Asam Garam Kehidupan: Mahu ku buang sedih ini jauh-jauh...

Nuffnang

Pages

10 Jun 2014

Mahu ku buang sedih ini jauh-jauh...

Kakak, ibu masih dalam mood sedih sebab kakak dah balik asrama. Rasa kejap sangat kakak kat rumah. Ibu tak puas lagi nak marah, gurau, borak-borak dengan kakak sambil kakak tolong ibu masak. Rasa macam taknak bagi kakak balik asrama. Ibu nak nangis ni...

Ibu nak ucapkan terimakasih sebab kakak rajin tolong make-upkan blog ibu. Ibu ni bukan pandai sangat. Kakak cakap, " ibu explore je.." tapi terus-terang ibu tak berani, takut tak jadi, nanti janggal kawan-kawan blogger ibu tengok. Jadi ibu lebih rela tunggu kakak balik, baru ibu berani ubah apa patut kat blog ibu nih, terimakasih tau...

Kakak makanlah ubat homopati yang kita amik aritu sampai habis yea. Kakak dengar kan apa yang Doktor Hasan 'baca' bila tengok tangan kakak. Jangan culas makan ubat tu. Ibu doakan sungguh-sungguh supaya Allah sembuhkan penyakit kakak.

Malam tadi ( malam kakak balik asrama ) Nadhrah nangis sungguh-sungguh kat dalam bilik. Sedih sangat dia bila kakak dah balik asrama.

Ibu tulis ni bukan nak bagi kakak sedih atau lemah jiwa, cuma sebagai luahan rasa seorang ibu bila terpaksa berjauhan dengan anaknya. Tengok blog kakak pun ibu jadi sedih...

Kadang-kadang fikiran ibu melayang jauh, fikir lepas SPM ni tentu kakak akan pergi jauh juga, untuk sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi. Rasa macam tak sanggup nak bayangkan, rasa macam sekejap benar kakak dah nak melangkah ke alam dewasa dan tinggalkan ibu. Tapi ibu akur...kakak ada masa depan yang harus diperjuangkan.

Dan harapan ibu yang benar-benar tulus, walau di mana jua kakak berada JANGAN lupakan ALLAH dan RASUL, peganglah dua ini dengan sesungguh hati, tanpa berbelah-bagi. Tiada makna yang indah jika kakak berjaya tanpa berpegang teguh kepada yang haq ini.

Ingat sungguh-sungguh dalam hati kakak.

4 comments:

  1. Tabahkan Hati kuatkan semangat yer sahabat...perasaan sedih dan rindu itu adalah sebahagian dari diri kita kan..tambah2 kita ni ibu..cepat sgt terasanya...kita sedih dan rindukan dia..Bagaimana dia??...pasti berkali ganda sedih dan rindukan kita ibunya...

    ReplyDelete
  2. saya ingat saya ni tabah sangat, takmo tunjuk airmata depan anak2, tapi meleleh juga..

    terimakasih k eye-nee atas dorongan dan semangatnya.

    ReplyDelete
  3. Setiap kali berpisah dgn anak memang beginilah kita kan Azie. Walau dah bertahun-tahun duduk asrama setiap kali mereka balik hati kita jadi rawan dan pilu. Anak-anak sebenarnya ok aje..

    Doa dan dorongan kita tak putus buat mereka. Bersama kita berdoa utk anak-anak cemerlang dunia & akhirat.

    ReplyDelete
  4. bila tengok dia boleh selamba dan senyum aje melambai-lambai masa bas berlalu tu, saya kagum dengan ketabahannya, walaupun nampak dia lengah-lengah masa nak packing barang tu, bila tanya bila nak kena balik asrama, dia dok jawab entah je, saya tau dia kuat..macam kzakie kata, kita ni mak, hati tu cepat je rawan, pilu...

    Ya kzakie, saya sangat yakin doa ibu tiada hijabnya.

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign