Asam Garam Kehidupan: Mengenal kekuatan diri.

Nuffnang

Pages

6 Jun 2014

Mengenal kekuatan diri.

Jom kita cuba sama-sama suluh, cari dan kaji apa kekuatan yanag ada dalam diri kita, supaya kita tidak ketinggalan dan canggung untuk berdepan dengan masyarakat, supaya kita pandai meletakkan diri di tempat yang sesuai, supaya kita tak berlakun-lakun, meniru-niru atau cuba menjadi orang lain.

Mengenal diri bukan setakat melihat dan menialai kecantikan, warna kulit, tinggi, rendah, cerdik, bodoh, keturunan dan bangsa. Tapi semamangnya ramai yang cuma berbuat begitu, rupa lahirlah yang sangat dijaga dan diambil kira.

Yang lebih utama sebenarnya mengenal sifat batin kerana sabda Rasulullah.."Barangsiapa yang kenal dirinya sendiri, maka dia akan kenal Tuhannya."

Maka, erti mengenal diri itu ialah mengenal jiwa, fikiran, watak, nafsu, kebolehan, kekuatan dan sifat-sifat yang ada dalam diri  kita.

Rupanya Allah telah bekalkan kepada kita tiga kekuatan, kekuatan jiwa, kekuatan akal dan kekuatan perasaan. Cuma kekuatan itu tidak semuanya kita miliki. Bagi kebanyakan orang hanya ada satu atau dua kekuatan yang menonjol pada dirinya.

Bagi yang dikurniakan kekuatan akal kelebihan untuknya untuk menimba pelbagai ilmu. Ilmu itu sesuai dengan bakat dan kecenderungannya. Jika tidak, kekuatan akal itu tidak akan dapat berfungsi sepenuhnya dan kuranglah pula faedah dan manfaatnya.

Jika kita mempunyai kekuatan perasaan sangat sesuai dengan kerja-kerja seni, sastera,pertukangan, gubahan dan segala kerja seni yang halus dan rumit yang perlukan penelitian. Jika diusahakan bersungguh-sungguh, tidak mustahil boleh menjadi satu sumber rezeki yang sangat lumayan.

Bagi yang mempunyai kekuatan jiwa pula tahan berhadapan dengan ujian-ujian berat, sangat sesuai kerjayanya sebagai askar, polis, urusan-urusan kebajikan, memimpin dan mendidik sangat sesuai dengan mereka.

Dengan mengenali sifat-sifat batiniah ini dapat melatih kita meletakkan diri sesuai pada tempatnya. Jika kita menerima tugas atau kerja yang tidak sesuai dengan watak, bakat dan kecenderungan kita, ia bukanlah satu penghormatan tetapi lebih merupakan satu penghinaan kepada kita.

Jangan susahkan hati hanya kerana kita tidak seperti orang lain. Tindakan dan sikap kita biar sesuai dengan sifat semulajadi kita. jadilah diri sendiri. Binalah peribadi terbaik melalui kekuatan yang ada, sesuai dengan watak, bakat, kelebihan dan kecenderungan kita.  

2 comments:

  1. dalam melalui kehidupan , kita perlu memiliki banyak kekuatan . org lain x dpt membantu , hanya diri kita sendiri ...

    ReplyDelete
  2. kekuatan yang asas hanya yang tiga tu.

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign