Asam Garam Kehidupan: Cari redha Allah atas redha ibubapa.

Nuffnang

Pages

5 Jun 2014

Cari redha Allah atas redha ibubapa.

Ekoran dari entri kak Eye-nee http://waeyenee.blogspot.com/, membuatkan saya sangat tersentuh, saya paparkan di sini antara adab yang perlu kita jaga dengan ibubapa kita, moga jadi panduan untuk anak-anak saya khususnya dan moga jadi manfaat untuk semua, In shha Allah..

Seorang lelaki berkata kepada Rasulullah SAW, " Saya menyerahkan diri untuk pergi ke medan jihad bersamamu dan mengharap mati syahid. Maka izinkanlah saya turut serta."

Baginda bertanya," Adakah kamu masih mempunyai ibubapa?"

"Ada" jawab pemuda itu.

Lantas Rasulullah SAW menegaskan, " Kepeda keduanyalah lebih utama kamu berjihad."

Antara adab yang perlu kita jaga bila berhadapan dengan kedua ibubapa:

1.Taat kepada dua ibubapa dalam semua perkara kecuali yang derhaka ( maksiat ) kepada Allah dan rasul, itupun hendaklah dengan cara yang lembut.

2. Cium tangan keduanya pada waktu pagi dan sebelum masuk tidur dan waktu-waktu lain yang munasabah.

3.  Doakan keampunan bagi mereka seperti doa ini; Ya Allah, ampunilah doas ibubapaku dan kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihaniku sejak dari kecil."

4.  Tidak masuk ke bilik tidur mereka tanpa izin.

5.  Tidak menjulurkan kaki di hadapan keduanya.

6.  Meminta izin keduanya untuk keluar rumah.

7.  Tidak tidur atau berbaring sementara ibubapa sedang duduk melainkan mendapat izin mereka.

8.  Tidak memotong percakapan mereka.

9. Tidak duduk di tempat yang lebih tinggi atau lebih mulia, sedangkan kedua mereka duduk di   bawah atau tempat yang lebih rendah.

10. Tidak lalu di hadapan mereka kecuali diizinkan.

11. Menjawab panggilan mereka dengan segera.

12. Bersegera melakukan suruhan mereka dan meninggalkan larangan mereka.

13. Tidak berjalan mendahului mereka.

14. Jangan memeranjatkan mereka dengan tujuan mengusik atau bergurau.

15. Tidak menjamah makanan lebih dahulu daripada mereka ketika menghadap hidangan.

16. Tidak memanjangkan tangan untuk mengambil makanan di hadapan mereka.

17. Jangan sekali-kali meninggikan suara di hadapan keduanya mahupun di belakang mereka.

18. Bercakap dengan lemah-lembut atau beradab dengan mereka.

Sebenarnya panduan di atas adalah untuk kita juga sebagai ibubapa dalam mencorakkan akhlak mulia kepada anak-anak kita, yang mana sepatutnya bermula dari kecil lagi agar terbiasa dengan akhlak-akhlak itu supaya mudah diamalkan sehinggalah mereka dewasa.

redha Allah atas redha kedua ibubapa- ihsan google.
Dan boleh jadi panduan untuk para isteri juga, yang mana bersesuaian.




4 comments:

  1. menarik infonya..tq sharing

    ReplyDelete
  2. byk antaranya tak lagi diamalkan oleh generasi sekarang ...

    ReplyDelete
  3. ibubapa yg kena didik dari kecil, supaya jadi kebiasaan.

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign