Asam Garam Kehidupan: Terlepas dari hukuman

Nuffnang

Pages

19 May 2014

Terlepas dari hukuman

Seorang yahudi yang menuduh seorang muslim mencuri untanya, telah menemui Rasulullah SAW dengan membawa 4 orang saksi palsu dari golongan munafiq. Setelah diadili maka nabi pun menjatuhkan hukuman potong tangan ke atas orang muslim itu.

Orang muslim itu kebingungan kerana dituduh mencuri. Maka dia pun berdoa kepada Tuhan: " Tuhanku, Engkau Maha Mengetahui bahawa sesungguhnya aku tidak mencuri unta itu, tunjukkanlah Ya Allah..."

Seterusnya lelaki itu berkata kepada Nabi, " Wahai Rasulullah, sesungguhnya hukuman engkau itu benar, akan tetapi mintalah dulu keterangan daripada unta ini."

Rasulullah pun berkata kepada unta itu, " Wahai unta, milik siapakah engkau ini?"

Unta itu menjawab dengan fasih dan terang, "Wahai Rasulullah, aku adalah milik orang muslim ini dan sesungguhnya para saksi ini adalah pendusta."

Akhirnya Rasulullah bertanya kepada orang muslim itu, " Beritahulah kepadaku apakah amalanmu sehingga Allah menjadikan unta ini boleh berbicara."

Jawab orang  muslim itu, " Wahai Rasulullah, aku tidak tidur di waktu malam sehingga aku membaca selawat untukmu sepuluh kali."

Rasulullah berkata, "Engkau telah selamat dari hukuman potong tangan di dunia ini dan selamat dari seksa Akhirat nanti dengan sebab berkat engkau membaca selawat untukku."


***hebatnya keberkatan berselawat ke atas Nabi, bukan sahaja selamat di dunia, bahkan di Akhirat itulah tiket untuk kita mendapat syafaat dari baginda, jadi jom kita amalkan selawat tak kira di mana dan dalam suasana apa, moga kita berada di hati baginda***

6 comments:

  1. banyak manfaat dan kelebihannya selawat ni kan kak??? moga2 kita tergolong dari mereka yang rajin serta tidak pernah lekang berselawat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya farah, betul
      Selawat tu mudah, cuma nak istiqomah tu yang payah

      Delete
  2. semoga setiap hari Allah bg ilham untuk sentiasa berselawat..

    ReplyDelete
  3. jadikan selawat ini sebagai zikir lazim selepas solat ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Sha Allah, moga kita dapat istiqomah

      Delete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign