Asam Garam Kehidupan: Ramai yang susah di akhirat nanti kerana harta.

Nuffnang

Pages

26 Jun 2014

Ramai yang susah di akhirat nanti kerana harta.

Kita ni , kaum wanita..selalunya bila mendapat sedikit kemewahan akan cepat lupa diri, tinggi diri, tamak, haloba, angkuh dan kedekut..tak percaya, ok..takpe..

Siapa yang suka shopping? siapa yang suka ikut trend fesyen terkini, siapa yang rambang mata tengok jualan murah sane- sini..jawablah sendiri yek..so..tak percaya lagi...?

Kat dalam filem, drama..siapa yang sering digambarkan angkuh dan sombong bila kaya raya...? Mak datin, mak datin, jangan marah yek..

Seorang hamba Allah telah bertanya kepada Rasulullah SAW, " Wahai Rasulullah, siapakah yang terjahat di antara umatmu?"

Jawab Baginda, " Orang-orang kaya"
Kemudian Baginda bersabda lagi, " Sepeninggalan kamu nanti, bakal datang satu kaum yang makan serba enak dan beraneka ragam. Mereka mengendarai kuda indah berwarna-warni ( kenderaan mewah zaman sekarang ), mengahwini wanita yang cantik, berpakaian mahal, makanan sederhana tidak mengenyangkan untuknya, harta yang banyak pun tidak memberi kepuasan kepadanya, bekerja menyembah dunia pagi dan petang dan menjadikan tuhan di samping Tuhan ( yang sebenarnya ). Mereka mematuhi perintah dunia, dan memperturutkan hawa- nafsu mereka sendiri...Maka daku Muhammad bin Abdullah menekankan kepada orang-orang yang mendapati berada di zaman itu dan anak cucu dan generasi-generasiku, supaya tidak memberi salam kepada orang-orang ini, sakitnya jangan dijenguk, jenazahnya jangan diiringkan dan pangkatnya jangan dihormati. Sesiapa yang melanggar bererti membantu merobohkan Islam!"

Salman Al Farisi pernah mengirim surat kepada Abu Darda' ra.

" Saudaraku,janganlah engkau kumpulkan harta kalau tak pandai mensyukurinya kerana daku mendengar sabda Rasulullah SAW:

" Manusia berdunia ( berharta ) yang mentaati Allah akan ditampilkan nanti bersama hartanya. Bila ia gugup semasa meniti titian Siratul Mustaqim, sang harta berkata kepadanya; Jalanlah terus kerana anda telah menunaikan hak Allah atas diriku."

Kemudian datang pula orang yang tidak mentaati Allah di bidang hartanya, dengan memikul harta itu di kedua bahunya. Bila ia gugup dalam meniti, iapun ditempelak oleh hartanya;Hai malang, engkau tidak pernah membayarkan hak Allah atas diriku!"

Begitulah keadaannya terus menerus sehinggalah ia meraung menangisi nasibnya yang malang dan derita itu."

Harta, kemewahan, kesenangan memang menjadi buruan manusia yang cinta dunia. Sehingga ada yang sanggup mengambil jalan singkat kerana memburu kesenangan dengan menjadi pelacur, gro dan kerja-kerja yang jelas bertentangan dengan syariat.

Kita...berbahagialah dengan nikmat iman dan Islam yang telah Allah kurniakan. Dengan iman seseorang itu akan kaya jiwanya. Itulah kaya yang hakiki...

*****secebis peringatan buat diriku menjelang Ramadhan ini, agar aku raikan ia dengan penuh rasa kehambaan dan syukur, agar ku raikan ia penuh meriah dengan selawat, bacaan Al Quran, sedekah, tahajud...berikan daku kekeuatan agar mampu kulawan nafsuku yang selalu mengajakku ke arah kejahatan, agar kali ini aku menang ya Allah...*****

Ihsan google

11 comments:

  1. setuju...hrap bukanlah kita antaranya.

    ReplyDelete
  2. setuju...kaya tak salah.yang salahnya bila kedekut dan tak reti bersyukur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai yang teruji dengan kekayaan, sebab itu Rasulullah sendiri memilih hidup miskin dan berdoa agar dibangkitkan bersama org2 yg miskin

      Delete
    2. yup...betul. ujian kekayaan tu lagi besar dari ujian miskin. tapi manusia selalu tak nampak.

      Delete
  3. Harta dikumpul dicari buat kesenagan diri memadailah bukan menjadi hamba kepada harta itu sendiri...berlebih menderma terkurang carilah setakat terdaya oleh mu kan geng...

    ReplyDelete
    Replies
    1. harta diguna sebagai jambatan menuju akhirat kan k eye-nee, In shaa Allah selamat

      Delete
  4. Ya Allah berilah aku kesedaran andai ada kelalaian pada diri kami..
    Sungguh kakak pun takut Azi. Apa yg kita ada sebahagiannya kena agih pada yg berhak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. agih pada yang haq...yang betul-betul memerlukan. Wajar tak ada anak yatim, ibunya telah berkahwin lain dengan orang yang memang mampu, dan nampak bertanggungjawab..anak ini dapat peruntukan dari masjid sebyk rm900, bila saya tanya nak buat apa dengan duit tu, katanya nak beli kasut adidas dua pasang, padahal ada yang lebih memerlukan...

      Delete
  5. bimbang juga klu byk harta , jadi makin lambat masuk syurga ...

    ReplyDelete
  6. seperti Saidina Abd Rahman bin Auf..dikatakan akan merangkak di titian sirat unruk masuk syurga, padahal sedekahnya umpama air mengalir laju...

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign