Asam Garam Kehidupan: Mengenal diri.

Nuffnang

Pages

22 Apr 2014

Mengenal diri.

Jom..mari kita sama-sama suluh diri diri dan peribadi kita, kot ada sifat-sifat di bawah ni terselit pada diri kita, jom kita pakat campak akhlak buruk tu ke laut yea ( macamla boleh campak-campak, kenala lalu jalan 'mujahadah'..tulah yang peritnya )

1. Mengumpat.
Menceritakan kejadian yang sebenar berlaku pada diri kawan atau musuh di hadapan orang lain. Kalau di hadapan pelakunya kita tidak akan menyebutnya.
( di neraka nanti azab bagi si pengumpat ialah makan daging orang yang diumpatnya..wal'iyazubillah...)

2.  Banyak mulut.
Cerewat. Menceritakan apa saja yang didapati daripada orang kepada orang lain. Dalam menceritakannya, lebih banyak timbul hal-hal yang buruk. Daripada orang  yang beginila berita mudah tersebar.

3. Garang.
Mendesak orang lain mengikut kemahuan kita dengan paksaan., melalui kata-kata, bukan dengan perbuatan. Mencapai keinginan dengan cara yang kurang matang ( saya pun suluh perangai garang saya dengan anak-anak dan anak murid saya, hmmmm..camane yek, kalau tak garang, tak dimarah, susahnya diorang nak dengar arahan, buat tak tau je terutama bab solat, terus-terangla..saya ni bukannya pandai sangat psiko, dan dah malas nak psiko-psiko ni, saya salute parents yang sabar dan rajin psikologi dengan anak-anak mereka )

4.  Memandang rendah.
Kita rasa orang lain lebih banyak memiliki kelemahan dan kecactan daripada kita sendiri.

.......merendahkan pandangan memang dituntut, memandang rendah pula tanda tiada sifat hamba....

5.  Gopoh-gapah.
Selalu nak cepat dalam hal yang boleh dibuat dengan tenang. Orang begini selalu membuat keputusan yang salah.
...tergopoh-gapah itu daripada syaitan, bertenang-tenang itu dari Allah...

6.  Suka membebani orang lain.
Melepaskan tanggungjawab sendiri kepada orang lain dengan cara yang tidak disenangi orang.

7.  Bermuka-muka.
" saya setuju dengan keputusan awak, awak bijak buat penilaian, buka macam si..... tu, entah apa-apa cadangan dia." kita dengan si A.

" Saya ikut apa je keputusan awak, saya rasa apa yang awak buat ni betul, bukan macam si......tu, saya rasa dia silap la" kita jumpa si B, macam ni pulak kita putar.

8.  Degil.
Tidak mahu dengar cakap orang lain. Tidak mahu duduk di bawah arahan orang dan tidak mahu orang mengarahnya.

....degil adalah ciri ego. Ego pula mendekati kepada syirik kerana membina sifat ber'tuhan'kan diri sendiri, wal'yazubillah...


* ampun maaf ye kawan-kawan, saya tak dapat BW dan jawab komen kengkawan, tenet dah habis kuota, larling belum bayar bil, hu hu...*

2 comments:

  1. Gopoh-gapah kakak ni kadang ada sifat itu Azie. Nak kena campaklah. Kakak ni kalut memang apa lagi kalau bersangkutan dgn masa. Kuat syaitan menggoda kakak...

    ReplyDelete
  2. kalau dah bersangkutan dgn masa tu memanglah kzakie, saya pun kalut, tapi kalau masa banyak pun kita kalut semacam jugak itulah yang parah., nanti buat tu tak kena, buat ni tak jadi..

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign