Asam Garam Kehidupan: Gosok telekung...? Rajinnya.

Nuffnang

Pages

24 Jun 2014

Gosok telekung...? Rajinnya.

Kisah ni dah lama sebenarnya. Saya coretkan di sini sebab saya selalu teringat-ingat bila setiap kali menggosok baju suami..

Saya berkunjung ke rumah seorang sahabat baik saya. Kehidupannya sangat sederhana. Suaminya seorang 'pak guard' dan dia waktu itu mengambil upah mengurut. Saya suka mengurut dengannya sebab dia akan urut betul-betul, sakit betul..tapi saya serasi dan saya suka. Kalau takat-takat urut-urut, picit-picit biasa tu, lega sekejap je, pastu sakit balik, buat habis duit je. 

Suatu ketika, sebelum dia ambil upah mengurut dan suaminya takde kerja tetap, kehidupan mereka memang susah. Pernah diceritakan, yang ada kat rumah cuma beras, minyak, garam dan bawang. Setiap hari cuma mampu buat nasi goreng, tapi setiap kali dia memasak dia minta dengan Allah agar apa yang dimasaknya menjadi berkat untuk anak-anaknya belajar. Anaknya waktu tu 2 orang. Tapi saya nampak memang berkat doa seorang ibu, dua orang anaknya ni memang bijak, yang sulung tahun lepas llulus SPM dengan cemerlang hingga ditawarkan melanjutkan pelajaran ke German, tapi dia memilih untuk sambung belajar di IPT dalam Malaysia je. Anak yang kedua tahun ni SPM di Sek.Men Sains Negeri Sembilan. Sekarang anaknya 4 orang, yang 2 lagi ni masih bersekolah rendah.

Apa yang buat saya kagum lagi dengan sahabat saya ni, dia sangat lemah-lembut dengan anak-anaknya, berbanding sayalah, sabarnya dia dengan anak-anaknya. Di rumahnya ada bela kucing juga, dengan kucing pun dia bercakap lembut, macam bercakap dengan anak-anaknya...

Saya dah jauh lari ni...

Saya nak ceritakan yang ni. Suatu hari saya berkunjung ke rumahnya untuk berurut lagi. Masuk waktu Asar, saya nak pinjam telekung sahabat saya ni sebab saya tak bawak telekung. Dengan suara dan wajah yang penuh serba-salah dia minta maaf. Katanya dia belum sempat gosok telekung tu. Haaa...gosok telekung...? Dihulurkan sebotol minyak wangi. Minyak wangi biasalah, memang selalu saya guna untuk solat. Tapi gosok telekung, serius..saya tak pernah gosok telekung. Sehabis solat saya bertanya penuh kebodohan, " kenapa gosok telekung?"

" Yela, kita ni nak ke mane-mane, siap gosok baju cantik-cantik, wangi-wangi. Ni kita nak mengadap Raja segala raja, mestilah lagi nak cantik, kemas, wangi..."

Saya sangat tersentuh dengan jawaban itu. Betul sangat. Mursyid saya dulu selalu menyebutkan kita ni sepatutnya kalau nak mengadap Allah tu, sepatutnya mesti lagi cantik, wangi, kemas, bersih, bersiap-sedia lahir batin, setengah jam sebelum masuk waktu dah siap menunggu di sejadah. Ni kita tak camtu, kita kalau nak jumpa orang bukan main lagi bercantik-cantik, berhias-hias, berwangi-wangi, nak mengadap Allah selekeh je. Telekung pun basuh sebulan sekali, bertahi lalat, hapak..Macam tu ke adab seorang hamba terhadap Tuhannya. 

Saya yang lupa sebenarnya. Tapi telekung saya takdelah sampai berbau, cuma takdelah sampai teringat nak menggosoknya. Terfikir-fikir, merenung-renung, malu rasanya, baju melayu yang suami buat solat pun saya tak pernah gosok. Jadi bila teringat saya gosok semua sekali baju kerja suami dan baju melayu solatnya. Dan sapukan secalit minyak wangi....

Kawan-kawan lain tak macam saya kot....

Oh ye, nak ucapkan selamat datang dan selamat berukhwah buat Sal Bee Yah dan Syahmie, semoga jalinan ukhwah kita kekal hingga ke jannah.

10 comments:

  1. hehehe boleh cuba kak ji...

    ReplyDelete
  2. Kakak pun sama macam Azi, jubah/baju melayu abang solat hari-hari tak pernah gosok. Kalau yg pergi solat jumaat aje gosok. Minyak wangi pun abang pakai sendiri. Tak adalah kakak calitkan (entah isteri apalah kakak ni). Nak cakap dgn abanglah malam ini tentang N3 Azie ni apa dia nak cakap:)

    Renungan buat kakak ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Renungan utk kita bersama, peringatan buat saya kzakie..samalah, baju solat jumaat je gosok, hu hu

      Delete
  3. saya tak pernah gosok telekung, tapi memang Mak gosok semua jubah yang Abah pakai gi surau dan masjid. Kakak saya pun ikut habit tu. sebab diorang sama lah macam yang akak cerita. Mak pesan lepas kahwin nanti, kalau boleh amalkan.

    p/s: syok dengar cerita kawan akak tu.hidup sederhana tapi berkat. salam ukhuwah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Ingatkan akak je yg tak gosok telekung.

      Baguslah Sal, dah ada cita-cita naik jadi isteri solehah tu, juga cepat bertemu jodohnya:-)

      Delete
  4. saya pun xpernah gosok telekung hahaha..melawak ja noooo..saja singgah mai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baju gi solat jumaat mesti ber'side' habis ni kan, kan..

      Selamat singgah, singgahla lagi

      Delete
  5. mandi , bersugi dan memakai wangian tu pasti ada yg melakukannya sebelum solat tapi gosok telekung mmg tak terfikir ... dia jaga hubungannya dgn Allah maka dgn mudah Allah juga penuhi kehendaknya ... subhanallah !

    ReplyDelete
  6. Ye betul tu QV, sunah yang sangat senang nak buat sebenarnya.
    Sampai skrg pun sang at sederhana kehidupan diorang, dalam susah cuba juga bersedekah

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign