Asam Garam Kehidupan: Takde idea, korek cerita lama jer..

Nuffnang

Pages

4 May 2014

Takde idea, korek cerita lama jer..

Alamak, sejak akhir-akhir ni rasa macam dah kering idea nak menulis, camane ek? Tu yang dok asyik copy-paste jeh, isk, isk.

Apa nak tulis ni  yek? Idea..oh idea, di mana kau?

Takpelah, sebab tiba-tiba teringatkan kakak, dah lama kakak tak tepon ibu, baru-baru ni tepon ibu rosak, taula adik-adik, kalau ibu leka sikit, hmmm..habis dikerjakan tepon ibu tuh, tapi abah dah belikan phone baru, second hand jer, takpelah..asal ada, rasa macam terputus hubungan dengan dunia luar bila takdak handphone nih.

Stesen bas Kajang, cuti bulan 3 baru ni, nak naik bas
balik asrama di Terengganu.
Ibu teringat kisah kakak masa jamuan penyampaian hadiah tadika ibu 2 tahun sudah ( lamanya baru nak update, yela..blog saya ni pun baru nak setahun umurnya, bolehla kot..baru nak cerita, takpe..khas untuk kakak yea ). Masa tu dah habis majlis, abah tengah lepak-lepak dengan kawan
 dia. Kakak cerita, kakak nak pegi dekat abah, tapi kakak kan pemalu ( cewah, anak dara ibu ) jadi kakak jalan tunduk je, sampai depan abah, kakak terkejut..

" Hhhhkk, kenape dengan kaki abah?"

" Takde ape-ape." Aikk. kenape suara abah lain, kaki abah lagilah lain macam, kakak angkat muka pandang, laaaaaa...kakak malu sesangat, orang lain rupanya, kawan abah, tengah senyum tengok kakak yang dah malu alah..

Kakak cerita, kakak terkejut tengok kaki 'abah' hitam dan ada luka melecet, sebab abah putih, camane kaki tetiba hitam ( kawan abah tu kulitnya gelap sikit dari abah )..

Rindu kakak, ibu membilang hari tunggu cuti sekolah akhir bulan 5.

7 comments:

  1. haha kakak duk tunduk sambil jalan tak angkat kepala langsung tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah pasal, pemalu sangat, kalau balik rumah pun, orang tak tau ada kat rumah.

      Delete
  2. bagusnya,seorang wanita jalan yang sentiasa tunduk..jarang nak jumpa..yg banyak jumpa pakai baju tetapi telanjang..yg jln berlenggang kangkung

    ibu rindu ye..hujung bulan ni cuti dua minggukan..dptlah jumpa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, tu dok ada cita-cita nak pakai furdah plak, tapi saya kata tunggulah sampai belajar kat U dulu.

      Dok tengah membilang hari, adik-adiknya pun camtu, dok tanya bila kakak nak balik.

      Delete
  3. kaki bapa ibu_suri juga IM perasan mula menghitam. Hmmm...

    ReplyDelete
  4. ahaha rindunya semua orang kat rumah. huhu TT_TT rindu sangat kat iman ibi baby.. wuwuwuwuwuw kirim salam kat diaorang. nanti kakak beli italk, kita borak puas2. muahaha :P

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign