Asam Garam Kehidupan: Bijak, bijak...

Nuffnang

Pages

10 Sep 2014

Bijak, bijak...

Cerita kat bawah ni pada saya memang lucu, tergelak saya sorang-sorang. Saya pernah poskan kat sini. Tapi saya dah delete sebab rasa macam no point jer, sekadar lawak kosong.

Kemudian saya bercerita pada anak-anak KAFA saya sebab tengah kering idea, tak tau nak cerita apa. Memang diorang pun gelak sakan. Pastu macam-macam soalan saya kena hadap.

" kenapa orang tu lambat?"
" Orang tu dari mane?"
" Orang tu terlupa nak bukak topi keledar dia ke?"

Dan satu soalan yang menunjukkan budak-budak ni memang pandai dan bijak berfikir.....dan kemudiannya saya pun baru terfikir tak lojik betul cerita nih.

" Ustazah, orang tu takkan tak amik air sembahyang?"
Ada pulak yang berfikir camni..

" Agaknya dia dah amik air sembahyang kat rumah, kan ustazah....?"

Saya hanya mampu senyum, senyum sumbing dengan kebodohan sendiri yang dok gelak spontan tanpa sempat berfikir cam anak-anak murid saya tu, hu hu....

4 comments:

  1. Pandai juga bebudak tu tanya Azie. Kalau belum wudhu' mana boleh solat. Yg kata dah ada wudhu' pun betul juga. Yelah... bebudak tadika jenis apa mestilah minda tak sama dgn tadika yg tak Islamik.

    ReplyDelete
  2. Cerdiknya yang bertanya tu kan, ingat ttg wudhu' tu.

    ReplyDelete
  3. Budak la mmg cerdik2 dn jujur

    ReplyDelete
  4. ahaahah...lawak2..betul jugak cakap budak2 tu..ambik wuduk katu mah..mmg bijak :-)

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign