Asam Garam Kehidupan: Memburu dunia?????

Nuffnang

Pages

12 Mar 2014

Memburu dunia?????

Suatu hari Saidina Abu bakar merasa tersangat dahaga. Beliau pun meminta sedikit air. Lalu salah seorang sahabat membawakan minuman air dan madu. Ketika meminumnya, dia tercekik hingga mengalir air matanya. Beliau terus menangis sehingga orang di sekelilingnya merasa hiba dan turut menangis.

Saidina Abu Bakar mengesat air matanya. Dia bertafakur sebentar, namun air matanya mengalir semula. Para sahabat merasa hairan lantas bertanya, " Wahai Amirul Mukminin, adakah tangisan kamu ini berpunca dari minuman itu?" Beliau menjawab dalam esakan, " Bukan, aku teringat di mana aku dan Rasulullah, tiada siapa pun di situ kecuali aku, tiba-tiba Baginda menolak ( mengelak ) dan bersabda, "Jauhkan dirimu daripada aku," Lalu aku bertanya, "Demi ayah danibuku, aku tidak melihat sesiapa di hadapanmu, dengan siapa engkau berbicara wahai Rasulullah?"

Rasulullah menjawab, " Dunia ini memanjangkan badannya melihat kepadaku dengan leher dan kepalanya lalu ia berkata, wahai Muhammad, ambillah aku," aku menjawab, Jauhkan dirimu daripada aku," kemudia dunia terus berkata lagi, Jikalau engkau terlepas daripadaku wahai Muhammad,  maka sesungguhnya tidak akan terlepas dariku orang-orang selepas engkau."

Saidina Abu Bakar menyambung lagi, " Sesungguhnya aku takut dunia akan bertakhta di dalam hatiku."


sesungguhnya itulah ikrar atau janji dunai di hadapan Rasulullah, dan ternya benar. Ramai manusia telah tenggelam di dalamnya. Di mana-mana orang memburu dunia. Pangkat, darjat, mengumpul harta benda, mencipta populariti dan sebagainya. Siapa yang tidak berusaha akan dianggap ketinggalan zaman dan dipandang rendah oleh masyarakat.

Hanya yang benar-benar beriman akan selamat dari tipuan dunia...

* Masih terus mengikuti perkembangan MH370, tapi nampaknya belum ada sebarang khabar gembira yang dapat dikongsikan. Jadi marilah kita terus berdoa dan meminta kepadaNya agar segera ada busyro buat semua...*

6 comments:

  1. Kadang diri kakak ini pun terleka Azie.. bila ada membaca article atau N3 seperti ini akan terjaga dari kelalaian itu..

    * mengharap dlm mencari misi hilang jgn pula ada unsur syirik - takut kakak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..

      Kzakie dah tengok kat Youtube yang bomoh duduk atas tikar 3 orang, yg kat belakang sekali pegang kelapa dua biji, kelakarkan..ha ha ha..

      Delete
  2. Ya-Allah..Terleka kami dibuai dunia...terabai kami didalamnya...andai tidak dikejutkan sebegini..pasti kami akn terus terlena...Tkasih utk pengkongisn ini geng...

    #doauntukMH370

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama kita saling mengingatkan, itulah antara tugas seorang sahabat.

      Delete
  3. mudah-mudahan seimbang dunia dan akhirat Allah Maha Besar

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita cari dunia untuk tanam saham akhirat.

      Delete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign