Asam Garam Kehidupan: Rindu...

Nuffnang

Pages

17 Apr 2014

Rindu...

Rindu dan sayu bila ingatkan kakak, ibu pun menggumamkan lagu
'Drink of love- Hamud Al-khadri', lagu kesukaan kakak,
ibu teringat macamane kesabaran kakak mengajar adik-adik
siapkan homework matematik, sambil ibu memasak di dapur,
sedangkan ibu cuma mampu bantu subjek pendidikan Islam je, malam tadi Nadhrah
kena siapkan 4 homework, merungut-rungut dia marahkan cikgu sebab
bagi banyak sangat homework. Penat dia, sekolah pagi-petang, sampai rumah pun dah pukul
6.30 petang, lepas maghrib terus keluarkan homework, ibu kesian sangat tengok dia
tapi ibu pun tak dapat nak tolong semua.

Tu yang buat ibu makin terkenangkan kakak...

Dan bila minggu lepas kakak telefon beritau masalah istihadhah kakak
yang masih berlarutan, ibu makin risau. Dulu dah pernah bawa jumpa doktor pakar,
makan ubat homopati, ibu bawak berurut, nampaknya Allah masih mahu menguji kakak,
sekarang kakak jauh di asrama, ibu cuma mampu titipkan doa moga
Allah berbelas kasihan pada kakak,
ibu suarakan kerisauan ini pada abah, abah diam saja,
mungkin abah pun bimbang,  tambahan pula kakak
nak SPM tahun ni.

rindu pada arwah ma, terkenang bagaimana ma
setia menemani aku di kegelapan pagi pukul 6.30 berbekalkan lampu suluh, berjalan kaki dalam jarak 1 km
ke stesen bas sambil berbual-bual tentang berbagai kisah, yang masih ku ingat tentang abah, yang seakan melupakan kami, tentang adik-adik yang jauh di Pahang bersama abah, tentang tekad ma nak ambil adik-adik tinggal bersama ma,...dan ma akan berada di situ sehingga aku selamat menaiki bas.

saat ini aku sedang menangis rindukan ma, Al- fatehah...

Tapi aku juga mau merasakan rindu pada Rasulullah, aku mau juga menangis kerana Rasulullah...
kalau boleh aku mau mengenang baginda dalam setiap detik nafasku,
mengalunkan selawat tanda kasihku pada insan yang paling berjasa itu,
tapi....
aku tak mampu, kerasnya hatiku, jahatnya aku..
telah puas kuajari hatiku supaya merindui baginda,
kupaksa-paksa lidahku berselawat kepadanya,
kulawan-lawan kantuk mataku bila kuselaki lembaran sirah baginda
Ohh..wahai Tuan yang keranamu diciptakan
alam ini dan seluruh isinya,
saat ini ku mau akui..
aku malu kerana belum mampu
merinduimu..

6 comments:

  1. Sayu hati kakak baca N3 ini Azie. Moga anakanda yg jauh diberi kekuatan dan kesabaran. Usaha sudah ada apalah daya kita kan. Tak sangka begitu kisah hidup remaja Azie. Mesti sentiasa dlm lipatan memori yg tak mungkin boleh dilupakan..

    Sungguh syaitan memang selalu menggoda kita. Semakin kita mahu mendekatkan diri utk rindulkan baginda dan Allah semakin banyak ujian ditempuh. Itulah diri kita kan..

    ReplyDelete
  2. mana mungkin dilupakan kzakie, jadi memori luka sepanjang hayat, abah saya kata saya berdendam pada dia, bukan dendam, cuma jauh hati..
    saya belum jumpa cara nak ubati istihadah ni, dah search intenet, kzakie ada cara?

    muga baginda masih sudi mensyafaatkan kita di akhirat nanti...

    ReplyDelete
  3. selalunya bila kita berada dalam kesedihan , ketika ada ujian dan musibah , maka kita akan mengenang kesusahan yg kita terpaksa harungi suatu masa dulu ... redha dan banyakkan berzikir kerana zikir itu dapat menenangkan hati . insha Allah , dlm ketenangan itu , mungkin akan ada jawapan kepada permasalahan ...

    ReplyDelete
  4. terimakasih atas komen yang membina.

    ReplyDelete
  5. alahai kesiannya kakak... Moga segera reda masalahnya...

    ReplyDelete
  6. berkat doa ibu.
    semuanya dah okay ibu :'D
    lepas kita call ibu mlm tu, beberapa hari lepastu dah takde lagi. alhamdulillah.. terima kasih ibu <3

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign