Asam Garam Kehidupan: August 2014

Nuffnang

Pages

31 Aug 2014

Semangat merdeka..

Foto MenarikYUSUF Firdaus, 11 (kiri) bersama adiknya Asyraf Firdaus, 9, berpakaian lengkap Tentera Diraja Malaysia pada Sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-57 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. FOTO Muhd Zaaba Zakeria

30 Aug 2014

Pengsan.

Hari jumaat memang meletihkan di tempat kerjaku. Kenapa? Sebàb pelajar transit akan balik awal dari sekolah rendah. Kalau hari lain pukul 1.30 tengahari baru sampai, hari jumaat pukul 12.30 diorang dah balik. Aku yang baru habis bergelut dengan pelajar tadika kenalah bersiap sedia untuk 'berkhidmat' kepada diorang plak...." ustazah, ayah saya dah hantar beg saya ke belum, ustazah...mana tuala saya? semalam saya sangkut kat sini, ustazah...ada orang sorok quran saya, ustazah...nak makan....dan seribu satu macam cerita lagi. Letih..letih, tambah lagi hari jumaat selalunya saya sorang je yang tunggu kat bahagian bawah. Tunggu pelajar balik, tengok diorang mandi, makan, solat, mengaji, walaupun taklah ramai sangat pelajarnya, tapi tetap penat sebab kena buat sorang-sorang. Habis semua tu, pukul 3 petang  siap sedia untuk kelas KAFA plak. Bukan mengeluh, cuma nak cerita jer.

Semalam sampai rumah dah pukul 7.10 petang. Penat sesangat. Ingat nak masak lepas maghrib.

Kesian plak dengan Muhammad Hilman.." Ibu, lapar, tadi kat sekolah agama makan hotdog je."

Alhamdulillah..sebelum keluar kerja memang beringat turunkan ikan atau ayam ke freezer bawah, jadi taklah lama nak tunggu, tambah lagi tengah ABC..jadi tepat jam 8. 10 makan malam dah terhidang.

Lepas makan, kelopak mata pun dah takleh nak buka. Pengsan atas sofa. Pinggan mangkuk penuh dalam sinki. " Biarlah..esok jelah.."

Bangun pagi, wahhhhh...sinki dah kosong, Nadhrah Hannani kesian kat ibu. Hmmmmm.....lain kali ibu nak buat pengsan lagilah.  ( hari jumaat je rasanya dia boleh tolong, hari lain, dia dulu yang pengsan lepas maghrib )

29 Aug 2014

Di mana-mana..

6 kelebihan hari jumaat.

1. Berlakunya Hari Qiamat.
Dalam suatu hadis riwayat Muslim, RasuluLlah SAW ada menyebut bahawa: 
“Pada hari Jumaat juga qiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” 

Dalam hadis lain, RasuluLlah SAW bersabda yang bermaksud : 
“Hari Yang Dijanjikan ialah Hari Qiamat. Hari Yang Disaksikan ialah Hari Arafah, dan Hari Yang Menyaksikan ialah Hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.” 

2. Nabi Adam Diciptakan Dan Baginda Juga Dikeluarkan Dari Syurga.
Hari ini nabi Adam a.s diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga. Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: 
“Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.” 

3. Penghulu Segala Hari.
Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana Islam meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain. Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Terdapat banyak kebaikan dan kelebihan pada hari ini termasuklah Solat Jum’aat.

4. Selamat Dari Fitnah Kubur Bagi Yang Mati Pada Hari Jumaat.
Menurut Rasulullah SAW: 
“Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.” 

5. Kebaikan Dengan Memotong Kuku.
Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.” 

6. Makbulnya Doa Di Antara Dua Khutbah. 
“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi). 

Berdasarkan hadith Rasulullah SAW daripada Abu Hurairah yang bermaksud: 
“Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.” 

Dan RasuluLlah SAW menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu. Abi Burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa RasuluLlah SAW pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan. Hadith Rasulullah SAW daripada Jabar r.a pula mengatakan ianya adalah pada hari Juma’at, akhir waktu Asar. (Riwayat Abu Daud, An Nasa’iy dan Al Haakim) 

Sabda Rasulullah SAW lagi : 
“Solat lima waktu (sehari semalam) dan Jumaat hingga Jumaat merupakan penebus-penebus dosa (ketika itu) selama tidak dikerjakan dosa-dosa besar” (Riwayat Muslim)

ihsan google.




28 Aug 2014

Baca kisah warga Bangladesh yang duduk di Malaysia.

Umum tahu, kebanyakan warganegara Bangladesh datang ke Malaysia hanya mahu mencari makan. Tetapi, pernahkah anda terfikir bagaimana peritnya kehidupan mereka di negara asal? Mufarwa Farid berkongsikan kisah pengalamannya berbual dengan seorang warga Bangladesh yang telah menetap 10 tahun di Malaysia.



Ketika saya menaiki kereta api tadi, saya duduk di sebelah seorang warganegara Bangladesh. Dia duduk sambil menyanyi-nyanyi, dan saya pula sedang membaca buku. Disebabkan terasa terganggu, mood saya nak membaca itu sudah pudar. Saya pun memandang ke tingkap, dalam hati, berasa geram dengan dia.

Tetapi setelah dua stesen, tiba-tiba saya rasa ingin berbual dengan dia. Mungkin dia pun bosan, sebab itu menyanyi sambil menari-nari di sebelah saya. Saya memberi salam, lalu kami pun berkenalan. Namanya Muhammad Mubarak Khan.

“Semua nama orang Bangladesh mesti ada Muhammad.” Katanya. “Sama macam Malaysia. Muhammad atau Ahmad.” Kata saya lalu saya memperkenalkan diri saya dengan nama penuh.

Dia sudah berada di Malaysia sejak 10 tahun yang lalu. Berkahwin dengan orang Malaysia yang berbangsa India dan bekas penganut Hindu. “Keluarga isteri tak marah ke dia convert masuk Islam?”

“Mula-mula marah la. Tapi sekarang sudah ok. Saya suruh dia bagi semua gaji pada mak ayah dia. Nasib baik semua adik beradik dia perempuan. Kalau dia ada abang ka, adik lelaki ka, isteri saya kahwin dengan kepala saya sahaja. Badan sudah kena kerat.” Dia berseloroh.

Kami meneruskan perjalanan kami dengan berbicara tentang politik di Bangladesh.

“Bangladesh dahulunya sebuah negara bawah Pakistan. Tetapi disebabkan Pakistan itu sangat jauh, malah dipisahkan oleh negara Nepal, pembangunan Bangladesh sangat-sangat mundur kerana pemimpinnya lebih mementingkan Pakistan. Sedangkan kami sangat dekat dengan negara India. Tetapi disebabkan masa dahulu, Pakistan berpisah dengan India kerana Pakistan ingin menubuhkan negara Islam, Pakistan mengambil Bangladesh juga sebagai salah sebuah negeri mereka. Kemudian Bangladesh pula yang berpisah dengan Pakistan.”

Saya tekun mendengar sejarah negaranya. Saya sebenarnya sudah tahu sejarahnya kerana saya mempunyai kawan baik yang bernama Ahmad Shauky dari Bangladesh di UIA.

“Tapi sekarang, Bangladesh masih mundur. Kalau dekat Malaysia ha, aman sangat. Semua bersih. Semua orang di sini semuanya baik-baik. Rezeki mudah nak cari. Yang penting kena rajin. Kalau malas ha, baik mati aje. Rasuah kat sana ha, sangat banyak. Kalau nak hidup, mau dapat projek bangun bangunan ke apa ha, kena rasuah banyak orang. Sebab itu tak ada orang nak buat bangunan kat sana.”

Saya bertanya pula tentang agama di Bangladesh.

“Bangladesh, 98% orang Islam. Yang lain-lain ada Hindu. Di sana, kami wajib belajar bahasa Arab. Kami wajib belajar Al-Quran. Siapa yang tak belajar Al-Quran, masuk penjara. Siapa yang tak puasa, kalau kena tangkap, kena masuk penjara 3 bulan. Dan penjara akan bagi makan rumput sahaja. Pak cik saya ha, tadak puasa, dia kena makan rumput 6 hari seminggu.Tak ada nasik. Semuanya makan roti dengan rumput saja.”

“Tapi ha, mintak maaf ya saya cakap, walaupun dekat Malaysia banyak aman, banyak cantik, banyak baik, tapi Islam dekat sini tadak kuat sangat. Kalu di sana ha, nampak perempuan tak tutup aurat, boleh kena denda RM10,000. Kalau ada orang pakai tatu, polis akan tangkap, dan akan letak iron panas sampai tatu tu hilang.

Dekat Malaysia ha, orang perempuan semua ramai tadak tudung. Ada yang nampak dada. Berani sangat. Kalau di Bangladesh, masa kecik-kecik, kami takut dengan polis. Tapi bila sudah besar, kami tak mahu buka aurat sebab kami takutkan Allah.”

Saya fokus dan otak saya bermacam-macam yang difikirkan.

“Itulah kurangnya di Malaysia. Tetapi masjid semua cantik. Kalau dekat sana ha, ada banyak masjid tak ada dinding. Tapi orang semua sembahyang di masjid. Tetapi apa pun, Malaysia memang bagus.” Sambungnya sambil memberikan isyarat bagus.

Lalu kami pun berbual lagi tentang pembangunan Bangladesh serta berbual tentang keluarganya. Sesampainya di Seremban, dia sangat bersedih kerana terpaksa berpisah dengan saya. Katanya, “Abang orang sangat baik. Ramai orang selalu hina orang Bangladesh. Kami sini mau cari makan sahaja. Tadak kacau orang.”

Lalu dia pun mengambil nombor telefon saya, dan perpisahan kami diakhiri dengan lambaian.

penpatah.blogspot.com


ohh..Malaysiaku yang berdaulat...SALAM MERDEKA yang ke 57.


 

kisah ini mesti dibaca oleh semua remaja.

Kisah kali ini diceritakan oleh seorang hamba Allah di sebuah taman perumahan di sekitar Ipoh(namanya dirahsiakan)…Kisah ini amat menyentuh jiwa saya apabila ianya diceritakan kembali oleh salah seorang anak murid pengajian saya di taman perumahan tersebut…..
Ceritanya mengisahkan seorang ayah dari keluarga yang miskin..kerja sendiri hanya menoreh getah..datangnya jauh dari kampung..dengan menaiki teksi..membawa beg dan barang-barang milik anak gadisnya.. yang dapat melanjutkan pelajarannya di sebuah institusi pengajian di Ipoh..menyewa di rumah sewa bersebelahan dengan rumah tuan empunya cerita ini.
“Masih saya ingat lagi ustaz…. bagaimana senyuman bangga ayah si gadis ini… yang terlalu seronok kerana anak gadisnya berjaya melayakkan dirinya menjadi pelajar di Institut Pengajian Tinggi
“Saya dapat melihat dengan jelas..bagaimana ayah si gadis ini ..sibuk mengangkat barangan anaknya..dengan mulutnya riuh rendah..sambil melemparkan senyuman kepada dirinya…sebagai jiran kepada anaknya itu.Setelah bersalaman dengannya..ayah si gadis ini ramah menceritakan kejayaan anaknya..dan anaknya itulah yang diharapkan akan menempah kejayaan ..seterusnya dapat membela hidup mereka sekeluarga suatu hari nanti.
Sedang kami berbual.. terdengar anak gadis si ayah ini merungut…katanya “Ayah…kat sini tak ada tilam..la..takkan nak tidur atas toto aje ..nanti sakit lah badan along ni..!!” kata anak gadisnya merungut manja…sambil meneruskan bebelannya dengan suara yang kurang jelas.
Ayahnya hanya tersengih..sambil menjawab “nantilah ayah belikan..tengah ni duit ayah dah habis…. beli kelengkapan kamu…kita bukan orang senang…”
“Ok lah ok lah…tapi ayah beli cepat sikit tau…nanti macam mana along nak belajar..tidur tak selesa….nanti tak boleh tidur….haaa..ganggu prestasi along..!!”
Ye la…ye la…..nanti ayah beli lah….”
Sebulan telah berlalu…si ayah belum lagi nampak ..kelibatnya membawa tilam yang dijanjikan…mungkin..sedang kumpul duit nak beli tilam agaknya…maklumlah kerja kampung bukan orang senang….rumah yang anaknya sewa pun bayarannya kongsi ramai-ramai…satu rumah duduk lapan orang.
“Apa yang tak seronoknya ustaz ialah….budak-budak perempuan di sebelah rumah saya tu…pada mula mereka duduk menyewa tiada apa masalah ataupun gangguan
tapi lama kelamaan..rumah sewa anak dara di sebelah saya ni dah mula dilawati oleh budak-budak lelaki…ada yang datang bermotosikal dan ada yang datang dengan menaiki kereta….
“Entahlah ustaz..bukan tak tegur..dah tegur dah….tapi jawab budak lelaki yang datang bertandang tu…pakcik ni sapa?…bapak diorang ke ..????” terkedu saya ustaz apa nak dikata lagi…..”Kadang-kadang ustaz bebudak lelaki tu duduk rumah sewa budak perempuan sampai ke tengah malam….gerun saya ustaz….!!”
“Pernah sekali tu saya terfikir untuk melaporkan perkara ini kepada penguatkuasa jabatan agama…tetapi saya risau pulak nanti bebudak lelaki tu akan serang saya balik..atau apa-apakan keluarga saya..saya pun ada anak dara ustaz…risau saya ustaz…apalah upaya saya ustaz…”
“Berkenaan dengan anak gadis si ayah yang malang ni tadi..setiap hari keluar dengan pakwenya…maklumlah orang sedang bercinta..bercouple…mak bapak pulak jauh ..jadi line clear…ustaz..kadang-kadang tengah malam baru nampak balik ke rumah sewanya..entah lah..sedih saya apabila mengenangkan bapanya yang cukup baik.”
Suatu petang ustaz….sedang anak gadis si ayah ni keluar macam biasa dengan pakwenya….ayah si gadis ini sampai ke rumah sewa anak gadisnya….dengan menaiki motorsikal..di belakang motorsikalnya itu terikat tilam kekabu….sambil dia berhenti ..lalu terkial-kial si ayah ini cuba menongkatkan motornya…kerana tilam kekabu itu berat…..kemudian si ayah itu menjerit memanggil nama anaknya.. sambil mengelap peluhnya yang mengalir laju…terdengar suaranya yang mengah..memanggil-manggil anaknya..tetapi tiada sahutan…sunyi…kerana hari itu hari cuti…ada yang dah balik kampung hujung minggu dan ada yang biasa la..tengah menenggek di belakang motorsikal pakwe mereka…termasuklah anak gadis si ayah yang malang ini.
“Saya pun keluar dari rumah….lalu memanggil si ayah ini tadi..abang..mari masuk berehat di rumah saya dahulu…bebudak ni tak ada mereka keluar agaknya…”kata saya kepada si ayah .”
“Ke mana mereka pergi….agaknya…keluar ramai-ramai ke.bila balik agaknya.?” tanya ayahnya…bertalu-talu…saya hanya mendiamkan diri….lalu saya berkata kepada si ayah…tak mengapa bang…rehat dulu..abang letih tu datang dari jauh….bawak masuk motor abang tu ke dalam laman rumah saya….”
Si ayah bersetuju kerana tiada pilihan lain…nak balik alang-alang..dah sampai ..bukannya dekat..lagipun bukan senang nak datang balik…..si ayah nampak keletihan sambil menolak motorsikalnya dengan beban tilam yang berat.
Si ayah menunggu…sehinggalah waktu maghrib telah masuk….si anak masih tidak balik lagi….saya mengajak si ayah masuk ke dalam rumah mandi dan menunaikan solat maghrib ..kemudian saya menjamunya makan malam.Si ayah nampak keberatan tapi apa kan daya kerana menunggu anaknya …lantaran hati kecilnya merasa risau kalau-kalau anaknya tidak selesa tidur di atas toto…takut kesihatan anaknya terganggu.
Sedang kami duduk menunggu anaknya….yang masih tidak balik walaupun waktu isyak sudah lama berlalu….tiba-tiba si ayah sudah mengesyaki sesuatu…..lalu bertanya kepada saya…”Anak saya ni keluar dengan siapa sebenarnya encik?”
Saya hanya terdiam…tak terkata apa-apa….lalu saya menjawab…”beginilah bang..abang tunggulah sampai dia balik ..lihatlah sendiri dan tanyalah sendiri dengannya.”
Si ayah semakin risau……dan semacam sudah mengesyaki sesuatu yang tidak baik sedang dilakukan oleh anak gadisnya itu.Tepat pukul 2.15 pagi…barulah anak gadisnya pulang..dengan membonceng motorsikal pakwenya..memeluk mesra…pakwenya….berhenti di depan rumah sewa
Si anak gadis itu kemudiannya turun dari motorsikal pakwenya…sambil menanggalkan topi keledar diikuti oleh pakwenya,..itu….mereka tidak terus berpisah tetapi berbual mesra di hadapan rumah..tanpa menyedari…perlakuan mereka itu dilihat oleh kami berdua….
Mereka berpegangan tangan..sambil ketawa….bergurau….dan tiba-tiba..pakwe si gadis itu mencium bibirnya…!!!Subhanallah….saya tak boleh bayangkan keadaan ayahnya ketika itu yang bangun dan hendak bergerak menuju ke arah anaknya…tetapi saya tahan….kata saya kepada ayahnya..:”Jangan bang…sekarang dah pagi…jangan mengamuk tengah ni nanti..abang yang dapat malu…biarkan budak lelaki itu balik dulu”.
Hampir setengah jam kami melihat babak mesra bercumbu dan berpeluk itu…barulah budak lelaki itu pulang…si gadis itu pun masuk ke rumahnya…..
Setelah beberapa minit barulah ayahnya menolak motorsikalnya…dan menghidupkan enjin lalu berhenti di depan pintu pagar rumah anaknya..seolah-olah dia baru sampai…lalu dia memanggil nama anaknya….Anak gadis ini membuka pintu sambil merungut terkejut dengan kehadiran ayahnya pada lewat pagi sebegitu…sambil katanya..:”hah ayah apasal datang pagi-pagi macam ni…..tak boleh tunggu besok..?
Si ayah terus meluru lalu menampar…muka anak gadisnya…menjerit-jerit…marah..”Oooo…..buat apa datang pagi buta ye….kamu tahu tak… aku sampai sejak dari petang tadi..menunggu kamu…bawakkan tilam untuk kamu…..jenuh aku tunggu kamu….ni ha…pakcik ni yang tumpangkan aku..rehat..sembahyang …makan…..aku datang dari jauh letih…sebab risaukan kamu…sayangkan kamu..tapi kamu…keluar sampai jauh malam….dengan pakwe kamu ye…dah la tu kamu bercium beromen depan aku..anak tak tahu diuntung….aku malu tau tak…maluuuuu….anak kurang ajar..anak derhaka….anak tak mengenang budi…..aku jaga kamu….aku tatang kamu macam minyak yang penuh….macam ini balasan kamu…macam ni balasan kamu..pada aku..haaaa!!! anak ****……..berdebub…gedebab….kali ini saya lihat dia terajang anaknya ustaz…..saya masuk ke dalam rumah dan memegang si ayah dan memintanya mengucap….beristighfar….bersabar……….
Anak gadisnya…menangis meraung…merayu…memohon keampunan…..hu hu hu ayahhhh…ampunkan alongggg….huwaaaaa…ayah alongggg salah …along berdosa dengan ayah…..hunhuuuuuu…….!!Kau memang anak celaka…..memalukan keluarga…orang tua..kalau mak kamu tahu ni pasti mak kamu akan sedih sangat….tadi..mak kamu nak ikut..rindu nak tengok kamu…aku tak bagi tau tak…. sebab nak bawak tilam ni….kamu tau tak tilam ni berat….tilam kekabu…aku bawak dari kampung jauh….terhoyong hayang aku..bawak motor…tadi pun nyaris tak kena langgar dengan lori..tau tak…??
Kata si ayah sambil menangis…….suasana pilu…..saya juga menitiskan air mata….sedih melihat ayah yang separuh abad,,,menangis kecewa dengan perbuatan anak gadisnya.“Sudah..kau kemaskan barang….pagi ni jugak balik ikut aku….balikkkkk…ikut aku…cepatttt,………kata ayahnya….
Sejak itu ustaz saya tak nampak lagi anaknya itu balik ke rumah sewa disebelah rumah saya itu…Tilam yang dibawa oleh ayah si gadis itu masih ada di rumah saya ditinggalkan oleh ayahnya…kerana tidak mampu dibawa balik lantaran si ayah membawa anaknya balik pada malam itu juga.
Pada malam itu juga si anak gadis itu balik ke kampungnya,….dengan membonceng motor…tetapi bukan di belakang pakwenya…tetapi dibelkang bapaknya……kesiannn ustaz…kesiannnn……
http://penpatah.blogspot.com/2012/06/kisah-ini-mesti-dibaca-oleh-semua.html

Boleh panggil apa-apa jerr

Saya nak jawab soalan kZakie DI SINI pasal nak panggil nama tu. Sebenarnya saya tak kisah nak panggil apa pun boleh. Nama saya Nor Azimah tu maksudnya cahaya yang berazam atau lagi sedapnya cahaya keazaman. Alhamdulillah berkat nama tu, jika saya berazam nakkan sesuatu saya akan usahakan sampai dapat.

Cuma sangat jarang orang panggil saya 'Nor'. Seingat saya sepanjang hidup adala kot sekali dua saja. Arwah mak panggil saya Gie, saudara mara sebelah mak memanggil dengan nama tu sampai sekarang. Zaman sekolah kawan-kawan panggil saya 'Azie'. Even pakwe cinta monyet pun panggil saya dengan nama tu. Ada sorang pakwe tu saya suruh pilih nak panggil azie ke Nor, dia pilih azie sebab katanya nama tu sweet sangat, macam saya, kata dialah, bukan kata saya..( ha ha ha..zaman sekolah sweetlah kan ).

Then zaman bujang masa kerja kawan-kawan panggil azie juga. Cuma 'kakak-kakak' akan panggil saya azimah.

Masuk alam pertunangan diapun ( my larling sekarang ) panggil saya azie sampailah sekarang.

Cuma kawan-kawan kat tempat kerja panggil saya Azimah. Yang muda-muda remaja kat situ panggil saya cik zimah ( makcikla tu, cuma lebih sopan kekdahnya ).

Opss..lupa plak..di kalangan sebelah suami, mak mentua panggil saya Mah, saudara mara dia  ada yang panggil sarimah, kakak-kakak ipar panggil Imah, adik-adik ipar panggil akak je. Saya nyahut aje, apa pun diorang panggil. Asal ada "mah., mah" tu diorang panggil saya la tu...

Teringat masa kecik-kecik dulu dengan adik-adik, zaman sekolah rendah adik-adik saya selalu ejek saya dengan nama 'pokok puding' ..ntah mana dapatnya diorang tuh. Punyalah saya selalu mengamuk bila dipanggil ( lebih kepada mengejek, tu yang buat saya marah ) macam tu. Bila saya mengamuk, arwah mak akan cakap.." Bakpe yang nak kesoh sangatnya, biarlah dia nak ejek pung, Gie dapat pahala, buat dok kesoh je, lama-lama dia diang la.." ( kenapa nak kisah sangat, biarlah dia ejek, Gie dapat pahala, buat tak tau je, lama-lama dia diamla )..tapi saya tetap akan mengamuk bila diorang ejek saya dengan nama tu.

Sampai sekarang bila tengok pokok puding saya tersenyum sendiri..

bunga puding camnilah banyak ditanam depan rumah saya dulu, zaman kecik-kecik
dulu, sebab diejek dengan nama tu, saya menyampah engan pokok ni, tapi sekarang
tak la lagi..ihsan google.
Pssst..asal kzakie jangan panggil saya pokok puding sudahla..


27 Aug 2014

Hiasan bagi 8 jenis orang

Abu Bakar berkata: inilah hiasan bagi 8 jenis orang.
  1. Pantang meminta-minta merupakan hiasan bagi orang miskin.
  2. Bersyukur merupakan hiasan bagi anugerah.
  3. Sabar merupakan hiasan bagi musibah.
  4. Sifat santun merupakan hiasan bagi ilmu.
  5. Rendah hati merupakan perhiasan bagi penncari ilmu.
  6. Banyak menangis merupakan hiasan bagi orang yang takut pada Allah.
  7. Menyembunyikan kebaikan diri sendiri merupakan hiasan bagi orang yang membuat kebajikan.
  8. Khusyuk merupakan hiasan bagi orang yang sembahyang.

26 Aug 2014

Macam ni pun ada?

Apa nak jadi dengan dunia wanita kita ni? Menjatuhkan maruah agama, patutlah islam tidak mendapat tempat di hati manusia....:(

Buat ku rasa dihargai...

Tak kisahla apa pun persepsi kawan-kawan pada saya bila tengok gambar ni..

Kalau sempat saya bersihkan sebelum keluar kerja, tapi kalau tak sempat tunggulah sampai selesai masak atau sehabis makan malam. Selalunya sampai rumah sekitar pukul 6.30 petang, buka tudung, tanggal stokin terus bergelut masak untuk makan malam. Saya kena siapkan makan malam sebelum maghrib. Kalau tunggu selepas maghrib macam dulu nanti anak-anak tak sempat makan malam, diorang keletihan. Lepas maghrib je saya bagi diorang makan dulu, kalau tak diorang tertidur.

Jadi, walau letih macamana sekalipun, saya kena siapkan masak sebelum mahgrib..

Terharu baca whatsapp ni, tentang pengorbanan seorang isteri,..rasa diri dihargai pun ada, saya nak sharekan di sini..

" Kalau isteri sakitkan hati suami, tandanya derhaka pada suami, tapi bagaimana jika sumai sakitkan hati isteri?"

Jawapan ustaz: " Berdosa jugalah, cuma tidak ada istilah suami derhaka pada isteri, tapi suami akan ditanda oleh Malaikat sebagai derhaka pada Allah SWT."

Kerana isteri rezekimu bertambah.
Kerana isrteri lahirlah zuriatmu.
Kerana isteri makan pakaimu terjaga.
Kerana isteri tenang hatimu.
Kerana isteri, lembut pandangan matamu.
Kerana isteri adalah satunya manusia yang boleh melihat
cacat-celamu yang tersembunyi dari pandangan matamu
dan asih menerimamu seadanya.

Janganlah sakiti hati mereka, ingatlah setiap
pengorbanan mereka, walau kecil di matamu,
besar bagi dirinya.

Setiap peluh yang menitik, yang dikerjakan 
untuk keluarganya, setiap airmata yang menitis
untuk anak-anak dan suaminya, dia adalah yang terbaik 
buat anda wahai yang bergelar suami.

Renungan sepintas lalu...
Mengapa wanita sering menangis?

Jawab ALLAH:
Kerana wanita itu unik.
Aku ciptakan dia sebagai makhluk istimewa.
KU kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya.
KU kuatkan hatinya untuk memberi rasa aman.
KU kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia.
KU teguhkan peribadinya untuk terrus berjuang saat yang lain menyerah.
Ku beri dia naluri untuk tetap menyayangi, walau dikhianati, walau disakiti
Wanita makhluk kuat.
Tapi jika suatu saat dia menangis itu kerana Ku beri dia airmata\untuk membasuh luka batin
dan memberi kekuatan baru.

Saya taklah sehebat yang digambarkan dalam nukilan di atas, tapi terasa macam dialirkan semangat baru bila membacanya. Saya tak tahu siapa penulisnya, saya hargai sangat-sangat, dan saya rasa dia juga
amat menghargai kita sebagai wanita...jadi buat para wanita semua..letaklah diri kita sesuai
dengan fitrah diri kita, jangan sampai maruah dan martabat kita jatuh dihina.

24 Aug 2014

Dato' Dr Fazley Master chef di open house setia ecohill Semenyih.

Hari ni ahad- 24 ogos 2014.

Ramainya orang, meriah. Nak amik makanan kenala beratur panjang. Macam-macam ada, laksa, sate, cempedak goreng dan yang speselnya berbagai buah tempatan turut disajikan. Tapi tak sempat nak snap banyak gambar.
Tapi yang lagi specialnya sebab dapat tengok master chef Dato' Dr. Fazley buat demo  masakan, tapi sorila termalula plak nak tanya apa nama resepinya. Tapi tengok pun dah nampak cam sedap. Mestila sedapkan, master chef yang masak.

Terlebih sudah...

Belum ngantuk lagi. Agaknya pasal terlebih makan lagi hari ni. Nak buat camane, makin ke hujung syawal ni, makin meriah plak orang buat rumah terbuka. Dah pegi faham-faham jelah, makanan macam-macam terhidang depan mata, Masya Allah kalah lagi saya dengan nafsu makan.

Sarapan nasi lemak pagi tadi terpaksa simpan dalam peti sejuk. Esok panaskan balik, boleh makan lagi, takkan nak membazir plak. Masak lebih konon senang untuk makan tengahari sekali. Tak teringat ada jemputan kenduri kawen jiran satu taman. Lepas zohor pegi plak ke rumah adik ipar kat puchong, konon nak jamah sikit-sikit je, memangla amik tu sikit, ni sikit, dah campur 'se'eh' perut. ( se'eh tu loghat Teganu kita maknanya terlampau kenyang ).

Malam pun tak payah masak, open house kat rumah pengasuh anak plak. Lagi meriah, siap bbq lagi. Saya siap cilok secawan pudding koktel bawak balik. Asalnya nak makan je kat situ, tapi dh terover kenyang saya bawak balik jelah. Terukkan saya...

So, isnin ni rasanya kena sambung dengan puasa qadha plak lah. Alhamdulillah, puasa 6 pun sempat buat. Konon tahun ni nak qadha awal-awal, qadha banyak-banyak, tampung mana yang tak berapa sempurna,  ( mesti ada cacat-cela )

Auzubillahiminasyaitanirrajim...baru rasa ngantuk....

22 Aug 2014

Malu weh..

Biasanya pakai tak jadi perhatian, hari ni ada je mata yang menjeling. Jubah hitam, tudung hitam camni saya pakai selalu, kalau bukan berkabung pun saya suka pakai.
Ramai juga yang pakai hari ni. Tapi Umar Zikri yang snap gambar ni, snap dari jauh, so tak berapa nampak.
Perbuatan berkabung bagi menunjukkan tanda dukacita kepada orang yang meninggal dunia seperti mengibarkan bendera separuh tiang dan memakai pakaian berwarna hitam atau suram adalah dibenarkan selagi tidak melibatkan unsir-unsur atau ritual keagaamaan agama bukan islam atau bertenytangan dengan syarak.

Manakala bagi seorang wanita warna hitam atau suram memang digalakkan dari warna-warna terang kerana mengelakkan pandangan mata lelaki.

Maka permudahkanlah....

21 Aug 2014

Wanita..awasi dirmu dari dijadikan alat syaitan.

Sabda Rasulullah SAW..." Wanita itu perangkap  ( jaringan ) syaitan." 

Kenapa syaitan menjadikan wanita sebagai perangkap untuk merosakkan anak Adam? Kerana pada wanita terdapat daya tarikan yang kuat kepada lelaki. Lelaki memiliki sembilan akal dan satu nafsu, manakala wanita sembilan nafsu dan satu akal. Nafsu yang sembilan itulah yang mengajak wanita untuk suka berhias-hias, suka perhiasan cantik, emas, belian, rumah besar, kereta besar, suami kaya, mahu disanjung..pendek kata nafsu wanita itu lebih tertumpu ke arah keselesaan hidup dan mmencari perhatian orang kepadanya.

Nafsu lelaki yang satu itu pula lebih cenderung pada wanita, maka syaitan cukup tahu rahsia ini dan mengambil peluang sebaik-baiknya dengan menggunakan wanita untuk merosakkan lelaki.

syaitan tahu wanita punya daya tarikan semulajadi  yang memikat pandangan kaum adam. Jelingannya, matanya, bibirnya, pipinya, dadanya, pinggulnya, gaya berjalan, suara dan hampir semua yang ada pada diri wanita itu sesetengahnya memberi kesanyang besar pada pandangan lelaki. Sesetengan wanita bukanlah cantik sangat, tetapi dengan hiasan-hiasan yang dibuat oleh syaitan yang tak cantik itu menjadi cantik juga pada lelaki.

Syaitan tidak memilih samada wanita itu anak gadis, isteri orang, janda, wanita muda mahupun wanita tua semuanya tidak lepas dari dipergunakan bagi memperdaya manusia. Pernah dengar kan kes isteri berlaku curang di belakang suami begitu juga sebaliknya, pecahlah kasih-sayang dalam sebuah rumahtangga, maksiat bermaharajalela dan rosaklah sebuah masyarakat. Bertepuk tanganlah para syaitan.

Lemahnya lelaki terhadap wanita, boleh dilihat dari perbuatannya yang sentiasa mengikut telunjuk wanita, ketika itu dia lupa pada dosa dan pahala, sanggup buang duit, abaikan anak isteri, malah kerana wanita, ada lelaki yang sanggup menjual rahsia negara..

Dalam rumahtangga, syaitan yang menawan wanita akan berbisik-bisik menyuruh wanita itu meminta itu dan ini pada suami. Jika suaminya mampu memenuhi keinginannya maka keinginan itu tidak akan berhenti setakat itu, dia akan meminta lagi sehingga ke tahap bermewah-mewah sehingga dia lalai dari Allah lantaran duania sudah penuh di hatinya.

Tapi kalau suaminya kurang mampu, syaitan akan membisikkan kepada wanita agar menyuruh suaminya berhutang atau diusahakan dengan apa jalan sekalipun demi memenuhi keinginannya, kalau tidak dia akan merajuk, kecil hati, dan suami tidak dilayan. Suami yangterdesak terpaksalah berhutang, rasuah, pecah amanah dan lain-lain jalan salah demi memenuhi permintaan isteri tersayang.

Kenapa wanita mudah dikuasai oleh syaitan dan berjaya pula dijadikan senjata untuk menyesatkan anak adam? Kerana wanita kurang akalnya dan kurang agamanya dan pada diri wanita itu punya banyak jalan untuk dimasuki syaitan.

Sabda Rasulullah: " Wahai kaum perempuan, perbanyakkanlah sedekah dan perbanyakkanlah pula memohon ampun. Sesungguhnya saya melihat kalianlah ( orang perempuan ) yang terbanyak masuk neraka."

Bertanya seorang wanita yang mendengar sabda Rasulullah itu.." Mengapa kami ( orang perempuan ) yang banyak masuk neraka?"

Jawab Baginda: " Kamu banyak mengeluarkan kutukan dan engkar kepada suami, saya melihat kamu kurang akal dan kurang beragama."

Kata perempuan itu lagi..." Apa kekurangan kami dalam akal dan agama?"

Jawab Nabi: " Saksi dua orang perempuan sama dengan saksi seorang lelaki dan perempuan beberapa hari tidak melakukan sembahyang. Inilah kekurangan agamanya."

Dalam kitab Ihya Ulumiddin biceritan bahawa seorang lelaki dapat melihat yaitan itu seperti seekor katak bertenggek di atas bahu anak adam. Di hujung mulutnya mempunyai belalai halus yang boleh tembus sampai ke dalam hati. Jika orang itu lalai dari mengingati Allah , syaitan akan memasukkan belalai itu ke dalam hati. Apabila dia ingat Allah , cepat-cepat belalai itu ditarik semula.

Jadi itu saja jalannya wahai kaum wanita, penuhi hatimu dengan mengingati Allah, jangan biarkan hati lalai dengan dunia, makanan dan perhiasan. kalau ditimpa masalah cepat-cepatlah mengadu pada Allah. Jangan beri peluang syaitan mencelah...

Dan sebagaimana sabda nabi yang amat benar itu..perbanyakkanlah bersedekah dan perbanyakkan memohon ampun, istigfar selalu. Moga itu jadi pendinding kita dari dijadikan alat syaitan.
Lihatlah matanya, hidungnya, bibirnya...jika dia bukan waniat beriman
kecantikan itu adalah asetnya untuk mencari kemewahan...


Awas..bebola ular.

Awas..bebola ular keluaran Thailand hampir sama dengan bebola ikan. Forward dari Group staf
Kementerian Hal Ehwal Pengguna. Diorang baru buat operasi minggu lepas.
Sekarang banyak di Kelantan, Terengganu dan ada juga di Lembah Kelang
Jadi...berhati-hatilah.

Saya tak suka bebola ikan, kalau saya jumpa keluaran bumiputera baru saya beli. Saya pelik juga bila
tengok sesetengah orang tak kisah pun beli yang longgok-longgok tu..

Hati ditempa dari makanan yang bersih..Saidina Abu Bakar pernah menjolok tekaknya untuk memuntahkan kembali makanan yang baru diketahuinya adalah syubhah...

Hati yang bersih, In shaa Allah solat pun dapat khusyuk.

19 Aug 2014

Rahsia Rasa dan Ketika...

WAKTU MUDA, pasti berakhir dengan tua, waktu sihat tidak akan selamanya tidak sakit. sentiasa bahagia tidak mungkin kerana sekali-sekala derita pasti datang menimpa. Kaya tidak dapat membeli bahagia. Ada kalanya terasa lebih aman jika tidak berharta. Ramai yang takutkan kemiskinan lalu kaya menjadi impian. Sementara waktu kelapangan sering melalaikan manusia. Kesempitan waktu pula meletakkan manusia dalam resah gelisah. Terasa terlalu singkatnya dan cepatnya ia berlalu.

SETIAP RASA, setiap ketika mencipta hikmah yang tersendiri. Tidak kira dalam apa jua suasana, samada muda atau tua, sihat atau sakit, kaya atau miskin, bahagia atau derita, kelapangan atau kesempitan. segalanya akan memmberi pengajaran dan pengalaman bagi mereka yang mahu menilai erti sebenar kehidupan.

Mengikut adat alam, yang muda mempunyai tenaga lebih dari yang tua. Oleh itu peruntukkanlah tenaga yang masih segar itu untuk ibadah, membuat kebajikan dan menghulurkan sumbangan bagi menyemarakkan kebangkitan islam. Manakala yang tua telah merintis jalan kehidupan. Mempunyai pengalaman yang boleh dijadikan panduan atau teladan. Usia tua juga adalah amaran taubat. Agar umur yang tersisa dihabiskan di pangkuan Tuhan.

Waktu sihat jangan dibiarkan berlalu begitu sahaja. Contohilah pengorbanan para sahabat dan salafussoleh. Bagi yang berada atau tidak, sumbangan ikhlas yang diberi adalah saham untuk memperolehi naungan Tuhan di akhirat nanti.

Adalah lebih baik miskin yang redha dengan kemiskinan dari kaya tapi kufur denga kekayaan. Manakala yang menderita kesakitan melambangkan bunga kasih Al Khaliq pada hambaNya.

Kelapangan waktu dan kebahagiaan hidup yang dikecapi patut disyukuri. Kesempitan dan penderitaan sepatutnya menyuburkan sabar, redha dan tawakkal di hati. Itulah hikmah di sebalik setiap rasa dan ketika dalam apa jua suasana.

" Sesungguhnya Allah telah memberi dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dan memberikan syurga untuk mereka."
                                                                            - At Taubah: 11
Image result for gambar orang sholat berjamaah
jadilah orang muda yang menyintai masjid supaya
kau termasuk dalam 7 golongan yang mendapat
perlindungan di Yaumul Mahsyar nanti..wahai anak..


bermonolog..

Dunia ini betullah pentas ujian antara senang dan susah, suka dan duka, tangis dan tawa,  adakala aku mampu menerima yang datang dengan tenang, sabar dan merintih-rintih mengadu kepadaNya...adakalanya juga aku bagai hilang arah...sedih, gelisah, berdendam....walau aku tahu benar betapa tidak rasionalnya bersikap begitu..kemudian cuba pula menenangkan hati gundah dengan pujukan sendiri bahawa aku lemah iman, sesekali tewas itu wajar, walhal..jauh di sudut hatiku, itu tidak wajar, itu sekadar satu alasan untuk menutup kelemahan diri...

Waktu menikmati zaman remaja yang manis, aku sering mengimpikan sebuah  hidup yang sempurna, tapi..siapa boleh nafikan itulah impian hidup setiap dari kita kan..? Aku impikan punya kerjaya tetap yang stabil buat kelansungan hidup bersama ibu dan adik-adikku, aku impikan punya kereta, walau tak mahal cukuplah buat memudahkan urusan seharianku, aku impikan sebuah rumah juga khusus buat ibuku...

Tapi itulah...takdirNya, semua yang kuimpikan tidak pernah tercapai. Mungkin salahku juga. Salahku..

.....( mungkin juga kalau yang kuimpikan itu semuanya mudah kugenggam, aku bukan aku yang sekarang..mungkin aku jadi ego, mungkin juga aku akan rasa semuanya datang dari usahaku sendiri, mungkin juga aku akan membelakangkan DIA )...

Ujian itu mematangkan. Walau kadang menang, kadang kalah, aku sematkan kukuh di hati..Dia menguji aku mengikut kemampuanku.

Kehidupan di dunia ini walau manis, tetap ada pahitnya, tetap ada susahnya. Berbahagialah mereka yang diuji dan mampu bersabar dengannya.

Bilakah bahagia abadi itu yang manis, indah, tidak jemu, tidak letih, tidak ada kerunsingan, tidak ada kekusutan...melainkan yang indah dan manis saja...oh..moga aku disatukan bersama ibuku yang sangat kurindu di sana nanti....


18 Aug 2014

Selamat hari lahir sayang ( maaf agak terlewat )

Hari ni betul-betul takde idea..puas dok fikir-fikir apa nak tulis..tak datang-datang juga ideanya, hmmmmm...dosa apalah yek? Dosa dengan suami kot? Kecikkan hati dia, sakitkan hati dia, lukakan
perasaan dia...sebab?hu hu hu....isteri apalah saya ni ...boleh tak ingat besday suami..15/8...jumaat lepas...hu hu hu..
Minggu lepas masa dok baking kek ( tak jadi,,bantat la knor, ntah mana silap kek choc moist saya tu ) untuk besday girl yang ke -10 memang dah ingat, alih-alih minggu ni dok sibuk-sibuk boleh terlupa...Masya Allah...

Hmmmm...hari ni, kalau ada apa-apa yang sesuai untuk buat surprise bolehla saya beli kan?
Semoga rahmat dan kasih-sayang Allah selalu bersama
abang, maafkan azie sebab selalu buat salah dengan abang..
azie cuma ada cita-cita nak jadi isteri yang solehah..
tapi jalannya susah benar...


p/s; minta maaf ye kawan-kawan, tak sempat nak bw..in shaa Allah esok yea..

16 Aug 2014

sanggup nak buang ibu?

Cerita ni share dari group wasap, suka sharekan di sini sebab ceritanya amat menyentuh hati, bergenang air mata saya membacanya...

Dahulu kala di sebuah nergeri pernah ada tradisi membuang orang yang sudah tua ke hutan. Mereka yang dibuang adalah  orang tua yang sudah tidak berdaya kerana memberatkan kehidupan anak-anaknya.

Pada suatu hari ada seorang pemuda yang berniat membuang ibunya ke hutan., kerana si ibu sudah lumpuh dan agak pikun. Si pemuda tampak bergegas ke dalam hutan sambil menggendong ibunya. Si ibu yang kelihatan tidak berdaya berusaha menggapai setiap ranting pokok yang dapat dicapainya. Lalu mematahkannya dan menaburkannya di sepanjang jalan yang mereka lalui. sesampai di hutan yang sangat tebal si anak menurun kan ibunya dan mengucapkan kata perpisahan sambil berusaha menahan sedih kerana ternyata dia sendiri tidak sampai hati melakukan perbuatan ini kepada ibunya. Si ibu yang nampak tegar dalam senyumnya dia berkata...

" Anakku, ibu sangat menyayangimu, sejak kau kecil hingga dewasa ibu selalu merawatmu dengan segenap cintaku,bahkan sampai hari ini rasa sayangku tidak berkurang sedikitpun. Tadi ibu sudah menandai sepanjang jalan yang kita lalui dengan ranting-ranting kayu yang ibu patahkan, ibu takut kau tersesat. Ikutilah tanda itu agar kau selamat sampai di rumah..."

Setelah mendengar kata-kata ibunya, si anak menangis dengan sangat keras, kemudian lansung memeluk ibunya dan menggendong ibunya pulang ke rumah. Pemuda tersebut akhirnya merawat ibunya dan sangat mengasihinya sampailah ibunya meninggal dunia.

Pesan moral: Hanya " orang tua " yang mengerti kita dan batinnya akan menderita kalau kita susah. Orang tua kita tidak pernah meninggalkan kita, bagaimana pun keadaan kita walaupun kita pernah kurang ajar kepada mereka., namaun orang tua kita tetap mengasihi kita.....

Beruntunglah mereka yang masih punya orang tua untuk ditaburkan bakti, dan bagi yang sudah meninggalkan kita jangan lupa kita titipkan doa dalam setiap sujud kita....

google image.

14 Aug 2014

Penyeksaan makin meneguhkan keyakinan.

Dah lama tak tulis kisah para sahabat, hari ni teringin pula mengkisahkannya, moga banyak iktibar boleh kita ambil darinya. Sabarlah membacanya, kisahnya agak panjang..( tu yang buat saya rasa sikit malas nak menaip ). Mudah-mudahan jadi saham buat saya, aminn.

Mentari di bumi Makkah yang tandus itu semakin mencengkam dan membakar kulit.  Sinarannya yang gemilang itu terus menyirami rumah-rumah di bumi makkah. Atap yang dibuat dari batu-batu tebal dan kepingan tanah tandus itu menolak keperitan mentari, hingga membuatkan penghuninya mampu lena dengan aman di dalamnya.

Penghuni-penghuni kota tandus itu terus bergegas mencari perlindungan. Kepanasan di luar begitu mencengkam. Lorong-lorong kota tandus itu semakin sunyi. Penghuninya tadi sibuk membeli-belah tetapi kini masing-masing mencari perlindungan. Tidak ada kelibat yang kelihatan. Tenang, diam, bisu dari segala gerak. Keheningan menguasai seluruh kota tandus itu, hanya sesekali terdengar tiupan angin dari padang pasir yang membina bukit-bukit di keliling kota Makkah itu.

Dalam dakapan keheningan sedemikian, terdengarlah di pinggiran kota itu sayup-sayup rintihan yang memilukan. Rintihan dari beberapa orang lelaki yang dirantai tangan dan kakinya dan dibakar dengan sinaran mentari yang seakan berapi...

Tubuh-tubuh yang tidak bermaya itu hanya dapat mengeluarkan suara rintihan sahaja. Sedangkan kulit teus disiat cahaya terik mentari yang tiada belas kasihan, denyut jantung terdengar turun naik tiada lagi yang teratur.

Mengapa mereka dibiarkan begitu? Mengapa diseksa sedemikaina rupa? Di mana pembela-pembela mereka? Di mana kah perginya manusia-manusia kota tandus ini, tampil sebagai wira? Mereka yang teraniaya itu rupanya adalah para sahabat Rasulullah SAW, di antaranya Hisyam Ibnul 'As, Aiyasy bin Abu Rabi'ah, Al Walid ibnu Walid, Salamah bin Hisyam Ibnul Mughirah dan lain-lainnya.

Mereka adalah insan 'bintang-bintang di langit' yang menjadi mangsa kezaliman manusia di kota tandus ini, di bawah tekanan azab yang begitu sengsara, kerana meninggalkan kekufuran demi mengikut jalan yang mengenalkan mereka tentang hakikat kebenaran.

Hati mereka bertambah kuat keyakinan terhadap Allah. Jiwa mereka semakin subur dengan seruan kebenaran. Kaum Quraisy seakan-akan mengetahui ketetapan hati dan keyakianan mereka. Walau diazab dengan berbagai bentuk penyeksaan, namun tidak sekali-kali akan mnegubah jiwa mereka untuk tunduk menyembah taghut itu. walaupun zahirnya mereka dibelenggu , dipenjara dan entah diapa-apakan lagi, pada hakikatnya merekalah orang-orang yang merasai erti kemerdekaan dan semaikin dekat pada sisi Allah SWT.

Di sana, di bumi Makkah yang semakin kontang itu terjadilah pertarungan  antara kekuatan taghut dan kekuatan iman, antara kekejaman dan keadilan, antara kebenran dan kepalsuan...

Al As bin Wa'il adalah manusia pemuja kekejaman. Hatinya kesat membatu dan nafsu amarah telah menguasai jiwa dan raganya. Sifat-sifat cela itu telah menjadikan dia seorang cendikiawan arab yang sangat mahir dalam soal putar-belit. Kerana kepandaiannya membelit kata, memalsukan fakta menyebabkan ramai kaum muslimin teraniaya.

Tetapi sahabat Rasulullah  yang mulia iaitu Khabbab, seorang tukang besi dapat menentang kecabulan lidah Al As yang menganiaya insan yang tidak berdosa. Pada suatu hari Khabbab datang kepada Al'As  untuk menagih wangnya. Dengan sombong Al As berkata:

   " Wahai Khabbab, bukankah menurut ajaran Muhammad bahawa dalam syurga yang kamu dongengkan itu terdapat emas dan perak, makanan, pakaian dan bidadari?"

   " Memang benar." Jawab Khabbab dengan tegas.

   " Kerana itu wang yang kamu tagih itu akan aku bayar di syurga nanti." Al As semakin lantang dan angkuh terus berkata: " Demi Tuhan, engkau dan sahabatmu Muhammad, tidak akan lebih kaya dan terhormat daripada saya di sisi Tuhanmu di akhirat nanti."

Tatkala itulah turunnya wahyu Ilahi kepada Rasulullah yang menceritakan tentang hambaNya yang terang dan nyata mengkafirkan wahyu-wwahyuNya. Firman Allah yang bermaksud:

   " Adakah engkau perhatikan orang-orang yang mengkafirkan ayat-ayat kami dan berkata: Akan aku datangkan harta dan anak? Apakah dia mengetahui yang ghaib atau mendapat janji dari Tuhan? 

   Ingatlah, apa yang mereka katakan akan Kamia catat, dan untuknya Kami sediankan azab sengsara, akan kami warisi ucapan mereka dan mereka akan kembali kepada Kami hanya sebatang kara..."

Al 'As tambah terbenam dalam kekafirannya dan semakin bertamba kesumat dendamnya kepada Rasulullah SAW. Tetapi sikap Rasullah SAW bersama sahabatnya tetap lunak bila berkata-kata kepadanya. Malah setiap kali berselisih dengan Al 'As mereka terus berkata:
   " Dua putera Al 'As  Hisyam dan Amru telah beriman."

Hisyam lebih muda dari Amru dan dia lebih dulu memeluk agama Islam yang suci ini.Akibat keislamannya itulah ayahnya terus  menyeksanya di bawah mentari yang tidak reda kepanasan dan keperitannya.

Aiyasy bin Abu Rabi'ah bersama Umar dengan tidak ada yang menghalangnya, kedua mereka terus berangkat dan sesampai di Madinah mereka menginap di rumah Bani Amru bin Auf. Pemergian Aiiyasy menyebabkan saudara-mara dan keluarganya naik berang. Menyusullah mereka untuk bertemu Aiyasy.

Abu Jahal bin Hisyam dan Al Haris bin Hisyam, saudara sepupunya , sesampai sahaja di Madinah  bertemu Aiyasy lalu berkata:

" Ibumu Aiyasy, telah bernazar tidak akan menyisir rambutnya dan tidak akan berlindung dari terik mentari, sebelum beliau melihat engkau..."

Hiba hati Aiyasy mendengar pengaduan sepupunya tentang nazar ibunya. Maka Aiyasy mahu saja pulang ke Makkah untuk berjumpa ibunya. Tetapi ia dihalang oleh Umar Al Khattab. Umar tahu pengaduan sepupu Aiyasy itu hanyalah satu helah sahaja. Lantas Umar berkata" Wahai Aiyasy, awas dan hati-hatilah, mereka hanya bermaksud hendak menjauhkan kamu dari agamamu. Demi Allah kalau andaikata ibumu bisul di kepala tentu dia akan mempergunakan sisir, dan kalau panas Makkah membakar tentu dia akan encari perlindungan."

Nasihat Umar tidak dipedulikan oleh Aiyasy dan dia berkata, " saya sayang kepada ibu, dan di sana ada harta saya yang ibuku ambil."

Umar kembali menasihatinya, " Aku hartawan Quraisy dan separuh hartaku boleh engkau ambil, tapi jangan engkau ikut kedua orang itu." Aiyasy masih tidak dapat menerima nasihat Umar, seolah-olah Aiyasy telah terpukau dengan kata-kata sepupunya. Namun Umar yang mahu menyelamatkan imannya telah mennawarkan padanya unta.

" Kalau engkau masih hendak pergi juga, maka ambillah untaku untuk ditunggang. Untaku ini sangat cerdik dan patuh. Duduk teguhlah engkau di atas punggungnya, dan kalau ada sesuatu yang meragukan engkau, maka jangan sesekali engkau turun darinya."

Aiyasymenerima unta Umar lalu berangkatlah dia bersama sepupunya menuju Makkah. Tiba di pertengan jalan sekali lagi Abu Jahal membuat helah dengan mengatakan untanya terlalu penat.

Bersambung...

Rajin tak?

Bila saya cakap kat dia..." asyik main game je, taknak tolong ibu," Umar Zikri pun jawab,  " ni nak tolong la ni."
Alhamdulillah....bole la saya harap untuk tolong kerja-kerja ringan camni.....
Kakak abang sekolah, jadi dialah ibu harap tolong
angkat baju yang dah kering...hari ni ibu cuti
dia boring, jadi lagi senang nak minta tolong, hi hi

" Dunia ini bukan kampungmu"

Telah berfirman Allah Taala.

" Hai segala manusia, hanya senyea duniaini kampung bagi orang yang tiada kampung. Dunia juga harta bagi orang yang tiada baginya harta, yang dihimpunkan oleh orang yang tiada baginya akal. Dan yang beroleh kesukaan dengan dunia adalah orang yang tiada baginya keyakinan. Dan yang loba kepada dunia itu adalah orang yang tiada baginya tawakkal. dan yang menuntut akan segala keinginan dunia itu hanyalah mereka yang baginya tiada makrifat."

" Maka barang siapa yang berkehendak kepada nikmat yang hilang dan hidup yang putus, ertinya ia menganaiya akan dirinya, menderhakai akan Tuhannya dan lupa akan hari akhirat serta terpedaya dengan dunia."

" Justeru itu tinggallah olehmu, hai segala manusia, akan segala dosa yang zahir mahupn yang batin. Bahawasanya bagi mereka yang melakukan dosa akan pasti dibalas dengan siksa yang setimpal dengan amalan mereka itu."

" Oleh itu hai anak Adam, pohonlah apa-apapin daripada Aku, berniagalah denganKu, yakni jualkanlah duniamu untuk membeli akhirat dan pintalah disempurnakan nikmatKu atasmu. Maka berlumbalah kamu kepada sesuatu yang tiada pernah dilihat oleh mata dan tiada pernah didiengar oleh telinga serta tiada terbicara oleh hati manusiai iaitu syurga dariKu. Dan akulah yang banyak memberi, yang  amat pemurah lagi Mengasihani dan yang sedia menerima taubat daripada hambaNya."

--Kitab Mau'izatul Badi'ah--

13 Aug 2014

Minggu depan naik harga.

Dulu tak naik harga, cuma saiz dikecikkan, minggu depan 18/8- dari 70 sen naik jadi 80 sen, macamane Umar Zikri? Anak ibu suka roti ni...:(

Ebola?

Macam-macam kan? Betul atau tidak kitalah yang kena bijak mencari kesahihannya, supaya kita tak jadi kalut dan cemas semacam...

12 Aug 2014

Panjang Oooo ..nya.

Semalam anak-anak KAFA saya dok pakat cerita kisah jem masa balik kampung raya baru ni. Semuanya nak bercerita sampai saya tak tau mane satu nak dengar. Berebut-rebut nak bercerita. Rupanya ramai yang balik ke Pantai Timur, ada yang nenek kat Dungun, ada yang kat Kelantan. Diorang pun rupanya keluar hari sabtu 27/7 tu dan sampai ke destinasi masing-masing ahad 28/7, macam saya juga. Betul la raya tahun ni jadi hari ini dalam sejarah..he he..

Dalam dok bercerita tu saya menyelit juga..

"Eh! korang kan mesti tak dapat puasa setahun penuh kan? Ustazah dapat tau."
"Ye ke ustazah? hari ni ustazah puasa ke?"
" Puasa."
" Kan masa jamuan raya aritu ustazah makan, mana ada ustazah puasa, jadi mana ada ustazah puasa setahun?"
" Ye ada, tak caya ke? ustazah dapat pahala puasa setahun tau, nak tau camane?"
" Macamane?"
" Macam nilah, kan orang yang puasa sunat 6 hari dalam bulan syawal ni pahalanya macam orang puasa setahun."
" Ooo, ala..kami tak tahanla ustazah, nanti kat sekolah tengok kawan-kawan makan."
" Takpe..korang buatlah bila korang dah besar nanti yea."
" Ok."

Saya sambung lagi...

" Ustazah kan, khatam Quran setiap hari tau."
" Uyyyoo..hebatnya ustazah, ala ustazah dah besar bolehla."
" Ala..korang pun bolehla.."
" Mane boleh, kami banyak homeworkla ustazah."
" Boleh, korang kan boleh baca Qulhuallahu Ahad kan, haa..setiap hari baca 3 kali, pahalanya macam kita
khatamkan baca Quran setiap hari."
" Ooooo.. ( bertambah panjang Oooo nya..)

Saya sambung lagi...

"Ada lagi ustazah boleh buat."
" Apa?"
" Ustazah kan sembahyang sepanjang malam, tak tidur tau."
" Haaa..tak ngantuk ke?"
" Korang pun bolehla."
" Mana boleh ustazah, esokkan kami sekolah, nanti kami mengantuk kat sekolah."
" Korang solat tak kat rumah?"
" Solat."
" Kalau camtu, masa solat subuh dan isya korang solatlah berjemaah dengan mak ayah, dapatlah pahala macam kita bersolat sepanjang malam tak tidur."
" Ooooo..( tak habis-habis Ooo..nya )

^-^....kawan-kawan alamaya den kat luar sane pun boleh buatkan, jom kita pakat buat yek, pendek kata apa je yang baik kita buat, kita niatkan kerana Allah, cam menulis kat blog ni, untuk sebarkan kebaikan, moga esok saya dah takde kalau blog saya ni masih ada orang baca untuk cari sedikit yang bermanfaat di dalam nih, pahalanya sentiasa mengalir kat saya dalam kubur nanti...^-^

11 Aug 2014

ke mana hidung dan telingamu wahai Abdullah?

Di satu petang di medan perang Uhud, Abdullah bin Jash berkata kepada Saad bin Abi Waqas, " Wahai saudaraku, marilah kita berdoa kepada Allah, apabila salah seorang dari kita memohon kepadaNya, hendaklah seorang lagi mengikut dan berkata amin, mudah-mudahan dengan cara ini Allah akan memperkenankan doa kita,"

Mereka berdua pun pergi ke satu sudut untuk berdoa. Saad memulakan doanya.

 " Ya Allah, Tatkala aku berada di medan pertempuran esok hari, dengan limpah rahimMu ya Allah, biarkanlah aku dapat bertemu dengan musuh yang gagah dan garang. Biarlah usush itu menyerang dan aku dapat menandinginya dengan kekuatan tenaga yang aku miliki. Ya Allah...biarlah aku beroleh kemenangan dengan membunuhnya kerana aku mengharap keredhaanMu. Biarlah aku memperolehi harta rampasan dengan limpah kurniaMu ya Allah."

Abdullah bin Jash pun berkata..." Amin."

Tibalah giliran Abdullah pula berdoa katanya...

" Ya Allah, biarlah aku berhadapan dengan musuh daripada mereka yang lemah. Kemudian musuh enyerangku dengan garang dan kemarahan yang membara. Aku membalasnya dengan kekuatan yang ada padaku. Kemudian ya Allah, biarlah musuh itu membunuh dan mnewaskan aku. dapatlah usuh itu menceraikan hidung dan telingaku daripada anggota badanku. Dan apabila aku berdiri di hadapanMu di hari pengadialan kelak, Engkau menyoalku, Wahai Abdullah, bagaimana hidung dan tlingamu boleh hilang? kemudian aku yang ketika itu berhadan dengan Mu akan berkata,, Semyuanya telah hilang di jalan Allah dan RasulNya.
Kemudian Engkau berkata: Benar semua telah hilang di jalanKu"

Saad pun berkata, Amin..

Esok harinya berkecamuklah peperangan Uhud. Setelah tamat peperangan Saad pun berkata:

" Doa Abdullah lebih mulia daripada doaku, pada waktu petang setelah tamat peperangan, aku saksikan hidung dan telinganya diikat dengan benag oleh musuh dan tercerai-berai."

#SaveGaza- dari kejauhan marilah kita sanma-sama mendoakan rakyat Gaza.

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign