Asam Garam Kehidupan: nilai setitis AIRMATA.

Nuffnang

Pages

14 Mar 2014

nilai setitis AIRMATA.

Tatkala Nabi Adam dikeluarkan dari syurga lantaran hukuman Allah terhadapnya, beliau telah menangis selama 300 tahun. Beliau malu untuk mengangkat kepalanya ke langit. Dirasakan terlalu berat bebanan dosa dan kesilapan yang ditanggungnya. Demi untuk membersihkan diri yang terlanjur itu, beliau sujud menyembamkan muka ke bumi dan menangis selama 100 tahun. Dengan hati yang terlalu hiba beliau menangis semahu-mahunya. Airmatanya keluar mencurah-curah hingga mengalir menuruni jurang di gunung tersebut. Bayangkanlah betapa banyak airmata yang mengalir itu sehingga dapat dinikmati oleh bururng-burung yang berterbangan.

Saidina Umar Al Khatab apabila mendengar ayat-ayat Al Quran tentang siksaan Allah, serta-merta dia jatuh pengsan, apabila dirawat oleh para sahabat, mereka dapati ada dua garisan memanjang di pipi beliau lantaran terlalu kerapnya beliau menangis.

Ka'bul Ahbar ( seorang alim ) berkata: " Sungguh aku menangis kerana takut kepada Allah sehingga airmataku bertitisan, lebih aku sukai daripada aku bersedekah emas seberat timbangan diriku kerana tidak seorangpun yang menangis kerana takut kepada Allah Taala sehingga airmatanya berjatuhan di bumi kecuali dia tidak akan disentuh oleh api neraka."

Denga rahmat Allah yang maha luas, cukup dengan setitis airmata taubat yakni airmata kerana takutkan Allah, dapat menyelamatkan diri dari disentuh oleh api neraka.

Justeru itu marilah kita merenung ke dalam diri sejenak, berapa banyakkah kita telah menitiskan airmata kerana takutkan Allah? Kalau Nabi Adam yang cuma sekali terlanjur itu menangis begitu rupa, sepatutnya kita lebih lagi banyak menangis kerana kita memang sentiasa melakukan dosa....

Tetapi tidak demikian, kita masih mampu bergelak ketawa dalam keadaan menderhakai Allah. Yang lebih malang ada pula berbangga melakukan maksiat..." Alah, setakat perempuan ni, aku dah penah rasa..." Sudahlah bangga dengan maksiat,tidak ada rasa malu menghebahkan keaiban..Seolah-olah mereka sengaja menempah neraka dari dunai lagi. Wal'iyazubillah...

Bukan sembarangan orang mampu menitiskan airmata kerana takutkan Allah. Hanya orang yang sensitif dengan dengan Allah yang mampu berbuat demikian. Kebanyakan kita menangis bukan kerana takutkan Allah tetapi kerana sebab yang remeh-temeh seperti putus cinta, kerana gagal dapat kerja, kerana gagal dalam dalam peperiksaan....yang kita takut bukan saja airmata itu tiada nilainya di sisi Allah, tetapi akan dipersoalkan pula kerana kita tidak redha dengan ketentuanNya.

Jadi jom kita latih-latih diri kita mengenang dosa, paksa-paksa dulu airmata keluar sebab takut dosa, mudah-mudahan Allah pandang kita dengan pandangan rahmatNya..
Ihsan google


setitis air mata taubat dapat
memadam api neraka.

9 comments:

  1. Airmata didalam sujud inshaAllah termakbul, walaupun bersyukur atau mempermudahkan penghijrahan. Biasanya bila benar-benar dalam kesusahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab itu Rasulullah suka berada dalam kesusahan dan kemiskinan, kerana ia dapat mengingatkan kita kepada Allah.

      Delete
  2. lebih ramai yang menitiskan air mata kerana dunia ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul3x, menangis kerana dunia mudah...

      Delete
  3. Kekadang kita terlalu leka mengutip dosa-dosa dari perkebunan noda. Kita terlalu jauh dari-Nya dan hanya mengingati-Nya tika derita menyapa. Titis-titis air mata kerna menginsafi dosa-dosa amatlah bermakna utk menghidupkan hidup agar tidak mati sebelum mati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..bila dihidayahkan untuk insaf setelah melakukan dosa, yang kita takut, ada yang menyedari dosa, tapi berbangga dengannya, wal'iyazubillah...

      Delete
  4. Menangis kerana cinta biasa, menangis kerana dosa luar biasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. menangis kerana cinta berkaitan dunia..kan mudah kerana kita telah meletakkannya di hati kita, sedangkan menangis kerana dosa dan takut Allah, sukarnya kerana kita tidak cinta kepadaNya

      Delete
  5. Assalamualaikum..
    Mohon pencerahan.saya ada berkongsi info di atas dlm group wasap sy.ada teguran dr ahli.ayatnya mcm ni.
    Maaf madeq...
    Banyak kisah diatas tiada sumbernya;-
    Contoh- hadist riwayatnya siapa @ kitabnya...
    Dan kebanyakan kisah nabi Adam alaihi salam drpd sumber israelliyat...
    Wallahu a'lam...
    Mohon pencerahan.tq

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign