Asam Garam Kehidupan: Antara amalan hari jumaat.

Nuffnang

Pages

2 May 2014

Antara amalan hari jumaat.

Salam jumaat buat semua.

Banyak amalan sunat boleh kita buat hari jumaat ni, antara yang saya ingat..bangun pagi niat mandi sunat hari jumaat, berwangi-wangian, potong kuku, kemaskan misai, janggut bagi kaum bapa, bersedekah pun sangat digalakkan hari ni, bagi saya InsyaAllah nak mulakan pagi dengan membaca surah Al Kahfi yang menurut arwah mak ( rindunya kat ma ) dapat menghindarkan kita dari fitnah dajjal.

Kat tadika pula InsyaAllah hari ni kami nak buat sambutan besday untuk anak-anak tadika dan KAFA yang lahir dari bulan januari hingga april, termasuklah untuk saya juga, besday saya 4/4/....( yang ke..ala..biarla rahsia yea..tapi dah tua dah, hu hu ), nanti saya upload gambarnya..InsyaAllah yea.

Hari ni kebetulan suami ke Putra jaya, ada hal kerja dia lah kat sana..yey..tapi balik kena tumpang jiran juga, sebab lepas selesai urusan dia kat Putra jaya, dia pegi ke pejabatnya semula kat Jalan Sultan Salahuddin..hmmm..takpelah at least hari ni saya boleh kuar lambat sikit, selesaikan dulu urusan rumah apa yang patut.




terimakasih google, you always there for me.


2 comments:

  1. salam jumaat kak, terima kasih di atas perkongsian ini...

    ReplyDelete
  2. sama farah, terimakasih juga sudi singgah di sini, nnt akak ke rumah farah plak yea, InsyaAllah..

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign