Asam Garam Kehidupan: Penangan seminggu beraya!!

Nuffnang

Pages

6 Aug 2014

Penangan seminggu beraya!!

Malu nak tayang sebona ee..tengokla penangan seminggu makan
kuih raya, nasik minyak, nasi beriani, kalau nak tau dolu-dolu saiz saya cam budak yang kat
tengah tu jer, tapi larling saya tu maintain je, kalau naik pun tang perut, tapi takle nampak
sangat cam saya, hu hu...

Kenangan syawal 1435H- nampak tak kopiah yang Umar Zikri pakai tu?
Dah hilang..:(
Itulah kenangan masa nak bertunang dulu, konon nak buat hadiah kat tunang ( sekarang my larling )
tapi tak tau saiz kepala dia, kawan yang kaitkan kopiah tu, usia kopiah tu dah 20 tahun,
haa..mana tak sayang...tah mana dicampak dek Umar Zikri, hu hu

Kira syawal taun ni banyak tak best, masa nak balik kampung ritu jem giler, paling takleh lupa masa nak lalu kat terowong karak, ada satu kete pompuan rosak kat tengah-tengah terowong tuh! dia sensorang plak tu, mesti panik gila kalau sayala..
sepanjang jalan banyak kete tersadai, buka puasa dalam kete dengan air masak dan kuih raya,pastu terpaksa bermalam di Kuantan, bayangkan masa sampai kat Kuantan tu pun dah pukul 8.30 malam,
perjalanan sehari jadi dua hari you, mana boleh lupa....

22 comments:

  1. Kenangan mengusik jiwa..
    comei2 semuanya..

    nk tk nk redah juga jem tu ye..sabar yg penting dpt jumpa sanak saudara di kmpg

    ReplyDelete
    Replies
    1. jem paling dahsyat, bole jadi hari ni dalam sejarah..

      yang kecik2 je masih nak bergambar, yang dah besar dah tau malu..:)

      Delete
  2. Salam lebaran Nor Azimah. Tak ada lah nampak tembam. Ok je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kawan sekerja sume cakap tembam kak SA, saya pun rasa berat dah badannya, adoii la

      Delete
  3. Azie mana nak sama perut kita yg dah berkali-kali jadi belon. Kejap jadi belon dan kempis, tak lama jadi belon lagi - 9 bulan pulak tu hihi.... En abe kita makan nasi hari-hari membuang sebab itu maintain haha...

    Anakanda Umar Zikri ni mesti terlupa letak mana kopiah memori umi ni. Sayang pulak kan Azie sebab dah 20 tahun ada sentimental value tau... tak apalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula kzakie, tang perut tu takyah citerla, malu..
      harap-harap adala rezeki jumpa balik kopiah tu, sayang sangat..

      Delete
  4. Umar Zikri hilangkan Sentimental Value mama dia yer...tak nampak bambam pun sis...biasa jer akk tgk...
    SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..MAAF ZAHIR BATIN

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sentimental value..hu hu, sedih..
      Eh! ramai yang kata tak tembam, betul kot tak tembam....he he, sajo nak nyodapkan ati den..
      Salam syawal juga buat kak Eye-Nee sekeluarga, salam sayang.

      Delete
  5. Selamat hari raya...
    sentimental value tu...sygnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam syawal juga, tq NzA..
      Memang sayang, susah dah nak cari orang yang boleh kait kopiah camni.

      Delete
  6. hihihi kenangan raya tahun ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. he he, kenangan yang tak best..

      Delete
  7. akak tengok biasa jer.. cantik gitu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tambah sonang ati den, timo kasih UA

      tapi, mmg dah naik timbangnya..:(

      Delete
  8. Jm tgk masih slim lg kak zimah kat mana yg gemuknya oklah tu nampak ideal je
    Klau blk arah ke timur time raya tak ambil masa berbelas jam utk sampai mmg x sah itulah situasi yg mesti d harungi setiap thn huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorang lagi nak nyodapkan ati den, he he, timo kasih la yo..
      Kalau tak raya, biasa kalau drive slow and steady cam larling akak tu pukul 6 ptg dah sampai, ni sebab orang kelate pun nak balik ikut LPT, berganda kenderaannya.

      Delete
  9. semoga jumpa balik la kopiah tu ye kak azimah..huhu.

    kesian pompuan yang kete rosak tu.tapi memang perjalanan ke timur sesak teruk macam tu..sebab takde alternatif lain kot. tak macam ke selatan atau utara

    ReplyDelete
  10. mmg akak harap ada rezeki jumpa balik..

    kalau hari biasa takla teruk camtu sal, ini sekligus dua juta kereta lalu kat situ, adik akk balik ari ahad lepas subuh bertolak dari kelang, kul 1 tghari dah sampai ke kuala terengganu

    ReplyDelete
  11. dah datang baca entri ni tapi tak sempat nak komen, inshaAllah nanti jumpa balik, lawa warna baju melayu mereka..cantik NA ,ketinggian pun sesuai dengan saiz :)

    ReplyDelete
  12. ni dah datang pun, dah suka dah saya..:)

    ReplyDelete
  13. Kesian pada semua yang berhadapan dengan kesesakan lalulintas yang teruk sebelum raya ri tu.. huhuhu..

    ReplyDelete
  14. memang kesian, dengar cerita kengkawan yang ke utara pun parah, berbuka dan bersahur dalam kete.

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign