Asam Garam Kehidupan: Jika isteri lebih pandai dari suami.

Nuffnang

Pages

29 Apr 2014

Jika isteri lebih pandai dari suami.

Camane tuh?
Isteri ada phD, suami ada diploma je, tapi dah itu jodohnya, mampu tak untuk taat, tawadhuk dan merendah diri terhadap suami?

Kenalah tanya iman di dada tu yea....

Nak jadi isteri solehah kenalah kita bersakit-sakit, membiasakan diri dengan kesusahan yang mendera tangkai hati, mengikis sifat-sifat mazmumah yang sekian lama bersarang di hati.

Selalunya kita sebagai wanita memang mengharapkan sumai lebih segala-galanya dari kita supaya suami jadi pembimbing kita, dapat mendidik dan memberi ilmu paa kita. Tiba-tiba ditakdirkan kita mendapat suami yang kurang bijaksananya. Di sinilah nampaknya kita kena bermujahadah untuk mentaati dan melayan suami.

Ketika itu kita kena ingat yang suami itu adalah pemimpin yang menguasai diri kita, walaupun dirinya kurang daripada kita., dia tetap menjadi pelindung yang patut ditaati dan dilayani. Dengar dengan baik apa yang mahu diperkatakannya, walaupun kurang tepat. Jika tersalah apa yang dikatakannya, jangan cepat membangkang. Jaga hati suami supaya dia tidak rasa diperbodohkan.

Kalau nak bagi pandangan atau idea, berilah secara berhikmah, lemah-lembut dan merendah diri. Contohnya kita cakap macam ni....

" Bagaimana pandangan abang kalau kita buat camni..."
                                         
                                          atau...

" Maafkan saya bang, abang setuju tak kalau kita buat begini..."

                                        atau....

" Cantik pandangan abang tadi kalau ditambah dengan..."

Percayalah, tak rugi memandang suami lebih pandai daripada kita walaupun hakikatnya tidak begitu. Carilah ilmu dan pengalaman dari orang lain jika suami tidak dapat memenuhinya. Kalau datang rasa tidak puasa hati terhadap suami kerana dirinya tidak seperti yang kita harapkan, kenalah bermujahadah, datangkan rasa suami itu tetap istimewa dan hebat kerana dia diistimewakan Allah. Merendah dirilah kepadanya biar bagaimanapun keadaan dirinya.
Yang penting kita hendakkan rahmat dan keredhaan Allah...


Kena banyak merendah diri jika dapat suami
yang kurang bijaksana-ihsan google.

4 comments:

  1. isteri lagi tinggi pelajaran dari suami bukan bermakna kena jadi dominan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, isteri tetaplah tempat kedua selepas suami.

      Delete
  2. hormat suami, anak lelaki, abang, adik lelaki sebagai imam dan pemimpin. jadi bila nak tegur tu terpaksa ingatkan ni :) bilal lagi lebih kedepan pengetahuan sebab initiatifnya utk tahu waktu solat sebelum azan .

    ReplyDelete
  3. keadilan Allah meletakkan kita sesuai dengan fitrah, jika melawan fitrah memang huru-haralah jadinya.

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign