Asam Garam Kehidupan: Anak-anak bandar...

Nuffnang

Pages

6 Jun 2014

Anak-anak bandar...

Dah selesai solat  asar,...
Diorang jarang main jauh dari kawasan rumah, habis jauh pun kat padang permainan dekat-dekat je dengan rumah kami.
Teringat memori masa kecil kat kampung, mandi sungai, panjat pokok ( haa, jangan tak caye ), masuk hutan, ya Allah.. best sangat. Takde perasaan takut, mak ayah pun tak risau, kot risau pun masuk hutan kalau terserempak dengan rimau. Mandi sungai tu boleh kata setiap hari, makan buah ara sungai, panjat pokok ciku, manggis. Budak-budak sekarang tak merasa pengalaman camni, nak panjat pokok pun tak berani.

Takut dan ngeri bila kenangkan macam-macam kes melibatkan kanak-kanak yang berlaku kebelakangan ni, membuatkan saya tak berani nak benarkan diorang main jauh-jauh...

2 comments:

  1. kesian kat budak-budak zaman sekarang.keadaan yang dah tak selamat, bukan kita yang tak nak bagi diorang bebas.

    ReplyDelete
  2. betul tu Sal.., budak bandar ni tengok ayam, itik, kambing pun diorang pelik.

    Sal penah rasa pengalaman macam anak kampung?

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign