Asam Garam Kehidupan: Cuba sekali lagi.

Nuffnang

Pages

2 Sep 2014

Cuba sekali lagi.

Suami dok asyik komplen je, katanya saya dok tanam bunga yang tak berbunga je, mana nak cantik. Memang saya tanam pokok yang tak berbunga tu sebab pada saya lebih mudah dijaga, tapi yang berbunga kat pasu kiri tepi sekali tu, tak tau datang dari mana benihnya, mungkin diterbang dek angin jatuh pelepuk dalam pasu saya, asalnya pasu tu pun saya tanam pokok yang tak berbunga, kalah dia dengan pokok tu, saya cabut dan biarkan yang berbunga tu hidup.
Yang ni saya baru beli dua minggu lepas. Dua pokok ni rm12. Bunga ros pink tu entah percubaan kali keberapa entah, beli yang DULU pun mati juga. Serik sebenarnya. Tapi cuba juga sebab kata yang jual tu
ni ros kampung. Nampaknya dah masuk 2 minggu ni, Alhamdulillah. Moga-moga larling tak komplen lagi, kalau komplen lagi, saya kena beli lagilah pokok bunga yang berbunga..kan larling..

Tapi berbeza betul tips penjagaan bunga ros antara dua penjual ni. Dengan penjual ros kampung ni katanya dia biar je bunga ros ni tengah panas, tapi make sure disiram setiap hari. Baja dua minggu sekali. Kalau ada kulat yang putih-putih tu guna daun semambu atau serai wangi, blend amik airnya buat spray, atau boleh juga guna cili yang dah kering-kering ( bukan cili kering yea ) dari dibuang saje-saje, pun boleh blend amik airnya buat spray kat pokok bunga ros ni.

Ahklak mulia ibarat bunga yang indah dan wangi, mencantikkan taman, mendamaikan hati..semua orang suka, moga anak-anakku jadi anak-anak soleh dan solehah yang berakhlak mulia, aminn.

5 comments:

  1. Tgn knor pns..asyik terkulai jer..hidup dl..sbln jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalu gak dengar tangan panas ni, betul ke ada camtu yek?

      Delete
  2. Rumah kak Azie ada kawasan leh la tanam..umah JM ni apartment..ahaha..alasan je tu malas sebenarnya nk jaga..

    ReplyDelete
  3. Alahai kak,tangan CN ni 'panas',kalau tanam pokok mati jer..hehe

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign