Asam Garam Kehidupan: Jahatnya mata lelaki.

Nuffnang

Pages

2 Aug 2014

Jahatnya mata lelaki.

Assalam.. Hi korang.... Penah dengo tak ustaz yang memberikan ceramah cakap orang2 yang nampak alim nie kengkadang bila nampak perempuan seksi sampai kopiah pun leh tercabut! apatah lagi kite yang tak nampak alim langsung nie hu..hu... begitulah hakikatnya bila tak cukup iman didada habislah kita sebagai lelaki digoda dan tergoda. Pasangan Lelaki adalah perempuan so perempuan adalah daya tarikan lelaki. Setiap apa yang ada pada wanita dari hujung rambut sampai hujung kaki boleh menyebabkan mata lelaki terpanar chewah.. Aku der jumpe artikel mengenai jahatnya mata lelaki jika perempuan tidak berusehe untuk menghalang pandangan jahat tersebut. jom usya... 

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol. Simbol apa, semua orang tahu. Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman. Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan. Setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu. 

Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan. Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan. Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya. 

Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya, maka wajiblah wanita itu menutup lehernya. 

Maka mata lelaki itu akan turun lagi melihat bentuk payu daranya,maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya dengan melabuhkan tudungnya. 

Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya, maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya, 

maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya,maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan, 

dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya, maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga terlihat bentuk pehanya walau sedikit,

maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula,
 maka janganlah wanita itu berseluar, 

kerana terus-terang pihak lelaki bercakap, walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh, jika beliau memakai seluar,walau nampak besar sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara sepontan, entah tak tahu Kenapa? 

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya,maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya, 

maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan melabuhkan kain, atau memakai stokinyg warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan, maka mata lelaki ini akan kembali ke atas, akan melihat pula bentuk tangan wanita itu, maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki. 

Maka wahai lelaki, janganlah pula kamu melihat mukanya, kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika kamu wahai lelaki, ingin meminangnya. Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah, maka berpurdahlah kamu, jika itu lebih baik untuk kamu. Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit,iaitu mata lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terang jika ianya berada pada perempuan. 

Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat. Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami. Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu apakah dia mata lelaki itu, dan perlu diingatkan, jika semua aurat telah ditutup, jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah pula kita menjaga kehormatan diri masing2, jangan keluar seorang2,keluarlah dengan mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah, walau muslimah itu telah menutup aurat, insyaAllah selamat dunia akhirat. 

Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu dan jagalah kemaluanmu". Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya, sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia dilarangi oleh Allah SWT. 

Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat. Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri. Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga. Sesuatu yang berharga dan bernilai perlu dijaga dengan baik. Semakin dibuka semakin kurang nilai harganya.. Bajailah ia dengan iman dan takwa semoga membuahkan hasil yang sungguh bernilai.


http://aboypunye.blogspot.com/2011/04/jahatnya-mata-lelaki.html



No comments:

Post a Comment

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign