Asam Garam Kehidupan: Keutamaan puasa 6 di bulan syawal.

Nuffnang

Pages

30 Jul 2014

Keutamaan puasa 6 di bulan syawal.

Barangsiapa menanam pokok kerana mengharapkan buahnya, dia akan menyiramnya pada waktu-waktunya. Tanda menyerapnya pohon itu terhadap air ialah daun-daunnya menjadi hijau subur. Apabila telah subur dan berlalu beberapa lama, kemudian terkena panas matahari dan daun-daunnya menjadi kering, nyatalah pokok itu tidak menyerap air. Jika daunnya tidak kering malah menghijau, nyatalah pohon itu menyerap air.

Begitu juga dengan keadaan manusia, di bulan Ramadhan mereka berpuasa, mengerjakan solat, membaca Al Quran dan melakukan berbagai amalan kebaikan iaitu semata-mata mengharapkan diterima semua amalan dengan sebab berkatnya bulan Ramadhan. Tanda diterima segala amalan itu ialah sesudah Ramadhan dia masih tetap selalu taat dan istiqomah melakukan segala kebaikan.

Puasa enam di bulan Syawal ialah amalan Rasulullah SAW, para sahabat dan orang soleh. Banyak kelebihan dan keutamaan yang disebut dalam hadis antaranya:

Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadhan kemudian mengikut sertakannya enam hari di bulan syawal, maka dia terlepas dari dosa-dosanya sebagaimana dia dilahirkan oleh ibunya.

Barangsiapa berpuasa di bulan Ramadhan kemudian menyertakan bulan Ramadhan itu dengan puasa enam hari di bulan syawal, dia seperti berpuasa setahun penuh.

Seterusnya sabda Nabi lagi:

Orang yang berpuasa sesudah bulan Ramadhan seperti orang yang mengulangi (perang) sesudah melarikan diri.

Banyak rahsia dan hikmah berpuasa enam hari di bulan syawal ini. Sabda Nabi SAW:

Sesungguhnya Allah telah menciptakan tujuh langit dan bumi ini selama enam hari di bulan syawal. Barangsiapa berpuasa enam hari di bulan syawal itu, maka Allah mencatat baginya kebaikan sebanyak bilangan makhluk yang telah diciptakan dan menghapuskan semua kejahatannya dan mengangkat pula akan darjatnya.

Sabda Nabi lagi:

Sesungguhnya mayat itu mempunyai enam ratus anggota badan dan pada tiap-tiap anggota badannya itu terdapat seribu mulut kecuali hati, sebab hati itu tempat makrifat (ilmu). Barangsiapa berpuasa pada yang enam ini Allah meringankan dia dalam sakaratulmaut seperti mudahnya meminum air sejuk bagi orang yang dahaga.

Bersambung...

2 comments:

  1. salam shawal NA, moga puasa enam dipenuhi di bulan mulia ini.

    ReplyDelete
  2. belum dapat mula lagi pun BP, in shaa Allah akan buat juga

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign