Asam Garam Kehidupan: Kerana takutkan Allah, mereka digeruni...

Nuffnang

Pages

11 Jul 2014

Kerana takutkan Allah, mereka digeruni...

Sewaktu Mesir dikepung oleh tentera Islam dibawah pimpinan panglima Amru Al-Asy, ada sebuah benteng paling teguh di negeri itu- pusaka zaman Babilon. Raja Mesir ketika itu, Raja Muqauqia telah mengirim perutusan melalui wakilnya kepada Panglima Amru yang berbunyi:

" Tuan-tuan telah masuk ke negeri kami. Dengan sikap gagah perkasa, tuan-tuan memerangi kami. Sudah lama tuan-tuan melaksanakan pekerjaan yang sedemikian besar itu.

Tidakkah tuan-tuan ingat bahawa tuan-tuan hanyalah satu bangsa yang lemah, yang pernah dijajah oleh Rom? Kalau diteruskan juga hajat tuan-tuan itu, kelak tuan-tuan akan jatuh ke dalam tawanan kami.

Maka sebelum terlanjur, lebih baik kita adakan perundingan, utuslah ahli-ahli bicara tuan-tuan, supaya dapat kami dengar perbicaraan mereka. Moga-moga hasil perundingan itu nanti dapat menyenangkan hati kami dan hati tuan-tuan.

Kalau urusan ini kita lambat-lambatkan, dikhuatiri tentera Rom akan menyerang tuan-tuan kerana negeri ini dibawah kuasa mereka. Kelak tuan-tuan akan menyesal."

Utusan Raja Muqauqis itu ditahan sementara oleh Panglima Amru tetapi dibiarkan bergaul dengan tentera Islam. Selepas dua hari mereka dibenarkan pulang. Sekembalinya utusan-utusan itu mereka ditanya oleh Raja Muqauqis, " Bagaimana keadaan tentera Islam yang kamu lihat?"

Ketua utusan itu menjawab.." Mereka adalah satu kaum yang lebih mencintai mati daripada hidup. Merendah diri lebih mereka sukai daripada meninggikan diri. Mereka tidak terpedaya oleh dunia dan isinya."

" Mereka duduk di atas tanah semata-mata dan makan bersama-sama sambil bersila. Amirnya sama saja dengan rakyatnya, tidak dapat dikenal siapa yang berpangkat, siapa yang tidak, siapa ketua, siapa pengikut."

" Setelah berwudhuk mereka bangun bersembahyang dengan khusyuk."

Mendengar itu, Raja Muqauqis berkata, " Demi Tuhan, kalau demikian sikap mereka, walaupun gunung yang menghalang cita-cita mereka, tetap akan diruntuhkannya juga. Sesungguhnya tidak ada sesiapa yang sanggup berhadapan dengan kaum yang sedemikian."

---Jelas sekali bahawa pergantungan dengan sepenuh hati dengan Allah adalah senjata ampuh yang mampu melawan apa saja, jadi marilah kita gunakan senjata ini untuk berjihad membantu saudara-saudara islam kita di Gaza, moga Allah mendengar doa kita, aminnnn...

5 comments:

  1. yakin dengan Allah..In Sha Allah akan dapat kemenangan itu.

    menabung Volkswagen untuk kak NA

    ReplyDelete
  2. betul lebih redhaa..tentera Islam..

    ReplyDelete
  3. "mencintai mati daripada dunia dan isinya" hebatnya mereka! #prayforgaza

    ReplyDelete
  4. Sal tq sudi menabung
    BP dan zu, trmmasih atas komennya
    In shaa Allah..kita doakan kemenangan buat mereka, dan buat yg gugur kita doakan syahid...

    ReplyDelete
  5. Kisah indah yg patut kita renungkan bersama utk membandingkan keimanan kita dgn mereka.
    Bila kakak baca kisah ini. Macam baru jugalah...

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign