Asam Garam Kehidupan: Hukum membawa keluar batu Tanah Haram.

Nuffnang

Pages

3 Sep 2014

Hukum membawa keluar batu Tanah Haram.

Ketika ramai jemaah umrah bersesak-sesak mendaftarkan diri untuk masuk ke bilik masing-masing, Pak Lang dicuit oleh seorang ketua rombongan. Dia menghulurkan satu kotak kecil barang kiriman dari Malaysia - meminta Pak Lang sampaikan kepada seseorang seperti yang tercatit namanya di kotak tersebut.

Rupa-rupanya - setelah diberitahu - kotak itu mengandungi batu-batu tanah haram yang diambil seseorang semasa berada di tanah suci. Bila dia mengetahui salahnya perbuatan tersebut, batu itu dikembalikan semula ke Mekah!

Demikianlah kemuliaan pada tanah suci ini. Batu-batuannya berharga mulia. Membawanya keluar dari tempat mulia ini sangat 'menyedihkan' batu ini. Ia tidak rela diletakkan di tanah halal yang tidak suci. Terfikir oleh pak Lang, kalau batu Mekah pun ada kemuliaannya, apatah lagi manusianya yang sedang berusaha mendapatkan redha Allah dan Rasul!

Tentulah kemuliaan pada manusia lebih hebat dan agung. Bukankah manusia diciptakan sebaik-baik kejadian. Sebab itu dalam banyak hal, ahli Mekah atau penduduk Mekah mendapat keistimewaan khas daripada Tuhan. Contohnya pelaksanaan dam mesti dilakukan di Mekah (kecuali puasa). Semoga kami yang sedang berada di tanah suci Mekah dan Madinah ini dikurniakan kemuliaan berupa keampunan dan keredaanNya.

Dalam surat khabar al-Madinah Arab Saudi melaporkan, "Seorang jemaah haji Malaysia mengembalikan sebutir batu kecil (lebihan batu Jamrah) yang baru disedarinya setelah dia kembali ke negaranya. Jemaah tersebut bersungguh-sungguh untuk mengembalikannya ke Muzdalifah (tempat dia mengutip batu). Maka beliau memasukkan batu yang telah dibersihkkan dan diwangikan itu ke dalam balang kecil yang berharga kemudian menuliskan sepucuk surat kepada Pengurus pejabat pos tanah suci Mekah dengan menyertakan wang 10 Riyal, memohon supaya membayar kepada pemandu teksi bagi meletakkan batu tersebut ke tempat asalnya. Pengurus pejabat pos (Abdul Muhsin Salmi al-Raddadi) sendiri telah menunaikan amanah tersebut sambil memaklumkan jemaah Malaysia itu serta memulangkan 10 Riyal dengan disertakan Mushaf sebagai hadiah".


Re: Hukum Membawa Keluar Batu Tanah Haram

Kembali kepada persoalan hukum bagi yang mengeluarkan batu atau tanah haram dan membawa pulang ke tanah halal (samada negaranya atau mana-mana tempat) dengan secara sengaja mahupun tidak. Apakah hukumnya?

Sebagai makluman, Muzdalifah dan Mina adalah termasuk dalam tanah haram. Adapun Arafah ianya adalah tanah halal. Imam an-Nawawi berkata; "Ketahuilah bahawa Muzdalifah keseluruhannya adalah dalam kawasan tanah haram". Lihat Syarah Soheh Muslim 8/187.

Walau bagaimana pun ulama telah berselisih pendapat dalam masalah membawa keluar kesan-kesan ini daripada tanah haram ke tanah halal kepada tiga pendapat.

1) Hukumnya adalah harus. Ini adalah Mazhab Hanafi dengan hujah tiada pengharaman nas yang jelas terhadap perkara ini.

2) Makruh. Merupakan pendapat sebahagian ulama Syafie.

3) Haram. Pendapat Imam Syafie dan jumhur ulama Syafieyyah.

Dalil Imam Syafie ialah, "Tiada kebaikan mengeluarkan batu daripada tanah haram, begitu juga tanahnya (tanah haram) keluar ke tanah halal. Kerana tanah haram ada kehormatannya yang telah thabit (tetap) yang jelas berbeza dengan tempat-tempat yang lain. Aku tidak melihat – Walahu a'lam- keharusan bagi seseorang untuk menghapuskannya (kehormatan haram) daripada tanah haram yang jelas berbeza dengan tempat-tempat lain sehingga disamakan". Lihat al-Umm 7/155.

Dalam Mausu'ah al-Feqhiyyah 17/195; "Sesiapa yang mengambil tanah haram dan membawanya keluar maka hendaklah dia memohon keampunan kepada Allah kemudian hendaklah dia memulangkannya ke mana-tempat di tanah haram sekiranya mampu. Tidak wajib memulangkannya sendiri bahkan boleh jika mewakilkan mana-mana orang yang dipercayainya untuk memulangkannya. Jika kedua-keduanya inipun tidak mampu maka hendaklah dia meletakkan batu atau tanah tadi ditempat yang suci. Sesungguhnya Allah berfirman yang bermaksud; "Allah tidak mentaklifkan seseorang itu di luar batas kemampuannya)) al-Baqarah : 286.

Imam an-Nawawi telah menaqalkan pendapat Imam al-Mawardi dan bersetuju dengan pendapat Imam Mawardi; "Maka jika dia mengeluarkan batu daripada tanah haram ataupun tanahnya, hendaklah dia memulangkannaya kembali ke tempatnya atau mengembalikannya ke tanah haram". Lihat al-Majmuk 7/460.

11 comments:

  1. Assalamualaikum..boleh tak besarkan sikit tulisan..Berminat nak baca tapi halus sangat. Terima kasih

    http://acikwatie.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok, acik..dah besarkan dah, semalam lepas copy-paste tak sempat nak ninjau semula.

      Delete
  2. Namun kita sebagai umat Islam yg memegang fahaman imam As-Syafie sebaiknya janganlah ambil. Itu juga yg dinasihatkan berkali-kali oleh mutawif sebelum menunaikan haju. Kakak dulu pun Azie balik selepas selesai Haji kakak tinggalkan aje kasut di sana. Bimbang ada batu terselit di tapak kasut. Boleh aje kalau nak bersihkan tapi kakak beli kasut baru di sana pun murah. Kasut M'sia yg di guna masa ibadah Haji kakak tinggalkan aje...

    ps: terkenang kutip batu di Muzdalifah sebelum ke Mina adalah suatu kenangan manis. rindu suasana itu:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula kzakie..
      seeloknya macam tu kan, berjaga-jaga. Sekarang ni dah masuk musim haji, tu yang cuba cari entri berkaitan buat pengetahuan bersama.

      ps: bila agaknya saya direzekikan..?

      Delete
  3. Doakn knor juga ye...rindu tk terthn ni...

    ReplyDelete
  4. Subhanallah..insyaAllah CN akan ke sana satu hari nnti,sedang menabung dr sekarang ;)

    ReplyDelete
  5. Knor dan CN..

    kita sama-sama menabung dan sama-sama berdoa minta satu hari direzekikan kita plak bertamu ke san, In shaa allah.

    ReplyDelete
  6. rindu betul nak ke sana lagi lepas baca catatan ni.kasut yang saya pakai di sana dah dibersihkan sebelum balik tapi still sayang nak buang walaupun sekarang dah lusuh.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..beruntung Sal muda lagi dah direzekikan dapat ke sana.

      Kasut tu jadi kenangan kan Sal.

      Delete
  7. arghh..bila lah agak nya JM berpeluang jejakna kaki ke Tanah Haram tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah, ada cita-cita tu, satu hari adalah rezekinya., akak pun belum dapat walau sekalipun ke sana.

      Delete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign