Asam Garam Kehidupan: AKU sakit, mengapa engkau tidak ziarah?

Nuffnang

Pages

28 Jun 2014

AKU sakit, mengapa engkau tidak ziarah?

Sesungguhnya Allah Taala berfirman pada hari Qiamat:
"Hai anak Adam, AKU sakit dan mengapa 
engkau tidak mahu menjenguk-KU?"

Berkata anak Adam:" Bagaimanan harus aku
menjenguk-MU? Sedangkan Engkau adalah Tuhan
sekelian alam?"

Allah berfirman : " Tidakkah engkau tahu,
sesungguhnya hambaKu si fulan itu sakit, lalu
kenapa engkau tidak menjenguknya? Tidakkah
engkau tahu bahawa jika engkau menjenguknya
tentu engkau menemui AKU di sisinya?"

" Hai anak Adam, AKU telah minta makan
kepadamu tetapi engkau tidak memberi
makan pada-KU?"

Anak Adam berkata : " Ya Tuhan,
bagaimanakah aku harus memberi Engkau 
makan, sedangkan Engkau adalah
Tuhan sekelian alam?"

Allah berfirman: "Tidakkah dalam
pengetahuanmu bahawa sesungguhnya
telah meminta makan padamu hamba-KU
sifulan itu, tetapi engkau tidak memberinya makan?
Tidakkah engkau tahu apabila engkau memberinya makan
tentu engkau akan dapat menemukannya lagi di sisiKU?"

" Hai anak Adam, AKU telah minta minum kepadamu
tetapi engkau tidak mahu memberi
AKU minum."

Anak adam berkata: Ya Tuhan, bagaimanakah
harus aku memberi Engkau minum, sedangkan Engkau 
Tuhan sekelian alam?"

Allah berfirman: HambaKu sifulan telah minta
minum padamu dan engkau tidak memberinya
sesuatu untuk diminum, tidakkah engkau tahu
bahawa sesungguhnya apabila engkau memberinya minum
nescaya engkau akan akan
menemukannya di sisiKU?"

Hadis Qudsi.

6 comments:

  1. Mudahnya dpt redha Allah.

    sesungguhnya ar Rahim ar Rahman

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak buat kebaikan memang banyak jalannya, cuma jalannya penuh duri, kita pun terlepas pandang, moga ramadhan ni kita diberi kekuatan untuk berbuat kebajikan sebanyak mungkin.

      Delete
  2. Kita manusia yang lemah. Selalu lupa. Mudah lupa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah itu maha pengampun, kita istigfar selalu.

      Delete
  3. IM juga sedang sakit. Terasa betapa nikmatnya hidup yang sihat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita dah lama diberi sihat, sesekali diuji dengan sakit, moga kita bersyukur. Saya selalu cakap kat anak murid saya, Allah beri kita sihat supaya kita bersyukur, dapat pegi sekolah, dapat belajar, kalau Allah beri sakit, tandanya Allah sayang, Dia nak kita ingat Dia selalu...

      Delete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign