Asam Garam Kehidupan: Satu kisah Salman Al Farisi.

Nuffnang

Pages

10 Aug 2014

Satu kisah Salman Al Farisi.

Dah hampir maghrib ni, takdelah nak membebel banyak, cuma nak kongsikan satu cerita yang sangat menyentuh hati, tentang seorang pemimpin yang tawadhuk, agak-agaknya masih adakah pemimpin sebegini hari ini....?

Pada suatu hari diceritan seorang rakyat awam tanpa mengenal Salman Al Farisi, menariknya secara kasar dan menyuruhnya melakukan kerja yang cukup berat. Orang tersebut menyuruh Salman memikul karung rumput untuk dibawa ke rumahnya. Dia berjanji setelah kerja itu selesai akan diberinya sedikit upah. Dengan patuh Salman Al Farisi membuat apa yang diarahkan kepadanya.

Di tengah perjalanan mereka bertemu dengan sekumpulan penduduk. Salman memberi salam kepada mereka. Lalu mereka berhenti dan menjawab salam Salman. " Juga kepada Amir kami ucapkan salam."

Jawaban penduduk tersebut sangat menghairankan orang tersebut. Kehairanannya makin bertambah bila sebahagian penduduk tersebut datang dan eminta barang yang dipikul oleh Salman sambil berkata, " Wahai Amir, berikanlah beban itu kepada kami agar kami bawa,"

Alangkah terkejutnya orang itu. Mengertilah dia bahawa buruh upahan itu adalah Salman Al Farisi , Amir negeri Madain. Dengan rasa menyesal yang amat sangat, segera dia mendekati salman sambil meminta maaf dan meminta karung yang dibawa oleh salman, tetapi Salman menolak sambil berkata, " Biar ku hantar sampai ke rumah tuan."

Amir adalah panggilan kepada seorang pemimpin, yang bermaksud ketua.

4 comments:

  1. Subanallah, mana nk cari org begitu skrg

    ReplyDelete
  2. itulah seorang sahabat yang mendapat didikan secara lansung dari Rasulullah.

    ReplyDelete
  3. susah nak jumpa sahabat mcm tu ;)

    ReplyDelete
  4. sahabat macam tu hanya ada di zaman rasulullah.

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign