Asam Garam Kehidupan: Ubat kencing manis

Nuffnang

Pages

9 Jun 2014

Ubat kencing manis

Saya suka berborak dengan orang tua. Mereka biasanya tak sombong. Lagipun orang tua biasanya banyak Ilmu dan petua, In shaa Allah dapat kalau pandai korek.
Duduk-duduk sementara menunggu suami datang sehabis shopping barang dapur minggu ni, saya sempat berborak dengan sorang makcik. Tapi saya penyakitnya selalu terlupa tanya nama bila borak dengan orang
.
Macam-macam cerita makcik ni, slang campur-campur Kedah, Penang, Terengganu, sebabnya makcik ni lahir kat Penang, besar kat Kedah pastu kawen dengan orang Terengganu, duduk Terengganu lebih kurang 20 tahun,...ooo...padanlah.

Makcik cerita dia ada kencing manis, mata kataraks, doktor tak bagi buat operation. Tapi kencing manis dia terkawal..ubatnya..dia minum air rebusan bendi. Kalau luka takla melarat, kata makcik.

Satu lagi amalkan makan buah belimbing, elok untuk kencing manis dan darah tinggi. Tapi kalau ada sakit buah pinggang jangan amalkan makan belimbing ni. Pantang.

Tu la ilmu yang saya dapat, saya coretkan di sini, mana tau satu hari di hari-hari tua saya nanti ( ingat sakit, ingat mati..isk, isk ) saya diuji dengan sakit kencing manis ni, saya boleh amalkan petua ni.


9 comments:

  1. masalah org kita ni bila sebut petua , mcm rasa yakin tak yakin jer . maklumlah cuma diturunkan generasi demi generasi ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa salahnya cuba kan, kot tak jadi pun tak mudarat juga, sebab dari alam semulajadi

      Delete
  2. belimbing ni pun elok untuk darah tinggi juga kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. katanya camtu lah, belimbing pun buah yang sedap juga kalau orang suka.

      Delete
  3. minum air masak byk2 le mak cik yew..awet muda lgi..bkn setakat kencing manis je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ah kan, minum air kosong, buang air jadi lawas, anak-anak saya pun lebih suka minum air kosong, atau orange Sunquick, jadi maknya takdelah susah-susah nak masak air, bancuh air panas, he he

      Delete
  4. buh belimbing memang sedap..x tau plak org ada sakit buah pinggang x elok makan. Ok,noted!

    ReplyDelete
  5. Kate makcik tu camtu lah, sebab belimbing kan ada masam-masam, asid kan tak elok untuk buah pinggang.

    ReplyDelete
  6. Buah belimbing tu masam-masam, asid tak elok untuk buah pinggang, kate makcik la.

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign