..." kita akan terkejut, bahkan spontan pula menafikan, " Eh, ye ke, bila masa saya camtu.." Kita akan anggap itu hanya tuduhan melulu, atau pun kita rasa kita tak terniat pun nak buat camtu, dan macam-macam alasan lagi, maka kita tidak akan rasa bersalah pun....

Memang kita tidak akan terasa lagi kerana kejahatan itu sudah jadi tabiat, pakaian dan basahan peribadi. Tanpa sedar ramai yang sudah terasa, kecik hati, jauh hati tapi kita tetap selamba je, 'cool men, cool..'

Ini sangat merbahaya, kerana kita tidak lagi merasa berdosa dengan kejahatan yang kita lakukan. Lantaran itu kita tetaplah melakukan dosa itu, berterusan dan berterusan. Kita juga tidaka akan bertaubat dengan dosa tadi, kalau bersalah sesama manusia kita tidak pula meminta maaf, jadi bagaimana mungkin ia dapat diampunkan oleh Allah?


Ihsan google


10 comments:

  1. generasi pada masa kini kurang memikirkan kesan dan akibat yang akan berlaku pada diri mereka...mereka suka membuat keputusan tanpa berfikir panjang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. remaja yang membesar tanpa didikan iman dan takut Allah, memang mudah terjerumus

      Delete
  2. Itu yg dikatakan bila dah biasa walau ianya adalah larangan bagaikan tidak apa. Contohnya di bulan ramadhan depan mata kakak ni Azie. Makan selamba aje. Terlupalah tu.. siap sangkut air minuman dlm plastik kat cermin sisi keetanya ketika buat kerja. Mulut menunyah tanpa rasa bersalah sehingga ditegur kanak-kanak "pakcik tak puasa" baru sedar itu adalah bulan ramadhan.

    Kemana agaknya iman? itulah nama dah terbiasa. Na'uzubillah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedihkan kta tengok keadaan camtu, sebab tula pentingnya menanam iman ke dalam jiwa anak-anak sedari dalam kandungan lagi, bahkan bermula dari mencari pasangan hidup sebenarnya, suasana r/tangga islam, pergaulan, pendidikan semuanya kena diperhatikan..jika kita sayang generasi kita akan dtg, betul tak kzakie?

      Delete
  3. setiap apa yang kita lakukan sebenarnya kita kena berfikir terlebih dahulu, jangan terhantuk baru nak terngadah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya farah, berfikir dengan akal yang dipandu oleh iman.

      Delete


  4. kadang2 kita memang susah nak terima teguran..
    diri sendiri.

    ReplyDelete
  5. sebab kita masih ada ego yang tebal..

    ReplyDelete
  6. Kesedaran tu dari Allah, atau ada orang tolong tunjukkan.

    ReplyDelete
  7. Justeru itu, kita sepatutnya bersikap terbuka pada teguran orang lain pada diri kita. Itu sebenarnya peluang untuk kita menilai dan perbaiki diri...

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign