Asam Garam Kehidupan: Isteri yang sering berjauhan dengan suami.

Nuffnang

Pages

6 May 2014

Isteri yang sering berjauhan dengan suami.

Pengalaman berjauhan dengan suami adalah suatu yang pahit buat permulaannya buat isteri yang suaminya perlu keluar kerana tugas out-station atau isteri yang bersuamikan pejuang.

Jika keadaan ini dihadapi, sibukkanlah diri dengan kerja-kerja berfaedah. Sentiasa menjaga maruah diri, harta suami, anak-anak dan nama baik suami. Dan sebenarnya ini adalah satu peluang keemasan untuk melipat-gandakan ibadah, bangun malam tanpa gangguan untuk memadu-kasih dan merayu cinta dariNya. Berbanding isteri yang suaminya sentiasa ada, kadang-kadang dalam keadaan berhadas besar, agak sukar baginya untuk melakukan ibadah.

Ingatlah bagaimana Siti Hajar, ketika ditinggalkan suaminya Nabi Ibrahim as sendirian di padang pasir yang tandus. Hatinya tetap tabah menghadapi semua masalah dan meletakkan sepenuh pergantungan kepada Allah:

" Kalau ini memang perintah Allah, aku redha menerimanya dan aku yakin Allah tidak akan mensia-siakan diriku."

Sekiranya nafsu jahat mendesak agar menghamburkan kemarahan pada suami, kenang-kenangkan semua kebaikan suami pada kita. Tapi berjauhan ni kata orang makin mengeratkan kasih-sayangkan? Sesekali berjumpa alahai manisnya, indahnya, manjanya, pendek kata semuanya bahagia bila berjumpa, ye tak? Cuma rindu, ala..apa susah..sekarangkan dah boleh skype ( eh..betul ke ejaannnya tu Farah? )

Berjauhan dengan suami juga adalah satu ujian dari Allah. Ujian bererti kasih-sayang dari Allah, jika kita menerima ujian itu dengan tenang, sabar dan redha ertinya kita mendapat perhatian dan kasih-sayang dari Allah.

4 comments:

  1. pernah 11 hari berjauhan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya takat sari dua je, ada best juga, sbb boleh masak simple-simple je cam nasi goreng, nasi lauk sardin ke..hi hi

      Delete
  2. teringat kwn mengadu boring asyik dok tgk muka hubbynya saja ... mcm2

    ReplyDelete
  3. haaa..elokla sekali-sekala berjauhan kalau camtu

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign