Asam Garam Kehidupan: Ramadhan, ada yang kalah dengan nafsu.

Nuffnang

Pages

29 Jun 2014

Ramadhan, ada yang kalah dengan nafsu.

Menjelang maghrib, esoknya ramadhan, syaitan sudah dibelenggu, terbukalah pintu-pintu syurga, terkunci rapat pintu neraka. Tiada lagi penghalang besar untuk manusia beramal soleh melainkan nafsunya sendiri. Ribuan peluang terentang, melalui jalan ketaatan , berganjarkan pahala yang dilipat gandakan.

Sayangnya, peliknya..bila tiba bulan Ramadhan, adalah cerita, berita terpampang di dada akhbar, tentang penangkapan yang memalukan, cerita orang tak puasa..

Sayangnya..sebab peluang dan jalan telah Allah berikan, tapi ada yang kalah dengan nafsu. Nafsu akan mendorong ke arah kejahatan, mata melihat yang haram, lidah untuk mengumpat, berbohong, menipu dan bermacam lagi, nafsu mendorong kaki tangan melakukan maksiat, mendorong hati untuk sombong, hasad dengki, gila dunia dan sebagainya.

Sebab itu pulang dari peperangan Badar yang bersejarah itu ( perang Badar berlaku dalam bulan ramadhan, dengan jumlah tentera islam yang cuma seramai 313 orang mampu mengalahkan tentera musyrikin yang berjumlah 1000 orang ), Rasulullah bersabda:
   
   " Kita baru pulang dari peperangan kecil untuk masuk ke suatu peperangan yang lebih besar."

Brtanya para sahabat, " peperangan apakah itu ya Rasulullah?"

   " Itulah peperangan hati yakni berperang melawan hawa nafsu."

Kubu-kubu dalam peperangan menentang hawa nafsu ialah:


  • Keyakinan yang padu pada Allah.
  • Istiqomah dalam beramal.
  • Tepat dalam beramal dan bertindak
  • Banyak melakukan amalan sunat seperti sembahyang sunat, puasa sunat, membaca Al Quran, berwirid, berzikir, berdoa dan sebagainya.
  • Sering mengenag-ngenang kebesaran Allah serta balasan Allah yakni azab neraka.
Berperang dengan nafsu tidak akan ada gencatan senjatanya. Senjatanya ialah taqwa. Mentaati segala perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya itu adalah salah satu jalan taqwa.





ihsan google.









7 comments:

  1. Melaan nafsu ada kalanya lagi payah dari melawan godaan syaitan. Moga kita tak tergolong dalam golongan yang ingkar

    ReplyDelete
    Replies
    1. nafsu dalam diri, syaitan kat luar..

      Delete
    2. tulah...sebab kat dalam, dah sebati..huhu

      Delete
  2. Bulan gini la yang menduga kita. Ramai juga yang tewas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampaknya nafsu makin gemuk di bulan ramadhan yea, patutnya makin kurus...

      Delete
  3. sebut sebut Allah, inshaAllah..

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign