Asam Garam Kehidupan: May 2014

Nuffnang

Pages

30 May 2014

Menangislah....

Selalu orang menangis kerana
suami kurang simpati
Isteri tidak menghormati
Miskin papa orang tidak peduli
Kena marah oleh ibu ayah
Suami, boss tidak bertimbang rasa
Sakit yang serius
Kematian orang yang tersayang
ada juga kerana purus cinta....

Jarang orang menangis kerana
Dosa dengan Tuhan
Keterlanjuran dengan orang
Tidak dapat melaksanakan hukum Tuhan
Amalan yang dibuat,
apakah diterima Tuhan atau sebaliknya...







29 May 2014

Pameran orkid dan bonsai Taman Tasik Perdana

Di jalan masuk

Rambang mata, sayangnya saya bukan peminat orkid.

Saya ni bukan tau sangat pasal pokok, tak sangka bonsai kecil tu
harganya rm100, yang besar tu rm350, tapi ada yang mencecah
rm2000, takdelah saya nak habiskan duit untuk benda camni,
tapi kalau orang minat dan berduit tentu tak kisah je nak membeli.

Cili purple, kata yang menjualnya cili ni tak pedas sangat,
tapi kalau saya beli saya buat hiasan je kot, cantik sangat

sape nak cuba bakat mencanting batik cam Umar Zikri ni, silalah
ke pameran orkid dan bonsai.

Ni lah hasil keras tangan Umar Zikri ^^

Pameran bermula dari 23 mei hingga 1 jun ni, sape berkelapangan
bolehlah luangkan masa, banyak yang menarik.

Saya cuma berani beli sepasu ni je, sebab dah banyak kali tanam
asyik mati je, cuma adala petua-petua berguna yang saya dapat
dari si penjual ros ni.


Orang yang jual ros tu kata, dia dah berpengalaman dari kecil menanam bunga ros ni, rupa-rupanya taklah secerewet mana, katanya cuma siram seminggu sekali, baja pun seminggu sekali dengan baja udang, saya taklah menanya lebih lanjut apa dia baja udang tu, tapi katanya baja udang tu paling sesuai dengan bunga ros. Tanah kena gembur, tak boleh kena direct sun, seeloknya letak di tempat yang teduh. Kalau nak lagi elok siram dengan air basuhan ikan atau pun letak kepala-kepala ikan bilis untuk baja, tapi mesti datang semut pulak kan.

Satu lagi katanya kalau pokok ada kulat, tumbuk bawang putih, campur air dan spray kat pokok tu, In Shaa Allah mati kulat tu.

Bila lihat berbagai jenis bunga dengan berbagai warna yang sangat cantik tu, saya dah cukup kagum. Subhanallah..kalau yang kat dunia ni dah cantik macam tu, kat syurga nanti entah macamanalah cantiknya, tak terbayang dek mata, tak terjangkau dek akal.

28 May 2014

Penduduk Neraka.

" Sesungguhnya penduduk syurga yang paling sedikit adalah wanita" (hadis riwayat Muslim dan Ahmad )

Sabda Nabi " Aku melihat ke dalam syurga dan aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara ( Orang-orang fakir ) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuni adalah wanita" ( hadis riwayat Al Bukhari dan Muslim )

Kenapa itu terjadi....?

1.  Kufur terhadap suami dan kebaikan-kebaikannya.
2.  Derhaka tehadap suami
     -derhaka dengan perbuatan.
     -derhaka dengan ucapan dan perbuatan
3.  Tabarruj ( menampakkan perhiasan )
4.  Tidak menghormati suami.

Marilah kita muhasabah diri siapa diri kita.....
Kata-kata itu dari Rasulullah- Sodiqul Masduq iaitu yang benar lagi dibenarkan..sewaktu malam baginda diisrak mikrajkan.

Ya Allah, selamatkanlah kami semua dari azab api neraka, ampunkan kami ya Allah....

Allah Taala berfirman dalam surah At Tahri  ayat 6 yang bermaksud:

"Wahai orang=orang yang beriman! Jagalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu."

Perkongsian dari group BB.

26 May 2014

BAGAIMANA NAK KHUSYUK DALAM SOLAT

seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk dalam solatnya.Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk.

Lantas dia selalu bertanya kepadaorang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaikidirinya yang selalu dirasai kurang khusyuk.

Pada suatu hari Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al Assam dan bertanya, " Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"

Hatim berkata, " Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu zahir dan batin."

Isam bertanya, " Bagaimana wudhu zahir san batin itu?"

Hatim menjawab, " Wudhu zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu dengan air, sementara wudhu batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara:

* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan.
* Tidak tergila-gilakan dunia.
* TIdak mencari/ mengharap pujian orang.
* Tinggalkan sifat berbangga.
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu.
* Meninggalkan sifat dengki.

" Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggota ku dan menghadap kiblat.Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:

1.  Aku sedang berhadapan dengan Allah.
2.  Syurga di sebelah kananku.
3.  Neraka di sebelah kiriku.
4.  Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5.  Aku bayangkan pula seolah-olah berdiri di atas titian ' Siratul Mustaqim' dan menganggap bahawa
solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku."

" Kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik. Setiap bacaan dan doa di dalam solat, aku faham maknanya."

" seterusnya aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkannya dengan Hatim.

Bagaimana pula solat kita....???

Perkongsian dari rakan BB.

25 May 2014

Home made aiskrim, ermm..bolehla..

Teruja, excited...
Lepas ni takyah beli aiskrim lagi, dah boleh buat sendiri, halalan toiyiban lagi..

Nak cuba, ini resepinya:
1biji putih telur
4 ke 5 sudu gula halus ( adjust kalau nak lagi manis yea )
1 sudu the ovalette
1 sudu essen vanilla
1 tin susu cair
perisa

Pukul putih telur bersama gula, hingga kembang putih. Masukkan ovalette, pukul lagi ( kelajuan sederhana ). Masukkan essen vanilla, perisa dan susu cair, pukul lagi, tingkatkan sedikit kelajuan. Pukul hingga cukup kembang. Bolehla disejukkan.

Untuk satu adunan ni bolehla dapat sebekas aiskrim. Semalam saya buat dua adunan, untuk dua perisa, coklat dan vanilla, kesukaan anak-anak.
Cuba jangan tak cuba, senang sangat, jimat, halal, cuma taklah sehalus aiskrim
yang kat kedai tu, yang vanilla tu, boleh taburkan coklat rice di dalamnya.

23 May 2014

Suamiku tak bekerja....

Alhamdulillah, bil dah disettlekan oleh larling saya, terimakasih abang, sayang abang, he he... so malam ni saya amik peluang BW dan balas komen kengkawan dalam post yang belum dibalas.

 
Nak war-warkan juga nih, bahawasanya si anak dara saya tu, yang sweet seventeen tuh, pun dah buat blog, nak tiru ibu dialah tuh, ha ha..kalau ada kengkawan nak join sangatlah dialu-alukan dan terimakasih tak terhingga..ini linknya http://chocolatebananapops.blogspot.com/ ( berapa banyak tuh..daaa )


Nampaknya ramai yang tertarik membaca isu-isu dalam rumahtanggakan, yalah..alam rumahtangga ni, memang ada pasang surutnya.

Saya nak buat entri bagaimana nak menghadapi suami yang tidak bekerja, so saya tanyalah pendapat larling saya. Nak tau apa dia jawab..." Suruhlah suami tu duduk rumah jerrr..." Peghh..sabo jelah. Tapi saya memang ada beberapa orang kawan yang suaminya tak bekerja atau kerjanya tak tetap, tapi Alhamdulillah diorang tu nampaknya ada tolak-ansur..isteri keluar bekerja, so suami akan duduk rumah dan jaga anak, masak, kemas rumah..

Tapi tu kalau dapat suami yang understanding, tapi kalau jenis yang memang malas, dahlah tak kerja, tolong apa yang patut kat rumah pun tak nak..hmmm...

Apapun..jika diuji begini, Dia selalu ada sebagai sandaran kita, Allah uji tu Allah sayang sebenarnya, jika tak ingat begini memang kita akan merana, derita, sakit hati, sakit jiwa semua bercampur-baur jadi beban yang tak tertanggung.

Memang kita akan rasa susah untuk merasa bersandar hidup dengan suami dan rasa memerlukannya. Tapi ingatlah harta yang kita ada itu hanyalah pinjaman Allah untuk dimanfaatkan. Isteri yang beriman tidak akan berbangga dengan kekayaan yang dimiliki tetapi dia rasa bersyukur kerana dapat menolong suaminya seperti yang pernah dilakukan oleh Siti Khadijah yang menyerahkan hartanya kepada Rasulullah SAW yang menggunakannya untuk memperjuangkan Islam.

Kita...mungkin boleh bagi semangat dan dorongan buat suami untuk memulakan bisnes kecil-kecilan dan dahulukan modal untuk suami...In Sha Allah..berkat.

22 May 2014

RAMBUT...mahkota wanita

" Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-steri orang Mukmin, hendaklah mereka menghulurkan jilbab-jilbab mereka ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
 

                                                                                                                       Al-Ahzab: 29



Kelihatan ada yang berlari, ada yang tergesa-gesa. Masing-masing ingin pulang segera. Lalu kedengaranalah laungan dari mereka kepada sahabat-sahabat yang lain. Memberritahu telah turun kata-kata Allah untuk mereka. Isteri-isteri dan anak-anak perempuan pun diberitahu. Tanpa soal, tanpa ragu-ragu, dengan penuh rasa diri hamba, mereka ragut tabir-tabir dan tirai-tirai di rumah buat menutup diri. Begitu tinggi mereka meletakkan wahyu daripada Allah SWT itu.

Rambut, mahkota kebanggaan wanita. Dijaga rapi, diubah suai apabila tidak puas hati ( malah sekarang ni, muka atau apa saja bahagian tubuh yang dirasakan tidak memenuhi citarasa boleh diubahsuai sesuka hati ). Hingga ada yang mewarnakannya dengan berbagai warna, galamour, trend terkini kata mereka. Mereka bahagia mendapat perhatian ramai. Bahagia yang mengundang derita sebenarnya, kalaulah mereka mahu menyuluhnya dengan matahati..............

Setiap helaian rambut merupakan anugerah Allah. Membaluti kepala yang tentunya kelihatan hodoh andaikata ia tiada. Itulah keadilan dan kebaikan Allah. Sesuatu diletakkan kena pada tempatnya. Dan pasti setiap nikmat yang diberi, diminta jagai ia dengan sempurna mengikut syarat-syarat  yang telah ditentukan. syarat yang bukan saja untuk kebaikan diri di dunia bahkan untuk kebahagian yang kekal di Akhirat nanti.

Alangkah ayunya, betapa manis dan sopannya, betapa sejuk mata memandang, seorang gadis berjalan teratur penuh santun. Pandangan mata dijaga. Gerak lakunya dikawal sama. Kata-kata Allah lebih 1400 tahun dahulu dijadikan amalan hidup. Mujahadah baginya stu kemanisan. Kerana ia yakin nikmat Allah yang dijajnjikan adalah benar.

Maka lahirlah peribadi-peribadi seperti wanita di zaman Rasulullah. Bersabar dalam mengikut perintah Allah, bersungguh-sungguh meninggalkan apa yang dilarang, berjiwa tenag menerima ujian, redha dengan ketentuan Tuhan. Bukankah ini yang sudah tandus dari muka bumi Allah kini?

Oleh itu berlaku adillah pada diri. Supaya tidak dipersoal, mengapa tidak dijaga nikmat yang Kuberi? Mengapa ia disalahgunakan? Mengapa tidak digunakan akalmu untuk melawan nafsu dan syaitan?

Mampukah dijawab segala soalan? Mampukah diri menanggung segala macam seksaan? Nabi melihat perempuan-perempuan yang tergantung  dengan rambutnya dan mendidih otaknya. Apabila ditanya Baginda menjawab, " Perempuan-perempuan yang diseksa demikian adalah perempuan yang tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang haram memandangnya."

Alangkah sedihnya jika kita salah seorang  yang dilihat di dalam perjalanan malam Baginda bertemu kekasihnya, Rabbul Amin..........renunglah dengan matahatimu yang jernih...........


20 May 2014

Ada 15 musuh syaitan

1.   Jasad Rasulullah

2.   Pemimpin Islam yang adil.

3.   Orang kaya yang beriman dan tawadhuk.

4.   Peniaga yang jujur.

5.   Orang yang banyak bersembahyang dan khusyuk.

6.   Orang yang sentiasa bertaubat.

7.   Orang yang warak dala perkara yang diharamkan.

8.   Orang yang sentiasa kekal dalam wudhuk.

9.   Orang yang banyak bersedekah ( pemurah ).

10.  Orang yang baik perangai.

11. Orang yang penyayang.

12. Orang yang membaca Al Quran dan mengamalkannya.

13. Orang yang selalu bertahajjud.

14. Orang yang berfaedah kepada masyarakat.

15. Orang yang suka memberi nasihat yang baik.

Kalaulah saya dapat amalkan salah satu saja secara istiqomah........hu hu

Sekali lagi ampun maaf kepada kengkawan sebab takleh nak balas ziarah, bill blum settle, tenet slow cam hape, tapi rindunya nak ngadap blog kutabahkan hati kuhadapi jua tenet yang jalan ngalahkan kura-kura nih!

19 May 2014

Terlepas dari hukuman

Seorang yahudi yang menuduh seorang muslim mencuri untanya, telah menemui Rasulullah SAW dengan membawa 4 orang saksi palsu dari golongan munafiq. Setelah diadili maka nabi pun menjatuhkan hukuman potong tangan ke atas orang muslim itu.

Orang muslim itu kebingungan kerana dituduh mencuri. Maka dia pun berdoa kepada Tuhan: " Tuhanku, Engkau Maha Mengetahui bahawa sesungguhnya aku tidak mencuri unta itu, tunjukkanlah Ya Allah..."

Seterusnya lelaki itu berkata kepada Nabi, " Wahai Rasulullah, sesungguhnya hukuman engkau itu benar, akan tetapi mintalah dulu keterangan daripada unta ini."

Rasulullah pun berkata kepada unta itu, " Wahai unta, milik siapakah engkau ini?"

Unta itu menjawab dengan fasih dan terang, "Wahai Rasulullah, aku adalah milik orang muslim ini dan sesungguhnya para saksi ini adalah pendusta."

Akhirnya Rasulullah bertanya kepada orang muslim itu, " Beritahulah kepadaku apakah amalanmu sehingga Allah menjadikan unta ini boleh berbicara."

Jawab orang  muslim itu, " Wahai Rasulullah, aku tidak tidur di waktu malam sehingga aku membaca selawat untukmu sepuluh kali."

Rasulullah berkata, "Engkau telah selamat dari hukuman potong tangan di dunia ini dan selamat dari seksa Akhirat nanti dengan sebab berkat engkau membaca selawat untukku."


***hebatnya keberkatan berselawat ke atas Nabi, bukan sahaja selamat di dunia, bahkan di Akhirat itulah tiket untuk kita mendapat syafaat dari baginda, jadi jom kita amalkan selawat tak kira di mana dan dalam suasana apa, moga kita berada di hati baginda***

18 May 2014

Kejar dunia VS kejar Akhirat.

*  Wahai Tuhan, susahnya nak kejar akhirat..harta terkorban, badan letih, orang hina, kehilangan kawan, aku tak mampu ya Allah....
-   Mana lebih susah, nak sembahyang subuh atau nak jadi nelayan? Sembahyang subuh tu kan untuk kejar akhirat, jadi nelayan pulak untuk cari kehidupan dunia. Rasanya lebih susah jadi nelayan, terpaksa turun ke laut sebelum subuh, dilambung dihempas ombak, adakalanya ditelan laut atau ditelan ikan. Berhari-hari, berminggu-minggu, berbulan-bulan, tinggalkan anak isteri, sedangkan kalau nak sembahyang subuh rasanya taklah sesusah itu.

*   Tapi kalau buat ibadah susah nak lawan nafsu. Beratnya lah nak tinggalkan katil dan selimut waktu subuh tu...
-   Benar, tapi taklah sesusah nak buru dunia, buru nama, buru glamor, buru pangkat. Rasanya buat kerja tu semua lebih menderita. Terkorban harta, hilang privacy bahkan terpaksa berdepan dengan kata nista orang juga.

*   Orang yang kejar akhirat pun dikata juga. Kononnya ketinggalan zaman, buang dunialah, tak campur oranglah..
_   Kalau nak ikutkan apa yang orang kata, rebut dunia lebih-lebih lagi orang kata, ada yang hasad dengki bila tengok orang lain lebih dari dia, silap haribulan orang usaha nak jatuhkan pula, rebut dunia ni kalau silap pertimbangan orang sanggup berbunuhan, kejar dunia kerana nama, nakkan glamor, kerana negara, kerana bangsa jauhla lebih susah, tapi kalau kita buat sembahyang malam, takde siapa pun yang dengki. Ada tak orang nak bunuh kita sebab kita bagi sedekah ke, puasa sunat ke......?

*   Kejar dunia seronok, sebab nampak ganjarannya, kejar akhirat tak nampak ganjarannya.
_   Tapi kejar akhirat taklah sesusah mendaki Gunung Everest, nak naik ke angkasa, naik basikal keliling dunia,ehhh, susahnya, penatnya, Kejar akhirat, rasanya tak sebanyak mana masa yang perlu dikorbankan, duit pun rasanya taklah habis sebanyak mana, fikiran, tenaga kadangkala untuk urusan dunia pun jenuh nak dikerahkan....

Yang sebenarnya bak kata pepatah, hendak seribu daya, tak hendak seeribu dalih. kalaulah manusia tahu , sedar dan faham tentang kehidupan akhirat yang bakal ditempuh kelak tentu kelu lidah untuk berhujjah. Manusia akan sanggup lakukan apa saja untuk kembali ke dunia bila tiba di border akhirat itu, tapi waktu itu sudah terlambat...tidak mungkin dia kembali ke dunia lagi walaupun untuk sesaat....( peringatan khusus buat diriku yang selalu terlupa...)

Ampun maaf ya kawan-kawan, buat masa ni tak dapat balas kunjungan atau balas komen, tenet dah habis kuota, In Syaa Allah saya akan balas kunjungan bila bil dah disettlekan oleh 'sidia'  he he....

15 May 2014

"Engkaukah Zulaikha?"

Nabi Yusuf mempunyai kecantikan yang luar biasa. Kecantikannya disertai dengan keperibadian yang mulia menambahkan kehebatannya. Dalam pada itu tidak sedikitpun dia berbangga dengan kecantikan anugerah Allah itu.

Ujian paling hebat melanda hidupnya ialah ketika Zulaikha, bonda angkatnya sendiri telah jatuh cinta kepadanya dan cuba menggodanya. Apakah kurangnya Zulaikha, walaupun usianya jauh berbeza dari Yusuf tapi masih rupawan. Tetapi oleh kerana Nabi Yusuf sentiasa ingat akan Allah maka tertolaklah bujukan nafsu Zulaikha yang sedang bergolak. Lalu Zulaikha menyuruh suaminya Aziz memenjarakan Yusuf supaya terbalas dendamnya.

Namun begitu Zulaikha tetap ingat dan merindui Yusuf, sehingga dirinya hilang pertimbangan. Dia menjadi separuh gila sehingga Aziz terpaksa menceraikannya. Begitu hebat penderitaannya, mulutnya sentiasa menyebut-nyebut nama Yusuf.

Setelah hampir 12 tahun Yusuf dipenjarakan, beliau dibebaskan dan dengan mukjizatnya yang boleh mentafsir mimpi beliau akhirnya menjadi raja Mesir yang adil dan bijaksana.Suatu ketika, sewaktu Nabi Yusuf seang berjalan di padang oasir, beliau terpandang seorang perempuan yang kelihatan tidak siuman sedang menyebut-nyebut namanya.

" Engkaukah Zulaikha?" kata Nabi Yusuf kehairanan.

Zulaikha terkejut lalu menangis mengenangkan dosanya kepada Nabi Yusuf. Atas kehendak ALLAH yang kasih kepada makhluknya, Zulaikha dipulihkan, wajahnya kembali muda dan bertambah cantik. Akhirnya Nabi Yusuf berkahwin dengan Zulaikha.

Teryata Zulaikha bukanlah Zulaikha yang dulu, yang sering merindui Yusuf. Lantaran insaf akan dosa-dosanya dan bagi memperlihatkan kesyukurannya kepada ALLAH, Zulaikha telah berubah menjadi wanita solehah yang sentiasa beribadah kepada Allah. Sehari-harian dia bermunajat kepada Allah.

Masanya hanya untuk Allah, bukan untuk yang lain, sekalipun suaminya Yusuf. Nabi Yusuf pun enegurnya supaya kembali kepada peranannya sebagai isteri.

"Wahai Zulaikha, sesungguhnya Allah telah memerintahkan aku mengahwini engkau keana darinya engkau akan melahirkan dua orang putera dan Allah akan jadikan mereka nabi dari keturunanku."

Dengan rendah hati Zulaikha pun berkata, " Wahai Yusuf, kalaulah Allah perintahkan engkau kerana itu dan aku sebagai jalan perantaraannya, dan kalau dengan mengikut kata-katamu itu juga dikira sebagai taat kepada Allah, maka aku akan taat dan patuh padamu."

Hiduplah mereka sebagai suami-isteri yang aman bahagia. Begitu hebatnya pengabdian mereka. Disamping cantik tubuh lahir, juga cantik rohaniahnya sehingga meninggalkan sejarah yang indah untuk tatapan zaman.

14 May 2014

Keistimewaan kasih-sayang dalam rumahtangga

Suami- perlukan belaian kasih isteri yang penyayang yang dapat melayani dan menghiburkan, serta pandai mengurus rumahtangga.


Isteri- juga sangat mengharapkan suami yang penyayang, bertanggungjawab dan berhikmah dalam mendidik.

Anak-anak- akan bahagia dan tenang apabila ibubapanya berkasih-sayang, bertanggungjawab mengasuh dan mendidik. Ibubapa bahagia kalau anak menyayangi , mentaati dan memuliakan mereka.

Ras kasih murni antara suami dan isteri boleh rosak jika masing-masing tidak berakhlak,cinta murni antara anak-anak dengan ibubapa diikat kuat oleh cinta tabi'i yang semulajadi akan punah jika tidak disuburkan.

Cinta suci akan subur apabila ada iman dan akhlak yang mulia. Iman dan akhlak mulialah menjadi penyebab membentuk keluarga yang bahagia dan berkasih-sayang. Sehingga lahirlah masyarakat penyayang dan negara makmur hasil daripada........


Kasih sayang Dalam Rumahtangga.

13 May 2014

Liebster award- sebenarnya saya pun tak berapa nak tahu ape benda dan apakah faedahnya dari games ni, malas sikit nak membacanya, banyak sangat, lagipun esok keje, so banyaklah yang nak diselesaikan, tapi InsyaAllah adalah manfaatnya tuh, anyway thanks to CN -seorang cikgu yang cukup dedikasi, iaitu

Cikgu Norazimah kerana sudi tag blog yang tak seberapa nih.


1. Pada tahun bilakah blog anda ditubuhkan?
sebenarnya blog akak ni baru nak genap setahun bulan jun ni, tarikh tepatnya 8 jun 2013 dengan entri pertama bertajuk rindu ma.

2. Apakah yang mendorong anda untuk membina blog?
kerinduan pada arwah mak lah yang mendorong akak membina blog ni, untuk meluahkan kerinduan dan kasih-sayang pada arwah mak yang rasanya tidak tertanggung saat itu.

3. Siapakah inspirasi anda dalam penyediaan entry di blog anda?
pada awalnya arwah maklah yang jadi inspirasi, tapi akak rasa tak ke mana kalau akak asyik berkisarkan kisah sedih, rindu mak aje, jadi tuan guru akak dan anak-anak murid akak pun turut jadi inspirasi dalam menyediakan entri-entri akak.

4. Siapakah idola anda dalam dunia blogging?
idola akak? hmmmm...sape yek? ramai rasanya.

5. Apakah target anda untuk blog anda?
Takdelah target hebat-hebat, cuma kalau dapatlah nak tambah rakan ukhwah, tapi akak malas nak buat segmen ke, GA ke, jadi tak taula cara mana boleh nak tambah rakan ukhwah ni.

6. Apakah impian anda yang masih belum tercapai?
banyak juga, antaranya nak pi Makkah.

7. Berikan cadangan 3 nama lelaki dan 3 nama perempuan yang bermula dengan hurul I. (Persediaan untuk nama bakal anak CN nanti, hehe)
Wah, dah ade ke? bestnya..haa ni dia, pilih-pilih.
3 nama baby boy- Idlan Iskandar, Izz Isyraf, Ilham Imtiyaz, 3 nama untuk baby girl- Iman Insyirah, Iman Iwani, Iman Izzati ( kalau ada yang CN berkenan dan nak tau maknanya pm akak ye)

8. Siapakah CIKGU kesayangan anda? Jika ada, teruskan menjawab soalan nombor 8.
alamak CN, dah lama tinggalkan alam sekolah ni.

9. Mengapakah anda sayang akan cikgu tersebut?
sayang semua cikgu dekat sekolah dulu.

10. Apakah pendapat anda tentang blog CN?
menarik untuk dibaca. 

11. Adakah template merah blog CN ni sesuai atau cadangan anda untuk template blog CN?
tak kisah warna apa pun yang penting isinya yang nak disampaikan kepada semua...


Read more: http://www.cekgunorazimah.com/2014/05/the-liebster-award-cn-di-tag-by-maria.html#ixzz31PaSLh6r

Di atas tu adalah soalan dari CN untuk 11 orang yang ditagnya sebagai salah satu syarat dari penyertaan, InsyaAllah akak jawablah ye CN, mintak mahaplah yer kalau-kalau ada antara jawabannya nanti kurang memuaskan hati CN.

Oklah, giliran 11 follower blog ni untuk di tag bagi segmen ini :
  1. me-soul-searching
  2. alumni nurul iman
  3. baby-pose
  4. cinnamon
  5. azieazah-aa
  6. insan marhaen
  7. waeyene
  8. mimialya1
  9. bila jejari menari
  10. harumankasehvee
  11. alwaqiahalmulk.blogspot.com
Ini pula 11 soalan untuk semua follower yang tag, terima kasih...
  1. Terangkan diri anda secara ringkas shj.
  2. Warna kegemaran anda, kenapa?
  3. Sejak bila anda berblog?
  4. Jika direzekikan anda mendapat wang terpijak sebanyak 1 juta, apa yang anda nak buat dengan wang tersebut?
  5. Target bolg anda?
  6. Tempat menarik yang sangat anda ingin kunjungi?
  7. Apa pandangan anda tentang blog saya?
  8. Pada pendapat anda kenapa wanita hari ini sangat berdikari?
  9. Berikan satu sahaja cadangan bagaimana menghadapi karenah anak remaja?
  10. Tokoh masakini yang anda sangat kagumi?
  11. Apa yang anda kagumi tentang Rasulullah?
Selamat bersegmen semua...

12 May 2014



Zaman ini, bermacam-macam perkara yang tidak pernah kita terfikir akan terjadi telah pun terjadi. Bukan sekali, tetapi berkali-kali.


Siapa sangka di zaman ini lelaki bergelar datuk boleh tergoda dengan cucu sendiri? Si bapa pula boleh menerkam anak perempuan yang lahir dari rahim isteri sendiri? Orang yang kita percayai seperti pengawal keselamatan yang dulu kita boleh harap, sekarang sudah berani memperkosa?


Tidakkah mereka mempunyai rasa belas kasihan dengan darah daging mereka sendiri sehingga sanggup meratah kaum hawa yang nyata lemah dan tidak berdaya melawan kudrat seorang lelaki? Sehinggakan wanita yang menutup aurat pun tidak terlepas dari menjadi mangsa nafsu mereka.


Hakikatnya, umum tahu & faham bahawa lelaki mempunyai nafsu. Walaupun hanya satu nafsu tetapi fokusnya lebih kepada nafsu #seksual.


Sedarkah kita, sebenarnya ramai perempuan yang cuba mencabar nafsu lelaki?


Bagaimana?


"Saya pakai tudung yang lengkap, menutup aurat dengan lengkap. Takkan saya masih menggoda kot?"


Benar, kita dah sempurnakan penutupan aurat kita dengan pakaian longgar, labuh, tak tipis, pakai stokin, tudung menutup dada. Tetapi di luar, mungkin kita telah melakukan benda-benda ini:


1. Tunduk


Tunduk ini cuma jadi salah bila kita berdiri kemudian nak mencapai benda di lantai. Kita pun tak melutut atas lantai, terus capai benda tu. Nah, tak disedari kita dah membiarkan bahagian punggung terdedah untuk dilihat oleh lelaki. Setiap inci tubuh wanita adalah terlalu indah di mata lelaki.


2. Lirikan mata juga mencetuskan nafsu lelaki


Lebih senang lagi, menjeling. Lagi-lagi yang saja buat lirikan mata manja, menggoda dan minta perhatian. Percayalah, lelaki boleh tercabar dengan hanya lirikan dan jelingan wanita. Bagi kita mungkin biasa, bagi mereka ini sangat seksi dan menggoda.


3. Lenggok Badan


Tahukah kita, cara kita berjalan pun boleh membuat nafsu lelaki tercabar?


Ini pengalaman saya bila seorang lelaki yang duduk berhampiran melihat seorang gadis berjalan ala catwalk (bagi saya itu cara dia berjalan semula jadi), mengatakan caranya berjalan sangat menarik perhatian.


4. Mencabar nafsu lelaki dengan senyuman


Pernah dengar kata-kata ‘dari mata turun ke hati’? Ini bukan sekadar kata-kata biasa tapi betul-betul terjadi.


Seperti yang saya katakan tadi, tak ada bahagian tubuh wanita yang tak indah di mata lelaki. Apalagi bila bercakap soal bibir.


Senyum adalah sedekah tetapi senyumlah dengan cara yang betul. Depan lelaki ajnabi, senyum nipis cukuplah. Kita boleh bezakan senyum mesra, manis, tawar dan nipis kan?


Senyum mesra dan manis tu, sila simpan dan tayangkan pada suami dan anak saja.


Mungkin kita mengeluh. Lelaki ni tak habis-habis dengan nafsu. Betullah. Tapi takkan kita mahu biarkan ia terus berleluasa?



Ayuh jadi sebahagian cara mengurangkan nafsu lelaki dengan cara berhenti mencabarnya. Insyaallah, mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan yang dilindungi Allah swt

http://penpatah.blogspot.com/2014/05/wajib-baca-4-cara-perempuan-goda-lelaki.html


Ampun maaf, hari ni entri copy-paste lagi, tak sempat sangat, nak gi sekolah ni...

10 May 2014

RAMAI WANITA KINI TELAH HILANG HARGA DIRI.

Artikel ini ditulis oleh: Suzana Ghazali. Penulis adalah seorang Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie. Aktif memberikan ceramah dan kursus berkaitan motivasi diri, kerjaya, pendidikan, perkahwinan, keibubapaan, diskusi undang-undang dan guaman syarie pernah menjadi Panel jemputan di RTM, Media Prima dan Astro. Beliau berpengalaman mengendalikan kes-kes rumahtangga sejak 1998. (Artikel ini sebenarnya ditulis beberapa tahun lepas tetapi ingin kami kongsikan semula untuk tatapan dan renungan buat para pembaca).
 
Saya percaya, ramai kaum wanita yang marah dengan tajuk perbincangan saya kali ini. Marahlah!! Kenyataan saya ini adalah satu hakikat. Kenapa? Sebab terlalu ramai wanita kini, tak kira remaja atau dewasa, dara atau isteri orang ataupun janda, selalu tampil dalam pakaian yang bertelanjang. Apa maksud pakaian yang bertelanjang? Saya yakin, ramai yang faham maksud saya.

Ya!! Berpakaian tetapi dalam masa yang sama mendedahkan anggota badan yang tidak patut didedahkan. Jika dulu sekadar kain belah, berpakaian kain singkat setinggi paras lutut atau memakai pakaian yang berlengan pendek hingga menampakkan lengan atau ketiak. Kini, pakaian yang dikatakan mengikut fesyen terkini hampir menelanjangkan kaum wanita yang memakainya. Dah banyak kes sebegini yang saya jumpa.

Hujung minggu baru ni, saya ke sebuah pasar segar berhambiran rumah saya. Ketika beratur di kaunter bayaran, terdengar suara seorang wanita awal 20-an menyoal tentang tanda harga kepada seorang pekerja kaunter sebelah saya. Saya memandang, sekadar nak kenal pemilik suara. Terkejut dan tiba-tiba saya rasa amat malu kerana terpandangkan pakaiannya: bajunya pendek menampakkan pusat dan pinggang seluarnya berada di bahagian bawah perut.

Sungguh, jika tertarik sikit sahaja pun, pasti akan menampakkan alat sulitnya. Ya Allah!! Terasa kudung kepala saya tika itu. Dalam cubaan bersahaja, lelaki yang disoal wanita tadi tiba-tiba bersuara: seluar kau dah londeh tu. Kang aku naik geram, jangan nak salahkan aku pulak!! Ya Allah!!! Saya rasa macam nak lari sahaja dari situ. Malu… malu sangat!! Tapi wanita tadi, saya dengar tergelak manja. Astaghfirullah!! Apa dah jadi? Ke mana perginya rasa malu di dalam diri?

Semalam, dalam perjalanan balik dari kerja, ketika bergerak perlahan dalam kesesakan jalan raya, melintas di hadapan kereta kami (saya dan adik-adik berkongsi kereta) sebuah motosikal yang dinaiki oleh seorang lelaki dan seorang perempuan muda. Wanita muda tersebut memakai baju pendek dan seluarnya pula menampakkan belahan lubang duburnya ketika membonceng motosikal tersebut.


Sekadar gambar hiasan

Sungguh! Kalau dimasukkan sebatang pen, pasti akan terlekat kuat dan tak jatuh walau motosikal dipandu laju. Adik saya yang memandu kereta berusaha ingin mengejar motosikal tersebut, nak khabarkan lubang duburnya dah dilihat orang tapi, mana mungkin sebuah kereta dapat menegjar motosikal tika kesesakan sedemikian.

Itu dua kes yang terdekat. Sebelum ini pun dah banyak kali saya nampak. Cuma sejak kebelakangan ini makin banyak pula kes wanita berpakaian tetapi bertelanjang dan membuatkan saya berfikir, ke mana perginya harga diri anda sebagai wanita? Kenapa nak dedah? Cantik sangatkah punggung anda tu? Lawa sangatkah pusat anda tu? Itu belum lagi yang sesenang hati mendedahkan belakang badan, bahagian dada malah bahagian paha?

Allahu akbar!! Tak ada lagikah rasa malu di dalam diri?

Yang paling menyedihkan, kebanyakan yang berpakaian tetapi bertelanjang ini adalah wanita Melayu yang kebanyakannya tahu dan faham sangat dengan hukum menutup aurat? Kalau lah tak nak ikut saranan hukum syarak agar menutup aurat pun, berpeganglah dengan prinsip budaya timur yang terkenal dengan adab dan sopan!!

Kalau dah berpakaian mendedahkan alat sulit sendiri, sopan apa lagi?? Ada pulak yang berpakaian dan cantik menutup semua aurat yang wajib ditutup tetapi berpakaian ketat hingga menampakkan bentuk badan. Kalau yang kering tu, tak la ngeri sangat.

Tapi ada yang berbadan besar dan gempal. Bak kata Mr Os dalam sebuah filem tika saya remaja dulu (tak ingat apa tajuknya): dia punya ‘bumper’, kalau buat kari, 10 biji kelapa pun tak cukup… dah susuk badan macam tu, masih lagi nak berpakaian mengikut bentuk badan!! Seramnyaaa!!!

Jangan salah faham…. Saya bukan menghina! Apa yang saya bincangkan ini adalah satu hakikat, satu kebenaran. Saya sendiri bersusuk badan besar, bertudung labuh menutup dada tetapi jika sesekali angina bertiup hingga pakaian melekat di badan, saya dah kalut nak betulkan! Kenapa? Sebab saya malu menampakkan susuk badan saya. Kalau mempunyai susuk tubuh badan yang cantik pun, tak perlu nak tunjukkan kepada umum. Cukuplah pamerkan kecantikan tersebut kepada suami anda.

Mungkin ada yang berpandangan: alaa, ada kes perempuan pakai tudung pun kena rogol jugak!! Ya! Saya akui kebenaran tersebut. Tahukan anda, kenapa jadi begitu? Sebab sikap dan perangai wanita yang tak ada harga diri, sesuka hati mendedahkan aurat dan susuk badan mereka kepada lelaki ajnabi.

Dah kalau anda dah selalu dedah dan pamerkan, manalah nak tarik perhatian lagi sebab dah tak ada harga!! Rasa teringin yang anda mulakan di dalam naluri lelaki jahat inilah, dilampiaskan kepada wanita-wanita yang berusaha menjaga maruah dan harga diri. Sebab itulah ada kes wanita bertudung menjadi mangsa seks lelaki buas. Jika tidak ada yang mendedahkan, takkan ada keinginan berunsur kebinatangan di dalam diri lelaki!!

Tak perlulah nak dedah lagi!! Tak guna buat pameran percuma, lelaki tengok pun tak teringin nak pilih anda sebab dah pasti, terpaksa berkongsi dengan lelaki lain! Ya lah!! Lelaki lain pun boleh tengok? Apa lagi yang istimewanya?? Lantas… jika bukan anda yang menjaga harga diri anda sendiri, siapa lagi!! 

8 May 2014

Suami yang ingkar, bagaimana nak hadapi?

Selalunya suami-isteri adalah sekufu, suami baik, isteri baik, suami jahat dapat juga isteri jahat. Tapi berlaku juga suami baik isteri derhaka atau isteri solehah suami pula kaki maksiat dan jahat. Jika terjadi begitu, sebenarnya tujuan Allah adalah untuk mendidik suami atau isteri tadi agar kuat tauhid dan jiwanya serta tabah menghadapi kerenah suami atau isteri tadi.

Kita bercakap bagi pihak isteri lah ye..

Isteri yang ditakdirkan mendapat seorang suami yang pemarah, kaki judi, kaki perempuan memang sangat menguji kesabaran dan satu ujian yang sangat berat sebenarnya. Tapi yakinlah Allah tidak akan menguji kita dengan sesuatu yang kita tidak mampu menerimanya.

Menghadapi ujian ini, kita amat perlu kembali kepada Allah, mengadu-ngadu dan meletakkan sepenuh pergantungan kepada Allah. Ada seorang kawan yang diuji begini. Perkahwinan pertama yang diaturkan oleh keluarga tidak bahagia kerana suaminya kaki judi dan sangat pemarah, mujur juga akhirnya dia diceraikan. Perkahwinan keduanya juga diatur oleh keluarga. Suami keduanya ada bisnes sendiri yang boleh dikatakan berjaya.

Awal perkahwinan mereka bahagia. Suaminya baik dan penyayang. Dari perkahwinan ini mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata ( perkahwinan pertama yang bertahan selama 3 tahun mereka tidak dikurniakan anak ). Tapi nampaknya mendung hitam belum berlalu..

Allah menguji, bisnes si suami mula menemui jalan buntu dan tidak dapat bertahan. Rakan kongsi bisnes melarikan diri dengan keuntungan syarikat. Suami jadi hilang arah, jadi pemarah, jadi kaki perempuan, pantang silap kawan ni jadi macam punch bag dia, tak buat silap pun sering kena marah juga. Rumahtangga dah jadi macam tempat tukar kain baju je, lama juga kawan ni bertahan sabar.

Bila suami balik, dia tetap layan dengan baik, bertanya dengan lemah-lembut, sabar dia menghadapi kerenah suaminya. Keperluan batin suami dia tidak menolak, dia tetap melayan dengan sepenuh hatinya, biarpun dia tahu suaminya di luar dengan bermacam-macam perempuan. Ibubapanya tahu hal ni, mereka suruh juga dia minta cerai dari suaminya, tapi dia menolak.

Akhirnya suaminya berubah insaf. Alhamdulillah..

Bila ditanya kenapa dia tidak mahu bercerai dengan suaminya, jawapannya..

" Saya patut berterimakasih pada suami saya tu, disebabkan dia saya dapat Tuhan"

Rupa-rupanya kawan ni bila suaminya buat perangai dia mula muhasabah diri, memperbaiki hubungan dengan Tuhan, setiap malam dia akan bangun bertahajud mengadu-ngadu dan merayu-rayu dengan Tuhan agar diberi kesabaran dan kekuatan dalam menghadapi ujian itu.

Parut luka ditangannya masih berbekas, tapi kini dia mampu tersenyum kerana hatinya sudah penuh pergantungan kepada Tuhan, dan suaminya juga sudah berubah.

Kalau suami kita jahat, ingatlah bagaimana Allah kurniakan kemuliaan kepada Siti Asiah yang bersuamikan Firaun kafir. Dia dimuliakan kerana akhlaknya yang mulia di depan suami meskipun suaminya itu musuh Allah yang nyata.

Sabda Rasulullah:

Barangsiapa yang sabar atas budipekerti suaminya yang jelek, maka Allah akan memberikannya pahala sama sperti pahala Siti Asiah isteri Firaun.

Bila ibu jadi malas..

Ha..ha ..ha, parah bila ibu jadi malas, jarang sangat sebenarnya bekalkan benda camni kat Iman dan Nadhrah, cuma adala spare dalam fridge untuk kecemasan, tambah dalam nasi goreng ke..
Tak goreng, rebus je dan tanpa sos, ok je diorang. Siap 'yey' lagi. Sebab jarang dapat makan benda nih, abahnya memang tak bagi sangat anak-anaknya makan yang segera-segera ni, tak elok, banyak lemak katanya.

6 May 2014

Isteri yang sering berjauhan dengan suami.

Pengalaman berjauhan dengan suami adalah suatu yang pahit buat permulaannya buat isteri yang suaminya perlu keluar kerana tugas out-station atau isteri yang bersuamikan pejuang.

Jika keadaan ini dihadapi, sibukkanlah diri dengan kerja-kerja berfaedah. Sentiasa menjaga maruah diri, harta suami, anak-anak dan nama baik suami. Dan sebenarnya ini adalah satu peluang keemasan untuk melipat-gandakan ibadah, bangun malam tanpa gangguan untuk memadu-kasih dan merayu cinta dariNya. Berbanding isteri yang suaminya sentiasa ada, kadang-kadang dalam keadaan berhadas besar, agak sukar baginya untuk melakukan ibadah.

Ingatlah bagaimana Siti Hajar, ketika ditinggalkan suaminya Nabi Ibrahim as sendirian di padang pasir yang tandus. Hatinya tetap tabah menghadapi semua masalah dan meletakkan sepenuh pergantungan kepada Allah:

" Kalau ini memang perintah Allah, aku redha menerimanya dan aku yakin Allah tidak akan mensia-siakan diriku."

Sekiranya nafsu jahat mendesak agar menghamburkan kemarahan pada suami, kenang-kenangkan semua kebaikan suami pada kita. Tapi berjauhan ni kata orang makin mengeratkan kasih-sayangkan? Sesekali berjumpa alahai manisnya, indahnya, manjanya, pendek kata semuanya bahagia bila berjumpa, ye tak? Cuma rindu, ala..apa susah..sekarangkan dah boleh skype ( eh..betul ke ejaannnya tu Farah? )

Berjauhan dengan suami juga adalah satu ujian dari Allah. Ujian bererti kasih-sayang dari Allah, jika kita menerima ujian itu dengan tenang, sabar dan redha ertinya kita mendapat perhatian dan kasih-sayang dari Allah.

Selamat menjamu selera..


Hepy Besday 'baby"

Kakak tepon ibu semalam, dah pukul 11.30 malam, lamalah juga kami sembang, pasal exam, pasal pertandingan archery kat Perak aritu, pasal kengkawan kakak..dan satu yang ibu hampir-hampir terlupa, aduhai, bolehlah nak terlupa pasal hari ni 6/5/2014...Umar Zikri genap lima tahun, Alhamdulillah, terimakasih kakak kerana ingatkan ibu. Cuma ibu rasa ibu akan raikan besday baby bersama besday kakak pada 29/5 nanti, bukan apa 'sep bajet'..he he..
Gotong-royong menyikat rambut adik mereka yang dah berusia genap 5 tahun hari ni..
Selamat Ulang tahun 'baby', Umar Zikri masihlah 'baby' ibu
yang ibu rasa sekejap sangat besarnya, padahal
ibu belum puas membelai dan memelukmu
erat sambil ibu bertubi-tubi mencium pipi
halusmu, atau mendengar 'comel'nya tangisan
manja dan derai tawamu bila diagah.

Beruntung jadi si bungsu ni, kakak-kakak, abang-abang dulu seawal umur
4 tahun dah kena mandi sendiri, belajar lap badan, sikat rambut sendiri,
ni abang, kakak dalam sibuk bersiap nak ke sekolah pun
 sempat lagi memberikan  kehangatan kasih-sayang
buat adik (
tahan je kepala dia dikerjakan siabang sebab matanya
yang masih mengantuk, kalau tak boleh je sikat rambut sendiri
)

Semoga Aishah Humairah, Muhammad Danish, Muhammad Hilman, Nadhrah Hannani dan Umar Zikri sentiasa berada dalam rahmat dan kasih-sayang Allah walau di mana jua anak-anak ibu berada, jadilah anak-anak yang membahagiakan ibu dan abah dengan akhlak mulia dan perbadi seteguh para pencinta Allah dan Rasul, InsyaAllah..., aminnn..

5 May 2014

Apa nak jadi?

Apa nak jadi?
Apa perasaan kita?
Apabila terjadi di rumah kita
Tiang-tiang rumah sudah dimakan bubuk.
Lantai telah reput, atap berlubang-lubang
Ditambah pula dinding, alang-alang dan kasau
telah reput juga
Lantai dipijak sini terjungkit di sana
Pijak di sana terjungkit di sini
Disisip atap, berguguran pula di tempat lain
Ditupang tiang, retak pula alang-alang
Disulam lantai bertaburan pula benda-benda lain.
Begitulah seterusnya
Dibaiki satu aspek, merosakkan pula aspek yang lain
Makin dibetulkan rumah
Makin bertambah masalah
Masalahyang ada tidak selesai
Timbul pula masalh yang lain,
Apa nak jadi?
Apa perasaan kita?


Ibarat rumah buruk, menunggu masa menyembah bumi...

4 May 2014

Takde idea, korek cerita lama jer..

Alamak, sejak akhir-akhir ni rasa macam dah kering idea nak menulis, camane ek? Tu yang dok asyik copy-paste jeh, isk, isk.

Apa nak tulis ni  yek? Idea..oh idea, di mana kau?

Takpelah, sebab tiba-tiba teringatkan kakak, dah lama kakak tak tepon ibu, baru-baru ni tepon ibu rosak, taula adik-adik, kalau ibu leka sikit, hmmm..habis dikerjakan tepon ibu tuh, tapi abah dah belikan phone baru, second hand jer, takpelah..asal ada, rasa macam terputus hubungan dengan dunia luar bila takdak handphone nih.

Stesen bas Kajang, cuti bulan 3 baru ni, nak naik bas
balik asrama di Terengganu.
Ibu teringat kisah kakak masa jamuan penyampaian hadiah tadika ibu 2 tahun sudah ( lamanya baru nak update, yela..blog saya ni pun baru nak setahun umurnya, bolehla kot..baru nak cerita, takpe..khas untuk kakak yea ). Masa tu dah habis majlis, abah tengah lepak-lepak dengan kawan
 dia. Kakak cerita, kakak nak pegi dekat abah, tapi kakak kan pemalu ( cewah, anak dara ibu ) jadi kakak jalan tunduk je, sampai depan abah, kakak terkejut..

" Hhhhkk, kenape dengan kaki abah?"

" Takde ape-ape." Aikk. kenape suara abah lain, kaki abah lagilah lain macam, kakak angkat muka pandang, laaaaaa...kakak malu sesangat, orang lain rupanya, kawan abah, tengah senyum tengok kakak yang dah malu alah..

Kakak cerita, kakak terkejut tengok kaki 'abah' hitam dan ada luka melecet, sebab abah putih, camane kaki tetiba hitam ( kawan abah tu kulitnya gelap sikit dari abah )..

Rindu kakak, ibu membilang hari tunggu cuti sekolah akhir bulan 5.

2 May 2014

Antara amalan hari jumaat.

Salam jumaat buat semua.

Banyak amalan sunat boleh kita buat hari jumaat ni, antara yang saya ingat..bangun pagi niat mandi sunat hari jumaat, berwangi-wangian, potong kuku, kemaskan misai, janggut bagi kaum bapa, bersedekah pun sangat digalakkan hari ni, bagi saya InsyaAllah nak mulakan pagi dengan membaca surah Al Kahfi yang menurut arwah mak ( rindunya kat ma ) dapat menghindarkan kita dari fitnah dajjal.

Kat tadika pula InsyaAllah hari ni kami nak buat sambutan besday untuk anak-anak tadika dan KAFA yang lahir dari bulan januari hingga april, termasuklah untuk saya juga, besday saya 4/4/....( yang ke..ala..biarla rahsia yea..tapi dah tua dah, hu hu ), nanti saya upload gambarnya..InsyaAllah yea.

Hari ni kebetulan suami ke Putra jaya, ada hal kerja dia lah kat sana..yey..tapi balik kena tumpang jiran juga, sebab lepas selesai urusan dia kat Putra jaya, dia pegi ke pejabatnya semula kat Jalan Sultan Salahuddin..hmmm..takpelah at least hari ni saya boleh kuar lambat sikit, selesaikan dulu urusan rumah apa yang patut.




terimakasih google, you always there for me.


1 May 2014

Kelebihan solat malam.


Qiamullail bermaksud beribadah malam iaitu bangun pada 2/3 malam atau sekurang-kurangnya 1/3 akhir malam, bermula dari pukul 2.30 hingga terbit fajar pertama untuk beribadat kepada Allah SAW. Waktu ini adalah masa teristimewa dan turunnya Rahmat Allah SWT ke bumi dan amat sesuai untuk Qiamullail dengan melakukan solat-solat sunat dan berzikir kepada Allah SWT.

Sabda Rasulullah SAW: “Sehampir-hampir masa seseorang hamba Allah kepada Tuhannya ialah pada waktu tengah malam yang terakhir, maka kalau kamu berminat menjadi seorang dari orang-orang yang mengingati Allah pada saat yang tersebut, maka hendaklah kamu lakukannya.” (At-Tirmizi)

Ibadah Qiamullail sangat digalakan di dalam Islam. Qiamullail boleh dikerjakan secara berseorangan atau secara beramai-ramai. Orang yang mengamalkan Qiamullail akan diangkat darjat dan dihapuskan dosa2 mereka.

Nabi SAW bersabda; “Hendaklah kamu bersolat malam. Sesungguhnya ia amalan orang yang soleh sebelum kamu, amalan yang mendekatkan kepada Tuhanmu, penghapus kesalahan dan pencegah dosa.” (HR; Muslim)

Hebatnya Malam

Malam adalah waktu paling istimewa dan hebat. Allah SWT menyifatkannya sebagai malam yang berkat. Firman Allah SWT; “Dan lagi dalil yang terang (tanda kebesaran Allah) untuk mereka (berfikir) ialah malam; Kami hilangkan siang daripadanya, maka dengan serta-merta mereka berada dalam gelap-gelita;” (Yaa Siin 36:37)

Firman Allah SWT: “Dan bangunlah pada sebahagian daripada waktu malam serta dirikan solat Tahajud padanya sebagai solat tambahan bagimu. Semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.” (Surah al-Isra’: 79)

Banyak perkara-perkara kerohanian berlaku pada waktu malam, contohnya Nabi Muhammad SAW mengalami Israk dan Mikraj pada waktu malam, al-Quran turun pada malam Lailatul Qadar, Allah SWTberdialog dengan Nabi Musa a.s. setelah baginda bermunajat selama 40 malam di Bukit Tursina juga berlaku pada waktu malam. Kitab-kitab terdahulu juga diturunkan pada waktu malam, Nabi Ibrahim menemui hakikat ketuhanan pada waktu malam dan baginda mendapat perintah Allah mengorbankan anaknya Ismail pun berlaku pada waktu malam.

Terdapat keistimewaan dan kekuatan luar biasa pada waktu malam. ( 5 Rahsia Qiamullail )
Menghidupkan dan membuka mata batin/hati sebagaimana Nabi Ibrahim a.s. menemui hakikat ketuhanan yang sebenar.
Dapat mendatangkan tumpuan atau kekhusyukan
Dapat muhasabah kekuatan diri
Mewujudkan keikhlasan dan kejujuran dalam beramal.
Menghindari sifat riak kerana hanya melibatkan hubungan kita dengan Allah SWT sahaja.

Nas Keutamaan Mengamalkan Qiamullail

Orang-orang yang melalui malam hari dengan bersahur dan berdiri untuk Tuhan mereka itu maksudnya ialah orang-orang yang berqiamullail di malam hari semata-mata kerana Allah Ta’ala. Allah SWT juga bersaksi dan mengakui bahawa mereka itu ialah orang-orang yang beriman. Firman Allah Taala :

إِنَّمَا يُؤْمِنُ بِآيَاتِنَا الَّذِينَ إِذَا ذُكِّرُوا بِهَا خَرُّوا سُجَّدًا وَسَبَّحُوا بِحَمْدِ رَبِّهِمْ وَهُمْ لاَ يَسْتَكْبِرُونَ , تَتَجَافَى جُنُوبُهُمْ عَنِ الْمَضَاجِعِ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ خَوْفًا وَطَمَعًا وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ , (السجدة : 15-16)

“Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur. Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan solat Tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka.”

Apabila manusia mendekatkan diri kepada Allah maka Allah SWT mengatur dan menjamin kehidupannya. Rasulullah SAW menerangkan bahawa, Allah SWT berfirman:

“Manusia menjadi hampir dengan Daku apabila dia melakukan perbuatan yang Daku sukai iaitu amalan fardhu yang diperintahkan kepadanya. Dia kemudian terus berusaha mendekatkan dirinya dengan-Ku dengan melakukan amalan sunat, sehingga Daku mencintainya. Apabila Daku mencintainya, maka Daku menjadi pendengarannya yang dia gunakan untuk mendengar. Daku juga menjadi penglihatannya yang dia gunakan untuk melihat, tangan yang dia gunakan untuk memegang dan kaki yang dia gunakan untuk berjalan. Apabila dia memohon sesuatu kepada-Ku, pasti Daku kabulkan. Apabila dia memohon perlindungan, pasti Daku memberikan perlindungan kepadanya”. (HR; Bukhari;).

Berkata Salman Al-Farisi, Rasulullah SAW. telah bersabda: “Hendaklah kamu mengerjakan Qiamullai, kerana ia ibadah kelaziman orang-orang soleh sebelum kamu dan juga menghampirkan kamu kepada Tuhan kamu, yang mengkafaratkan bagi kesalahan-kesalahan, mencegah dari berbuat dusta dan membuang penyakit dari tubuh badan”.

Berkata Abdullah bin Muslim, Rasulullah SAW bersabda: “Wahai manusia! Kamu tebarkanlah salam, berjamulah makanan, hubungilah silaturrahim, dan kerjakanlah solat waktu malam dikala manusia sedang tidur, nescaya kamu akan masuk syurgadengan selamat”. (Hadis Riwayat Tirmizi)

Dan berkata Suhal b. Saad : Telah datang Jibril kepada Rasulullah SAW, lalu berkata:“Hai Muhammad! Hiduplah atas apa cara yang tuan hamba mahu kerana tuan hamba akan mati, kerjakanlah apa yang tuan hamba mahu kerana dengannya tuan hamba akan dibalas, dan cintailah sesiapa yang tuan hamba mahu kerana tuan hamba akan meninggalkannya. Dan ketahuilah bahawa kemuliaan seseorang mukmin itu ialah Qiamullai dan harga dirinya ialah terkayanya (tidak meminta-minta) dari manusia.”

WAKTU AFDAL QIAMULAIL

Adalah lebih afdal dilewatkan Qiamullail sehingga kepada salah satu pertiga yangakhir dari malam.

Rasulullah SAW bersabda: “Pada setiap malam, Allah Azzawajalla turun ke langit dunia ketika berbaki sepertiga malam yang akhir. Maka Allah berfirman: “Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, pasti akan Kukabulkan, dan siapa yang memohon kepada-Ku, pasti akan Kuberi, dan siapa yang mohon ampun kepada-Ku pasti akan Kuampuninya.” (H.R. Malik, Bukhari, Muslim, Tirmidzi, dan yang lainnya)

Maksud hadis ini : Bahawasanya pintu rahmat Allah itu terbuka pada malam hari seluas-luasnya, khususnya pada akhir-akhir malam. Segala permohonan diterima pada ketika itu.

Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA katanya, Rasulullah SAW telah menyuruh kami mengerjakan solat malam dan baginda menggalakkannya sehingga ia bersabda:“Hendaklah kamu mengerjakan solat malam itu walaupun satu rakaat”. (Al-Tibrani)

DOA QIAMULAIL



.

AMALAN QIAMULAIL

Ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian sebelum menunaikan solat malam, antaranya membersihkan diri sebelum tidur, mengambil wuduk dan tidur menghadap kiblat.
Solat malam perlu dikerjakan sekurang-kurangnya dua rakaat dan boleh dilakukan sebanyak mungkin rakaat mengikut kemampuan.
Ketika Qiamullail digalakkan melakukan solat sunat seperti berikut:-
Solat Sunat Tahajjud
Solat Sunat Taubat
Solat Sunat Tasbih
Solat Sunat Hajat
Solat Sunat Witir

3. Disamping itu beramallah juga dengan amalan seperti membaca Al-Quran, berzikir, beristighfar, berdoa dan sebagainya.
.
FADILAT QIAMULAIL
sentiasa mendapat keredaan dan pengawasan Allah.
memudahkan menyeberangi jambatan siratulmustakim.
Saat mustajab doa dikabulkan Allah.

Jabir mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Pada malam hari, ada satu saat (yang berkat) yang jika seseorang Muslim menepati saat itu dan berdoa kepada Allah meminta keberkatan dunia dan akhirat, nescaya Allah kabulkan doanya. Saat itu wujud pada setiap malam.”.

HIKMAH QIAMULAIL

Bangun bersolat dan bertasbih pada sebahagian malam akan;
Ayat-ayat bacaannya lebih sempurna dan betul.
Membawa kesan iman yang mendalam,.

PENUTUP

Rasulullah SAW meminta umat Islam bangun beribadat pada tengah malam dan Baginda sendiri melakukannya dengan bersungguh-sungguh. Aishah meriwayatkan:“Bahawa Rasulullah SAW bangun sebahagian daripada malam bersolat hingga bengkak kedua-dua kakinya, maka aku (Aishah) berkata kepada Baginda: Mengapa, Ya Rasulullah, tuan hamba melakukan ini semua? Bukankah tuan hamba telah diampunkan perkara terdahulu dan terkemudian?”

Jawab Baginda SAW: “Bukankah aku ini hamba yang bersyukur.”

Lihatlah walaupun Rasulullah SAW. itu maksum dan telah diampunkan segala dosa dan kesalahannya, Baginda tetap bangun Qiamullail sebagai tanda bersyukur kepada Allah SWT pada sebahagian akhir malam untuk bersolat hingga bengkak kedua-dua kaki Baginda SAW.

Adakah kita yang mengaku umatnya masih berasa sombong dengan pekara2 lagha (sia2), tanpa mahu menauladani sunnahnya meraih Qiamullail sepanjang Ramadhan al-Mubarak ini.

Sekiranya kita ada berqiamullail, yang utamanya adalah keikhlasan beramal. Janganlah pula menceritakannya kepada orang lain kerana akan jadi su’mah ataupun riya’, seterusnya mungkin mengakibatkan kehilangan pahala (bergantung kepada niatnya). InsyaAllah bila ikhlas beramal hanya kerana Allah SWT semata2, akan beroleh ganjaran pahala di dunia dan juga di akhirat.https://peribadirasulullah.wordpress.com/2012/02/19/5-rahsia-besar-solat-sunat-di-waktu-malam/


Saya kalah...

Hari ni 1 Rejab-bolehlah mula ganti puasa bagi yang belum, yang dah ganti awal-awal, tahniah..
Hari ni juga 1 Mei 2014- Selamat menyambut Hari Pekerja buat semua. Selamat bercuti merehatkan badan, merehatkan otak yang dah penat bekerja, tapi ada juga yang ambil kesempatan buat OT hari ni, dapat bayaran triple kan...hmmmm...macam jiran sebelah rumah saya ni, kerja kat JPN Putrajaya yang saya dok tumpang pi kerja tu, memang dia rajin buat OT.

Hari ni saya kalahhhhhh...isk, isk..

Selalunya bukak blog, BW, buat entri..hilang ngantuk mata, tapi hari ni, ya Allah, tak mampunya..

Suami, anak-anak semua tergolek semula lepas subuh, saya cuba bertahan, bertahan, bertahan...baca entri kengkawan sampai terpejam-pejam mata, akhirnya saya mengalah,...bersandar dulu kat sofa, tapi akhirnya saya rebah..zzzzzzz...

Bila terbangun, saya pujuk-pujuk hati, takpelah..bukan selalu, nak wat camane, dah usaha taknak tidurkan ( ceh..pujuk hati ke, pujuk nafsu..hu hu )...
ihsan google


Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign