Asam Garam Kehidupan: Terlebih sudah...

Nuffnang

Pages

24 Aug 2014

Terlebih sudah...

Belum ngantuk lagi. Agaknya pasal terlebih makan lagi hari ni. Nak buat camane, makin ke hujung syawal ni, makin meriah plak orang buat rumah terbuka. Dah pegi faham-faham jelah, makanan macam-macam terhidang depan mata, Masya Allah kalah lagi saya dengan nafsu makan.

Sarapan nasi lemak pagi tadi terpaksa simpan dalam peti sejuk. Esok panaskan balik, boleh makan lagi, takkan nak membazir plak. Masak lebih konon senang untuk makan tengahari sekali. Tak teringat ada jemputan kenduri kawen jiran satu taman. Lepas zohor pegi plak ke rumah adik ipar kat puchong, konon nak jamah sikit-sikit je, memangla amik tu sikit, ni sikit, dah campur 'se'eh' perut. ( se'eh tu loghat Teganu kita maknanya terlampau kenyang ).

Malam pun tak payah masak, open house kat rumah pengasuh anak plak. Lagi meriah, siap bbq lagi. Saya siap cilok secawan pudding koktel bawak balik. Asalnya nak makan je kat situ, tapi dh terover kenyang saya bawak balik jelah. Terukkan saya...

So, isnin ni rasanya kena sambung dengan puasa qadha plak lah. Alhamdulillah, puasa 6 pun sempat buat. Konon tahun ni nak qadha awal-awal, qadha banyak-banyak, tampung mana yang tak berapa sempurna,  ( mesti ada cacat-cela )

Auzubillahiminasyaitanirrajim...baru rasa ngantuk....

4 comments:

  1. Tahniah kerana menyambut Raya ke2. Bukan senang nak puasa di tengah-tengah orang yang sibuk dengan makan.

    IM puasa masa hari bekerja. Tak cukup kuat nak berpuasa pada hari Sabtu Ahad...

    ReplyDelete
  2. terimakasih IM
    saya pun puasa hari kerja, sabtu ahad nak kena masak, anak-anak pun ada kat rumah semua nak makan, mana nak dapat puasa.

    ReplyDelete
  3. ye betul tu kak..JM pun sama..Qada' puasa tu biar lebih kan..

    ReplyDelete
  4. in shaa Allah, moga dapat tampung mane yang kurang

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign