Asam Garam Kehidupan: Gempar!! Maqam Nabi Muhammad Akan Dibongkar Dan Dipindahkan Serta Kesan Negatif Kota Makkah Dan Madinah.

Nuffnang

Pages

4 Sep 2014

Gempar!! Maqam Nabi Muhammad Akan Dibongkar Dan Dipindahkan Serta Kesan Negatif Kota Makkah Dan Madinah.



Arab Saudi – Hanya disebabkan tindakan sesetengah individu yang melakukan perbuatan yang dilihat bertentangan dengan pandangan mereka, satu cadangan telah dikemukakan kepada kerajaan Arab Saudi untuk merobohkan makam junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang merupakan antara tempat paling dihormati oleh umat Islam di seluruh dunia.

Melalui cadangan tersebut makam Baginda SAW dan kedua sahabat Baginda SAW bakal dirobohkan manakala jasad mereka yang mulia itu akan dipindahkan ke lokasi perkuburan tanpa nama (yang akan dirahsiakan).

Menurut laporan portal The Independent, cadangan tersebut merupakan sebahagian daripada dokumen berhalaman 61 muka surat, yang dikemukakan oleh para akademik terkenal negara tersebut.

Kajian akademik tersebut telah mengemukakan cadangan itu sebagai sebahagian daripada dokumen perundingan yang telah diedarkan di kalangan penyelia Masjid Nabawi, Madinah, di mana terletaknya makam Nabi yang dikunjungi berjuta-juta jemaah haji dan umrah. Ianya merupakan lokasi kedua paling suci di atas muka bumi ini bagi umat Islam.

Ulama Arab Saudi yang dilihat kuat berpegang kepada fahaman Wahabi, sebelum ini telah melarang keras sebarang bentuk 'pemujaan', 'penyembahan ‘berhala’ atau apa-apa objek yang dianggap sebagai amalan ‘syirik - yang pada fahaman mereka - dianggap melanggar hukum syarak.

Beberapa halaman dokumen perundingan itu menggesa kemusnahan bilik (hujrah Saiyidatina A'Isyah Rha) serta kawasan sekitar makam Baginda SAW serta Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq dan Saiyidina Omar Al-Faruk. Kemusnahan itu akan di lakukan di keseluruhan Masjid Nabawi yang asal – yang pernah digunakan oleh ahli keluarga dan sahabat Nabi Muhammad SAW di zaman awal Islam. Ianya kesan sejarah Islam yang tidak ternilai oleh wang ringgit!!

Sementara itu Pengarah Yayasan Penyelidikan Warisan Islam, Dr. Irfan al-Alawi melahirkan rasa kesal atas cadangan tersebut.

“Orang ramai yang menziarahi masjid Nabi SAW untuk melihat kawasan rumah Baginda SAW telah dituduh berpaling ke kawasan makam untuk bersolat (menjadikan makam sebagai kiblat). Ini semua tidaklah benar. Disebabkan mahu menghalang perbuataan (syirik) itu mereka mencadangkan untuk memindahkan jasad Baginda SAW” ujarnya.

Dr. Irfan menjangkakan, cadangan tersebut bakal menimbulkan kemarahan masyarakat Islam di seluruh dunia. “Saya pasti seluruh dunia Islam akan terkejut terhadap perkara ini dan ia akan menyebabkan kemarahan,” jelasnya.

Sehingga kini, tiada sebarang keputusan yang diambil berhubung cadangan tersebut.

Ketika ini Masjid Nabawi boleh menampung 800,000 jemaah pada satu-satu masa. Manakala pada tahun depan, ia dijangka bakal mencecah sehingga 1.2 juta jemaah ekoran pembangunan yang terangkum melibatkan Madinah dan Mekah dengan kos sebanyak SR300 bilion. Jumlah keseluruhan mencecah beberapa triliun Riyal Saudi.

Perluasan masjid ini semasa era Raja-raja Saudi kedua bermula 1994 merupakan yang terbesar. Pada perluasan pertama 1950-an, masjid dapat menampung 28,000 jemaah tetapi pada 1990-an dengan ditambah ruang-ruang halaman, kapasiti jemaah mencapai angka sedia ada.

Selain Raudhah dan Makam Nabi SAW, mimbar dan mihrab dalam bahagian masjid ini ada kisah menariknya. Pada mulanya atap masjid Rasulullah ini dipasang pada batang kurma (maksudnya batang tersebut menjadi tiang penyangga). Maka Nabi SAW apabila berkhutbah, Baginda berdiri dekat batang tersebut dengan terkadang berdiri cukup lama. Lalu, seorang wanita Ansar menyapa: “Wahai Rasulullah, bolehkah kami membuatkan mimbar untukmu?" Rasulullah menyetujuinya.

Kemudian para sahabat membuatkan mimbar untuk Baginda SAW. Tiga anak tangga dibuat dari pohon thurfa’. Pada Jumaat berikutnya, Baginda SAW berkhutbah di atas mimbar, maka batang kurma tersebut menangis – berbunyi seperti rengekan bayi.

Kemudian Nabi SAW turun dan memegang pohon tersebut. Pohon itu teresak-esak seperti bayi yang didiamkan. Rasulullah SAW bersabda: “Pohon itu menangis kerana tidak lagi mendengar zikir yang biasa didengarnya.”

Diriwayatkan dari Abu Hurairah, sabda Nabi: “Di antara rumahku dan mimbarku adalah salah satu taman syurga. Dan mimbarku ini ada di atas telagaku.” ­

Halaman Masjid Nabawi, Madinah

Setakat ini kerajaan Arab Saudi masih ingin merealisasikan usaha memperluaskan Masjid Nabi SAW secara keseluruhan. Adakah ini bermaksud terangkum juga memindahkan makam Baginda SAW serta kedua-dua khalifah sahabat Baginda? Adakah ianya juga bermaksud menghancurkan seluruh ruangan asal Masjid Nabawi bagi menggantikannya dengan binaan baru? 

Golongan Wahabi tidak percaya dengan keberkatan Ilahi pada tempat, jasad dan barangan. tertentu - walaupun yang ada hubungan dan kaitan dengan diri Rasulullah SAW. Ahli Sunnah Wal Jamaah - berdasarkan hadis-hadis sahih membenarkan kita mengambil berkat dengan apa sahaja yang boleh membawa hati kita mengingati Allah dan Rasulullah SAW. 

Pada kita inilah yang penting dan utama. Ruangan asal Makam dan seluruh kawasan Masjid Nabawi yang awal itu wajib kita kekalkan dan pertahankan. 

Sebaliknya apa yang dipandang penting pada kerajaan Saudi adalah untuk mengimbangi jumlah jamaah, umrah dan haji, yang sememangnya terus meningkat. Jumlah jamaah telah mencapai 12 juta orang setiap tahun. Jumlah ini diperkirakan akan terus bertambah hingga mencapai 17 juta per tahun pada 2025.

Pada kita itu semua mempunyai penyelesaian yang lebih mudah tanpa membabitkan pembongkaran dan pemindahan jasad mulia Rasulullah SAW dan kedua-dua sahabat Baginda SAW. Apa yang kita maklum ialah keghairahan mereka menghilangkan jasad-jasad para kekasih Allah yang berkenaan itulah yang menghasilkan cadangan sedemikian jelek. Sesungguhnya di sebalik cadangan ini adalah yahudi dan musuh-musuh Islam yang bertopengkan alasan agama mengikut fahaman mereka. 

Sementara itu, pembangunan berbagai kompleks membeli belah dan hotel-hotel mewah yang terletak di sekitar Masjid Nabawi As-Syarif di Madinah dan Masjidil Haram di Makkah sedang terus berleluasa.  Ianya akan memerangkapkan umat Islam yang lemah iman untuk ghairah berbelanja daripada menumpukan perhatian kepada Baginda Nabi SAW dan beribadah di dalam kedua-dua masjid yang besar ganjarannya itu. 

Para kapitalis ini sedang rancak mengubah wajah kota ibadah umat Islam dengan suasana lalai dan bingit dengan amalan duniawi yang melampau. Disamping pusat membeli belah, mereka juga menaikkan harga hotel mewah di dekat Makkah dan Madinah. 

Menurut Dr. Irfan Al Alawi, projek perluasan ini hanyalah perencanaan para kapitalis untuk mendapatkan keuntungan besar. "Mereka hanya ingin meraup keuntungan berlipat kali ganda dari penziarah yang kaya. Hal ini bakal membebankan jamaah yang kurang mampu, kerana bayaran hotel akan dinaikkan jauh lebih mahal," kata Dr. Al Alawi kepada RT News.

Disamping apa yang dilakukan di Madinah, Kerajaan Arab Saudi sedang merencanakan pembangunan kawasan elit besar di Jabal Omar di Makkah. Sesuai dengan perluasan Masjidil Haram, kawasan Jabal Omar ini disebut-sebut akan menjadi mutiara baru Makkah yang terdiri dari enam hotel lima bintang dengan tujuh menara mempunyai 39 tingkat, 520 restoran dan 360 ruang niaga komersil. Semuanya ke arah mendorong mengalihkan kota ibadah ini menjadi kota membeli-belah!!

Apa pun yang mereka mahu lakukan, Allah adalah sebaik-baik pembela. Kita akan saksikan apa yang Allah akan lakukan jika mereka masih mahu menghina jasad kekasihNya. Allah juga ada cara, mengajar mereka yang mahu merosakkan nilai berharga yang ada pada kedua-dua kota suci umat Islam ini!!

7 comments:

  1. Kakak dah baca hal ini semalam Azie. Sedih:( apa lagi kakak dah sampai sana berkali-kali. Melihat kubah hijau ketika di luar Masjid Nabawi aje dah sayu hati. Bila masuk Raudhah tu mesti sayu dan menitik airmata. Rasa kakak yg berbuat syirik tu tak ada kot. Polis-polis ada menjaga mana ada yg sempat buat perkara tak betul. Kakak betul berdoa moga jgnlah pindahkan ke Baqi' walau perkuburan itu pun sebelah aje dgn masjid.

    Bersama kita berdoa moga semua ini tak jadi. Dari petang semalam balik rumah hingga malam tadi nak tidur pun kakak dgn abang dok cerita hal ini Azie..

    ReplyDelete
  2. saya tak setuju langsung dipindahkan.bak kata kakzakie, kat sana ada polis yang boleh mengawal sebarang aktiviti mencurigakan.

    ini semua ada agenda lain..

    ReplyDelete
  3. Apa seterusnya tggu...

    ReplyDelete
  4. kzakie, sal dan knor..
    bak kata pengarang dalam bahagian akhir entri tu, Allah adalah sebaik-baik pembela. Allah ada cara untuk mengajar mereka, walau pun mereka rasa mereka betul, tapi kalau Allah kata tak betul, maka kita tunggu saja apa yang akan Allah lakukan bagi membela kekasihNya..

    ReplyDelete
  5. kenapa pulak jadi begini..adihai!!!

    ReplyDelete
  6. BP dan JM..

    walau apa pun usaha mereka, kalau Allah tak izinkan, takkan jadi..sama-sama kita berdoa dengan sesungguh hati kita.

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign