Asam Garam Kehidupan: Pameran orkid dan bonsai Taman Tasik Perdana

Nuffnang

Pages

29 May 2014

Pameran orkid dan bonsai Taman Tasik Perdana

Di jalan masuk

Rambang mata, sayangnya saya bukan peminat orkid.

Saya ni bukan tau sangat pasal pokok, tak sangka bonsai kecil tu
harganya rm100, yang besar tu rm350, tapi ada yang mencecah
rm2000, takdelah saya nak habiskan duit untuk benda camni,
tapi kalau orang minat dan berduit tentu tak kisah je nak membeli.

Cili purple, kata yang menjualnya cili ni tak pedas sangat,
tapi kalau saya beli saya buat hiasan je kot, cantik sangat

sape nak cuba bakat mencanting batik cam Umar Zikri ni, silalah
ke pameran orkid dan bonsai.

Ni lah hasil keras tangan Umar Zikri ^^

Pameran bermula dari 23 mei hingga 1 jun ni, sape berkelapangan
bolehlah luangkan masa, banyak yang menarik.

Saya cuma berani beli sepasu ni je, sebab dah banyak kali tanam
asyik mati je, cuma adala petua-petua berguna yang saya dapat
dari si penjual ros ni.


Orang yang jual ros tu kata, dia dah berpengalaman dari kecil menanam bunga ros ni, rupa-rupanya taklah secerewet mana, katanya cuma siram seminggu sekali, baja pun seminggu sekali dengan baja udang, saya taklah menanya lebih lanjut apa dia baja udang tu, tapi katanya baja udang tu paling sesuai dengan bunga ros. Tanah kena gembur, tak boleh kena direct sun, seeloknya letak di tempat yang teduh. Kalau nak lagi elok siram dengan air basuhan ikan atau pun letak kepala-kepala ikan bilis untuk baja, tapi mesti datang semut pulak kan.

Satu lagi katanya kalau pokok ada kulat, tumbuk bawang putih, campur air dan spray kat pokok tu, In Shaa Allah mati kulat tu.

Bila lihat berbagai jenis bunga dengan berbagai warna yang sangat cantik tu, saya dah cukup kagum. Subhanallah..kalau yang kat dunia ni dah cantik macam tu, kat syurga nanti entah macamanalah cantiknya, tak terbayang dek mata, tak terjangkau dek akal.

6 comments:

  1. cuti sekolah lie, macam2 event ada, ahad ni kat taman tasik titiwangsa ada pameran barangan kitar semula, bolehla pergi

    ReplyDelete
  2. nampak happy je anak-anak tengok bunga dan pokok ni, cantik batik hasil Umar tu. oh senang ja jaga bunga ros. kalau ikan tu nanti jadi bersemut kut..

    ReplyDelete
  3. memang bersemutla jawabnya, kalau kat kampung boleh la, tanah luas.

    BP pegilah sane, ahad ni last, boleh faiq canting batik

    ReplyDelete
  4. seronok tengok bunga-bunga ni..boleh jadi hobi yang bagus

    ReplyDelete
  5. ya, jadi terapi jiwa, tapi sayangnya laman rumah tak bertanah dah, tanam dalam pasu je..

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign