Asam Garam Kehidupan: 18sx dari Umar Zikri.

Nuffnang

Pages

16 Jun 2014

18sx dari Umar Zikri.

Anak-anak saya lima orang, empat orang membesar tanpa saya sempat mengikuti perkembangan, mahupun tanpa dapat memberikan perhatian sepenuhnya kepada mereka. Selama 10 tahun saya sibuk menguruskan bisnes tadika dan tadika saya, dengan bermacam hal yang nak difikir dan disettlekan. Saya ajar mereka berdikari sebab saya tak guna khidmat pembantu rumah pun. Kemudian kami memutuskan untuk tinggal juga di rumah sendiri kat Semenyih, rumah ni masa tu dah beli dari tahun 2002, kami duduk hujung tahun 2011. Setahun sebelum pindah tu saya jual bisnes tu kat sorang kawan.  Tak larat nak mantain jauh-jauh ni.

Jauhnya saya melalut..

Xceli, nak cerita ni je..

Si Umar Zikri ni, si bungsu nilah yang saya dapat ikut perkembangan dia dari kecil, camane bila kami solat berjemaah dia akan ikut sejak umur dia 2 tahun lagi. masa tu dia tak pandai kacau lagi. sekarang ni suka kacau terutama kalau abangnya Iman dan kakaknya Ibi solat. Masa tu dia akan cuba lipat sejadah, cuba bawak dan simpan dalam bilik, bila lipatan sejadah tu terbarai, dia cuba lipat balik, tak dapat lipat, dia suruh abah atau ibu yang lipat, terbarai lagi, lipat lagi, sampai menangis-nangis sebab tak dapat letak sejadah tu dengan cantik tersusun.

masa umur dia empat tahun dia suka tanya camni.. camane ikan tidur, camane kuda tidur, kenape ikan tak lemas dalam air dan banyak lagi yang saya tak berape ingat dah.

Sekarang ni nak tau dia tanya apa...

" Ibu, kenape  't....k' orang pempuan besar?"
" Sebab orang perempuan nanti ada anak, dia kena bagi susu kat anak dia."
" Ooo, ada susu 'eee' dalam 't....k' die..?

Suatu hari yang lain dia tanya camni plak..

" Ibu, kenape 'p........g' orang pemepuan besar?"
" Sebab orang perempuan ramai anak." ...sebenarnya saya tak tau nak jawab camane..tapi nak marah pun tak boleh..
" Tapi orang perempuan bukannya mengandung kat 'p.......g'"  hu hu..saya takleh nak jawab dah.

Dan yang ni yang terbaru. Kakak dia Ibi marah dia supaya jangan makan coklat dari goody bag kenduri sebab saya belum sempat makan lagi. Masa ni dalam kereta otw nak balik rumah dah.
" Baby, jangan makan lagi, ibu belum makan lagi, kalau makan siap ye.."
" BB memang dah siap la, ada kepala, ada mata, ada mulut, ada tangan, ada rambut, ada gigi, ada lidah, ada kaki, ada 'k....e', ....

Adusss..abah yang jarang nak gelak pun boleh tergelak.
Anak-anakku, permata hatiku, moga dewasamu membagiakan
ibu dengan akhlak mulia, menjadi insan soleh dan solehah.

10 comments:

  1. Hihi... itulah otak yg sentiasa cergas berfikir Azie. Bijak kan hingga kakak pun mesti terkedu bila dia jawab macam itu. Org lain yg dengar mestilah senyum-senyum. Boleh tahan Zikri ni:)

    Moga jadi anak-anak soleh/solehah itulah harapan kita sebagai mak/ayah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun masih dok senyum sorang2 bila teringat, anak, anak..macam-macam ada dalam otak dia, yang kita tak jangka.

      amin, amin..doa yang tak pernah putus buat mereka.

      Delete
  2. haha NA, ligat betul dia bertanya yang kadang kita pun tak terperasaan soalan tu pula keluar. pandainya dia jawab kat kakak tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak-anak zaman sekarang kot BP, kita dulu tak ade rasanya nak terfikir macam tu. Nak tau cita-cita dia..nak jadi robot yang boleh drive the bus, ho ho ho..

      Delete
  3. hehe...budak-budak kak.dia tanya dengan penuh innocence, kita plak yang pening nak fikir jawab cmane. :p

    ReplyDelete
  4. macam tu la bebudak sal, wartawan pun kadang pening nak jawab soalan yek..:)

    ReplyDelete
  5. kena rajin melayan lah pertanyaan anak2 ni..kdg pening juga nak menjawab..

    ReplyDelete
  6. kadang-kadang tak tau nak jawab camane knor.

    ReplyDelete
  7. aaaaaaaaahahahahahahahhahahahahhahahahahhahah XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Àaaaaaaaaaaaahahahahahihihihi...apala kakak ni

      Delete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign