Asam Garam Kehidupan: Cerita sepanjang ahad, sori takde gambar...

Nuffnang

Pages

15 Sep 2014

Cerita sepanjang ahad, sori takde gambar...

Assalamualaikum teman-teman yang dikasihi, moga rahmat dan kasih-sayang Allah selalu bersama kita.

Cerita anak-beranak lagi pagi ni yea. Yela..sebab minggu ni berkumpul semua di rumah, makan-makan, cerita-cerita, tapi saya ni jenis malas nak snap gambar, tapi yang selalunya terlupa, dah habis jalan, dah habis makan, baru teringat, apsal la terlupa nak amik gambar tadi, camtu la selalu. Mungkin dah memanjat ke usia tua ni, Allah dah tarik sedikit demi sedikit nikmat yang diberi masa muda dulu, dah mula pelupa, mula sakit sana, sakit sini, mula beruban, mula rabun...tapi entah bila nak mula ingat mati sepanjang masa ni, hu hu..ampun ya Allah...

Semalam bawak kakak berubat dengan kaedah perubatan islam sebab masalah istihadah dia belum gak selesai, sebagai mak ni, susah hatilah sangat saya, tapi ubat homopati tetap diteruskan, hari rabu ni nak gi lagi amik kat.DR Hasan PKNS Bangi. In shaa Allah, kita ni sekadar berusaha...

Malam tadi masak kari daging, kakak suka la sangat makan lauk kari. Katanya " ibu is the best chef in the world" ha ha. Cuma saya ni jenis tak reti cari daging yang elok lembut. Sebab jarang sangat makan daging, kot tanya orang pun masa tu je ingat, lain kali nak beli lupa lagi, ntah top side, blade, mana satu yang lembut entah. Sedihnya terbeli daging keras, " lenguh kunyah " kata kakak, sudahnya kuah habis, daging tinggal tergolek-golek dalam mangkuk...

Selesai makan malam, kitorang pakat makan kuaci. Seronoknya sambil ngadap cerita korea, apa tajuknya, tapi ceritanya bagus juga..tentang halatuju seorang gadis selepas keluar dari penjara. Saya okla kalau cerita camni, kalau cerita cinta-cinta ni takdela saya nak layan. Habis sebungkus kuaci sekali adap.

Di sini saya nak ambil kesempatan ucapkan salam ukhwah fillah buat semua rakan ukhwah yang baru...cikgu etuza dari  http://madey09.blogspot.com/, Bbwana Adienia dari  http://dapurjirankuberasap.blogspot.com/, Mass Naim, cikgu Ayu Insyirah, Mimbar kata dan lain-lain juga, semoga ukhwah antara kita kekal hingga ke syurga, aminnn.


Kat sinilah kami pegi bawak kakak berubat semalam, perubatan cara Islam,
macam kaedah Asshifa Dr Haron Din, tapi ni kat Bandar Ikhwan rawang.


6 comments:

  1. eh..blog berwajah baru..ingat salah singgah tadi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila kakak ada kat rumah, bole minta tolong dia, kalau akak tak kuasa dan tak reti nak ngadapnya :-)

      Delete
  2. Bila rumah ni di renovate - cantik pulak:)
    Betullah Azie kalau istihadhah ni buat tak selesa. Lagi pulak masih remaja kesian. Usahalah selagi boleh moga bertemu juga penawarnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh tq, tq..:)
      in shaa Allah kzakie..selagi ada jalan kami usahakan, ini ujian buat kami sebagai ibubapa.

      Delete
  3. selepas pergi berubat tu ada perubahan x pada 'kakak'

    ReplyDelete
  4. Tetiba teringin nak buat kari daging hehe.....tapi lupa nak keluar pulak ....dah petang gini dah terlambat.
    Selagi boleh berubat berubatlahkan NA....Insyallah akan elok seperti sediakala anak tu

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign