Asam Garam Kehidupan: Boleh panggil apa-apa jerr

Nuffnang

Pages

28 Aug 2014

Boleh panggil apa-apa jerr

Saya nak jawab soalan kZakie DI SINI pasal nak panggil nama tu. Sebenarnya saya tak kisah nak panggil apa pun boleh. Nama saya Nor Azimah tu maksudnya cahaya yang berazam atau lagi sedapnya cahaya keazaman. Alhamdulillah berkat nama tu, jika saya berazam nakkan sesuatu saya akan usahakan sampai dapat.

Cuma sangat jarang orang panggil saya 'Nor'. Seingat saya sepanjang hidup adala kot sekali dua saja. Arwah mak panggil saya Gie, saudara mara sebelah mak memanggil dengan nama tu sampai sekarang. Zaman sekolah kawan-kawan panggil saya 'Azie'. Even pakwe cinta monyet pun panggil saya dengan nama tu. Ada sorang pakwe tu saya suruh pilih nak panggil azie ke Nor, dia pilih azie sebab katanya nama tu sweet sangat, macam saya, kata dialah, bukan kata saya..( ha ha ha..zaman sekolah sweetlah kan ).

Then zaman bujang masa kerja kawan-kawan panggil azie juga. Cuma 'kakak-kakak' akan panggil saya azimah.

Masuk alam pertunangan diapun ( my larling sekarang ) panggil saya azie sampailah sekarang.

Cuma kawan-kawan kat tempat kerja panggil saya Azimah. Yang muda-muda remaja kat situ panggil saya cik zimah ( makcikla tu, cuma lebih sopan kekdahnya ).

Opss..lupa plak..di kalangan sebelah suami, mak mentua panggil saya Mah, saudara mara dia  ada yang panggil sarimah, kakak-kakak ipar panggil Imah, adik-adik ipar panggil akak je. Saya nyahut aje, apa pun diorang panggil. Asal ada "mah., mah" tu diorang panggil saya la tu...

Teringat masa kecik-kecik dulu dengan adik-adik, zaman sekolah rendah adik-adik saya selalu ejek saya dengan nama 'pokok puding' ..ntah mana dapatnya diorang tuh. Punyalah saya selalu mengamuk bila dipanggil ( lebih kepada mengejek, tu yang buat saya marah ) macam tu. Bila saya mengamuk, arwah mak akan cakap.." Bakpe yang nak kesoh sangatnya, biarlah dia nak ejek pung, Gie dapat pahala, buat dok kesoh je, lama-lama dia diang la.." ( kenapa nak kisah sangat, biarlah dia ejek, Gie dapat pahala, buat tak tau je, lama-lama dia diamla )..tapi saya tetap akan mengamuk bila diorang ejek saya dengan nama tu.

Sampai sekarang bila tengok pokok puding saya tersenyum sendiri..

bunga puding camnilah banyak ditanam depan rumah saya dulu, zaman kecik-kecik
dulu, sebab diejek dengan nama tu, saya menyampah engan pokok ni, tapi sekarang
tak la lagi..ihsan google.
Pssst..asal kzakie jangan panggil saya pokok puding sudahla..


6 comments:

  1. Hihi... tak adalah kakak nak panggil pokok puding tu. Kakak ada tanam tau:). Sesaja aje macam best pulak ikut style bapak kakak kalau ada org yg nama depan Nor bapak lebih suka panggil Nor. Kalau yg depan nama Siti pun sama. Ikut senang kakaklah nak panggil Nor atau Azie. Kakak suka dua ni:)

    ReplyDelete
  2. saya pun sebenarnya tertanya-tanya ( harap kzakie tak marah ) nama unik kzakie purvitt tu..purvitt tu ada keturunan apa yek? Belanda ke, portugis ke...?

    ReplyDelete
  3. Saya suka panggil kak N.A.hehe..boleh tak?

    ReplyDelete
  4. akak tak kisah Sal, asal jgn panggil jennifer lopez sudah..ha ha.

    ReplyDelete
  5. Alamak jm lebeh seleza ngan nama ak azie :-)

    ReplyDelete
  6. boleh je, sweet gitew..:)

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign