Asam Garam Kehidupan: Kasihani anak-anak kita...

Nuffnang

Pages

9 Aug 2014

Kasihani anak-anak kita...

Apabila anak sulung saya menyuarakan kesedihannya kerana saya tidak membelikan beliau smartphone dan tidak membenarkan beliau menggunakan duit simpanannya bagi membeli sendiri, dengan alasan susah berhubung dan berbincang dengan rakan-rakan sebab semua menggunakan Whatsapp, saya kira beliau juga sudah cukup bersedia untuk saya jelaskan sebabnya.
Pada pandangan saya, ibu bapa yang memberi anak-anak smartphone pada usia 12 tahun, dengan kemudahan data, mereka telah mengambil langkah yang sangat salah.
Saya tanya anak saya tadi, “Yop rasa, kawan-kawan Yop, jika dalam telefon mereka keluar video perempuan telanjang, gambar lelaki perempuan telanjang, rasanya kawan-kawan Yop akan delete dan elak tengok, atau bagaimana?”
Anak saya tak boleh jawab.
Dan saya tanya lagi, jika dia sendiri adakah jiwanya cukup kuat untuk mengelak bahan lucah, judi atas talian, game atas talian, beliau menggelengkan kepala.
“Kalau Yop terjebak dengan benda-benda ni, Abi tak mampu tolong Yop sampai bila-bila. Yop akan berdosa setiap hari sampai dewasa, sampai mati. Abi tak nak Yop fikir Abi ni kolot, mengongkong, kedekut, I do this simply because I love you and I want to protect you
Saya tidak berani mengaku yang saya ini techno savvy.  Tetapi saya tidak buta teknologi. Saya mengendalikan website era pra blog semenjak 1997, menggunakan Palm VI seawal 1998 hingga ke era Samsung Galaxy S4 pada tahun 2013 dan iPad Air pada tahun 2014. Saya sentiasa mengikuti perkembangan ICT biar pun hanya bertaraf pengguna. Saya sentiasa pastikan diri saya pengguna celik. Bukan guna tetapi tidak sedar akan implikasi penggunaannya kepada fizikal, kognitif, emosi, sosial dan keberagamaan anak-anak kita. Saya berkongsi pesanan ini bukanlah sebagai ustaz cabuk pengguna telefon cap ayam.
Cukuplah dengan keterlanjuran kita membuka akaun Facebook untuk anak-anak sekolah rendah dengan menipu Zuckerberg akan tarikh lahir mereka. Ada sebab kanak-kanak di bawah usia 13 tahun dianggap belum wajar mempunyai akaun Facebook. Tetapi dengan memberi smartphone bersama peruntukan data, ibu bapa sesungguhnya menghantar anak-anak ke gigi NERAKA.
“Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu, dan ahli keluargamu daripada Neraka. Ia dikawal oleh para Malaikat yang amat ganas dan keras, malah tidak sama sekali mengingkari Allah berkenaan apa yang diperintahkan ke atas mereka melakukannya” [al-Tahrim 66: 6]
Ibu bapa yang mencucuh putung rokok ke tubuh anak dan seterika anak dengan seterika panas, kita kata mereka berhati binatang dan kejam. Tidak kejamkah ibu bapa yang memudahkan jalan anaknya dibakar api Neraka? Mendedahkan anak kepada ketagihan pornografi, games, kebusukan bahasa dan kecelaan akhlaq? Keselamatan, penjenayah siber, pedophile ?
Jangan over confident wahai daddy and mommy. Seriously, have a mercy upon your kids but saving them from the Hellfire.
image
Harap penjelasan sambil makan sushi tadi membantu dan beliau boleh terima.
Di dalam catatan ini saya mahu menekankan tentang peer pressure. Jika ibu bapa faham sekali pun, anak-anak belum tentu faham. Mereka perlu difahamkan. Kepada ibu bapa yang sangat baik hati bagi anak umur 12 tahun smartphone sendiri, tolonglah fikir balik.
Baca buku Technopoly oleh Neil Postman.
Seriously!

http://abah.my/wp-content/uploads/2014/07/image.jpg

seorang kawan wasapkan entri ni kepada saya, bila saya dengan rasa susah hati yang teramat sangat mengadukan hal anak lelaki saya yang kedua..yang sangat-sangat obses dengan smartphone sekarang ni, tapi suami saya berkeras taknak belikan...
kalau ikutkan rasa kasihan saya sebagai seorang ibu memang saya usaha nak belikan, tapi memang ada sangat betulnya artikel di atas tu kan, saya tak dapat jamin anak saya tak terjebak dengan benda negatif tambahan pula dengan umurnya baru 15 tahun, sedang seronok dan lagha dengan benda-benda camtu....

10 comments:

  1. bila ada subjek tentang smartphone baru perlu :) Minta fokus pada subjek yang ada dulu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena kuat hati bila nak bertegas dengan anak-anak ni BP

      Delete
  2. akakpn baru punyai smartphone, anak2 nokia biasa, ntuk sms n call kecuali si sulung, itupn dia beli menggunakan titik peluhnya menjadi guru tuisyen awal tahun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak belikan pun, tapi bila dia balik dari asrama, tepon saya jadi mangsa, dah jadi macam hak milik dia, kejap hilang, kejap hilang, tau je dia walaupun saya sorok, mana saya tak susah hati..

      Delete
  3. Jm setuju dgn tindakan kak zimah dan alhamdulillah anak kak zimah x memberontak dan dgr ckp sbb Jm pernah dgr parent di opis anaknya mengamuk bila x d beli nasihat d beri x nk d dgr maybe cara didikan dari awal dah salah. Anak2 belasan tahun mmg akan asyik dan ingin belajar sesuatu yg kita x jangka dan ofcoz sukar d kawal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takdelah dia memberontak, cuma tepon akak tu selalu 'hilang' kalau dia ada kat rumah, yang pelik kat asrama takde tak kesah pun, kat rumah tak boleh terletak. aduhai....

      Delete
  4. Saya setuju kak..kita tak tau apa yang budak-budak view dekat handphone diorang. kalau dia layan bahan lucah time duduk depan kita pun kita tak nampak..kalau zaman akak dah rasa peritnya, cmanelah saya esok agaknya..mesti lagi mencabar..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la Sal, cabaran sebagai ibubapa zaman it dan teknologi ni memang perit, kita nak anak-anak kita jadi 'manusia', di rumah kita boleh juga kontrol, bimbang sangat bila diorang dah berjumpa dan bergaul dengan kawan-kawan, bimbang dipengaruhi kawan-kawan, sebab diorang ni belum cukup matang untuk memilih kawan yang baik.

      Delete
  5. mmg besar cabaran ibubapa sekrang ni, risau CN tak tahu mcm mana gaya Irfan bila besar nanti..berdoa sangat semoga CN kuat dalam menghadapi cabaran sebagai ibubapa zaman moden ni ;)

    ReplyDelete
  6. ya CN, jangan berhenti berdoa dan bergantung pada Allah.

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign