Asam Garam Kehidupan: berjimat cara saya

Nuffnang

Pages

21 Jun 2014

berjimat cara saya

Kot adalah yang boleh diikut. Sempena bulan Ramadhan yang akan tiba tak berapa hari je lagi. Macam saya, dengan anak seramai 5 orang ( yang ada di rumah sekarang 3 orang ) memang tak dapat apa kalau bawak setakat rm30 shopping kat Bazar Ramadhan. Keluarga sederhana macam saya ni, rm30 tu kalau beli lauk mentah boleh masak sekali untuk sahur. Orang berduit tak kesahla kan, rm30 tu cam rm3 je kot.

Saya jarang sangat membeli kat Bazar Ramadhan. Kalau pegi tu sebab nak cari murtabak, larling saya sukala sangat makan murtabak masa berbuka. Nak kena belajar ni.^^

Saya dah mula kumpul jus sunquick. Sepanjang Ramadhan itulah minuman kami semasa berbuka. Malas nak bancuh-bancuh gula, siap masak air gula, sesekali untuk bancuh air bandung. Takyah nak beli air kat Bazar Ramadhan. Kat rumah guna air bertapis, kat Bazar Ramadhan belum tentu guna air yang dimasak...Opsss..ada satu yang penting nak saya kongsikan, kepada penggemar ait tebu, berhati-hati yek, sebab tebu ni biasanya tak disimpan dengan sempurna, takut kena kencing tikus....

Kalau kuih-kuih tu, cukupla takat cekodok pisang, sesekali goreng nuget, bubur jagung, pengat pisang, oh ye...nak buat dadih, anak-anak suka dadih, sesuai jugak rasanya buat juadah berbuka, buat banyak-banyak untuk 3, 4 hari, senang, jimat..

Tak lupa nak buat home made ais krim, pun kesukaan anak-anak.

Anak-anak ni suka tengok macam-macam makanan terhidang atas meja. Tapi saya biasanya masak lauk 2 atau 3 jenis je, masak lebih untuk sahur sekali. Pastu adala buah, kurma ( wajib ada bulan puasa ni ), kuih-kuih sikit.

Kita ni mak-mak biasanya cuba masak apa yang anak-anak dan suami suka makan, tapi Alhamdulillah..larling saya tak cerewet, senang je nak bagi dia makan. Anak-anak pun takelah memilih sangat, cuma diorang tak suka makan sayur.

Hmmmm..ada ke kawan-kawan lain yang dah start merancang juadah berbuka secara berjimat-cermat macam saya. Mesti ada kan. Yelah..kita taknak ada pembaziran pulak di bulan yang berkat ni kan. Lepas puasa kang sakan pulak nak raya yerr, eshhhh..takdelah..raya pun sederhana je bagi keluarga saya. Yang kita nak cari hanyalah rahmat dan kasih-sayang Allah sahaja.

6 comments:

  1. Bagus tu kak..kadang2 kite beli banyak2 kat bazaar lepas tu tak hsbis. Membazir je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bell kat BR selalu je tak kena dgn. selera, Sal, sbb tu lbh suka masak sdri, jimat dan dijamin bersih

      Delete
  2. selalunya kami masak ringkas sahaja . hidangan nasi bersama sejenis lauk ( ayam / seafood ) , sayur , sambal telur goreng ( wajib ) dan kurma . utk yg ringan selalunya satu jenis utk sekali buka . kalau hari ini dadih , esok ais krim buatan sendiri , lusa bubur cha cha , tulat lak puding roti ... klu man in da house balik keje bawa makanan , tu dah jadi rezeki tambahan lah ... my kakak dah beberapa thn tak pergi bazaar ramadhan . lbh suka masak sendiri dgn anak2 sbb cikgu ni byk masa nak memasak kan ...

    ReplyDelete
  3. Akk pun masak ringkas je, tambah lagi tahun ni bulan ramadhan kena keje, cuma bulan puasa ni dihidangkan serentak atas meja, ada kuih, ada buah, tu yg jadi lain sikit. Yang penting jgn sampai membazir.

    ReplyDelete
  4. Kakak tahu Azie memang rajin. Kakak pulak kalau ramadhan aje memanjang cuti masak.
    Sahur aje kakak masak itupun sayur bening dan ikan/ayam goreng aje..
    Selalu bila balik kerja aje abang dah call kata tak payah masak. (rugi pahala kat sini sebenarnya.. tapi itulah kakak)...

    ReplyDelete
  5. kzakie banyak dapat jemputan berbuka ni, tu yang jarang masak yerr. Sape kate saya rajin masak..malaslah, kalau suami takde outstation, saya goreng telur je, ha ha.

    Bulan puasa, masak utk anak-anak, hargai diorang penat puasa kzakie.

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign