Asam Garam Kehidupan: JALINKANLAH UKHWAH DAN REBUTLAH PAHALA IBADAH

Nuffnang

Pages

26 Jun 2014

JALINKANLAH UKHWAH DAN REBUTLAH PAHALA IBADAH

Salam Ramadhan Al Mubarak.
Di kesempatan ini, marilah kita panjatkan rasa syukur
ke hadrat Allah yang telah
mempersaudarakan kita
kerana dengan belas ihsanNya
kita masih diberikan peluang
untuk menyambuk Ramadhan yang penuh barokah
Nah..di bulan yang menjanjikan pahala
 yang melimpah ruah ini
marilah kita bina kasih sayang
melalui ibadah yang ditunaikan.

Kemudian
Jadikanlah puasa yang menginsafkan kita
erti letih, lapar dan dahaga
membantu mereka yang malang

Muliakanlah waktu berbuka yang penuh nikmat itu
dengan menjamu si fakir
meraikan mereka sebagai tetamu
jadikanlah sedekah ihklas kita, tambahan zakat
moga dengannya
akan terbelalah nasib anak-anak yatim
menghiburkan mereka yang tak punya
rebutlah peluang selepas majlis tadarus
dan solat tarawih untuk menjalinkan persaudaraan
dengan tetangga setempat
jadikanlah segala ibadah yang mencegah kita
dari kemungkaran, menyintai kebenaran
berkasih sayang dan mendamaikan
mereka yang bermusuhan

Segala yang dilakukan ini adalah sunnah
Rasulullah SAW dan amalan yang diidam-idamkan
oleh para malaikat
membuahkan ganjaran berlipat-ganda
dan yang paling utama
mendekatkan kita dengan rahmatNya

Sabda Rasulullah SAW:
" Barangsiapa yang mengasihi sesama manusia
dia akan dikasihi Tuhannya"


2 hari menjelang Ramadhan....
 
 
 
 

6 comments:

  1. inshaAllah, semoga menjadi ahli syurga dengan permulaan yang baru. salam ramadhan NA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin, amin..

      Salam ramadhan juga buat BP, moga kita mendapat ramadhan yang diberkati

      Delete
  2. selamat menyambut ketibaan ramadhan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadhan juga buat Kamsiah sekeluarga, terimakasih atas kunjungannya..:)

      Delete
  3. In Sha Allah...moga diberi kesempatan melalui Ramadan kali ni dengan sebaik mungkin. Salam Ramadan kak...

    ReplyDelete
  4. Salam ramadhan juga buat Sal, semoga mendapat ramadhan yang berkat, amin..

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign