Asam Garam Kehidupan: kenderaan......

Nuffnang

Pages

7 Jul 2014

kenderaan......

Bercakap dengan Umar Zikri memang jadi ubat untuk ibu dan abah gelak. Kat surau kampung uwan ( ada kenduri arwah sempena ramadhan ) malam ahad baru ni, dia nampak van jenazah,.." ada van jenayah " perlahan je suara dia. " Ha, apa yang?" saya tak puas hati. " Ada van jenayah " dia berpaling ke arah van jenazah yang terbuka bonetnya dan ada keranda di dalamnya.

Saya yang pada mulanya rasa saspen, ooohh..tergelak dalam terkesima ..

Pantang nampak sebuah bas ( bas seri indah ) dia sibuk, bas ni bawa penumpang dari kajang dan berenti di depan  stesen bas depan JPN Putra Jaya. Semalam otw hantar abang balik asrama, terserempak lagi dengan bas ni, kecoh lagi dia. Abang Iman tanya kenapa dia suka sangat dengan bas ni.."Yela, dah pernah tak naik bas seri indah.." jawabnya yang memecahkan gelak ibu dan abah.

Pandai jugak reka perkataan pelik-pelik..gedebak-gedebak dun bila main langgar-langar model kereta kesayangan dia. Hancur berdeghuk bila ternampak pintu kaca sebuah pondok atm pecah akibat kecurian, ada satu lagi, tak ingatla plak..

Inilah bas sri indah yang selalu dikecohkan dek Umar Zikri.

Semoga kamu bertiga ( Muhammad Danish,
Muhammad Hilman, Umar Zikri akan jadi
tiga dari tayar kenderaan terakhir
ibu nanti )

No comments:

Post a Comment

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign