Asam Garam Kehidupan: antara WANITA CANTIK dengan WANITA BERAKHLAK

Nuffnang

Pages

19 Jun 2014

antara WANITA CANTIK dengan WANITA BERAKHLAK

Perempuan cantik tapi berakhlak jahat, derhaka pada suami, adalah ibarat bunga raya, cantik tetapi harumnya tiada. sebaliknya wanita yang tidak cantik tetapi berakhlak mulia, taat Allah, taat suami..ibarat bunga cempaka..tidak cantik tetapi harum baunya.

Antara bunga raya dan bunga cempaka, bunga cempaka lebih diminati. Sebab itu kita boleh jumpa bunga cempaka dijual dan dipakai. Tapi bunga raya tidak dijual dan tidak dipakai.

Keutamaan wanita samada cantik atau tidak cantik adalah pada akhlaknya, taqwanya dan taatnya pada suami. Bagi yang belum berkahwin lihatlah kebaktiannya terhadap kedua ibubapanya.

Wanita cantik tidak berakhlak dan tidak taat adalah menyakitkan hati suami walaupun sedap mata memandang. Perempuan tidak cantik pula kalau tidak berakhlak dan tidak taat, menyakitkan hati dan menyakitkan mata. 

Sebab itu usah bangga dengan rupa yang cantik dan usah risau sangat rupa paras yang tidak cantik. Tetapi berlumba-lumbalah untuk menjadi wanita yang bertaqwa, beraklak mulia dan taat pada suami.

Kalau ini ada, percayalah...Allah akan sayang, suami sayang dan semua manusia sayang. Bukankah ini yang menjadi idaman setiap wanita.....?


Saya tak boleh nak fikir bunga apa yang sesuai nak diibaratkan bagi perempuan cantik tidak berakhlak tu, bunga apa ye, selain bunga raya..yang cantik tapi tak berbau, kalau kawan-kawan tau bolehla share ye..

6 comments:

  1. Bunga taik ayam Azie. Cantik tapi busuk hihi... jahat betul kakak ni kan:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ha ha, kenape saya tak terfikir pun....

      Delete
  2. taat pada suami, ibubapa, cantik dalaman lebih baikkan.. tapi luaran pun cantik kerana dicipta olehNya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Payah nak cari tu, satu dalam seribu kot...

      Delete
  3. ada seorg husband cakap , perangai teruk sikit tak pe , janji muka cantik ... pilihan ditangan kita .

    ReplyDelete
  4. Tu lakan, orang lelaki umumnya memang suka perempuan yg cantik

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign