Asam Garam Kehidupan: Jom bersedekah setiap hari.

Nuffnang

Pages

8 Sept 2014

Jom bersedekah setiap hari.

Rasulullah kata kita orang perempuan ni lebih ramai dari orang lelaki dalam Neraka, Masya Allah..itu kata-kata Sodiqul Masduq, yang benar lagi dibenarkan, Wal'iyazubillah, moga-moga bukan kita di antara penghuninya, moga-moga dengan syafaat Baginda, kita selamat, dari itu janganlah malas nak berselawat ke atas Baginda.

Rasulullah kata kita ni ramai ke sana kerana jahatnya mulut kita dan kurangnya agama kita. Jahatnya mulut kita pantang ada benda yang tak kena di mata dan hati kita, keluarlah kat mulut kita..bebelan, rungutan, umpatan... Kurangnya agama kita kerana setiap bulan kita ada cuti wajib.

Rasulullah kata kita orang perempuan ni kena banyakkan bersedekah dan beristigfar supaya selamat.
nak sedekah setiap hari..susah juga kan. Bukannya kita jumpa orang susah atau miskin setiap hari, jadi macamana nak bersedekah setiap hari...?

Boleh, nak seribu daya..

  1. Setiap hari kita solat di surau kan, bagi yang bekerja. kat situ mesti ada peti untuk kutip derma surau. So, setiap kali solat, masukkanlah singgit dua, bolehkan...
  2. Bagi sedekah kat anak-anak, Macam Kzakie purvitt tu, untung dia ajar ngaji, setiap hari boleh bagi sedekah makan kat anak-anak mengaji dia. CN pun boleh try cari pelajar dia yang agak-agak susah tu, belanja makan waktu rehat. kan CN.
  3. Bagi makan kat burung-burung., kucing jalanan..In shaa Allah..mereka akan mendoakan kebaikan untuk kita.
  4. Senyum, senyum itu sedekah..
  5. Kat tadika saya ada seorang anak yatim perempuan, ayahnya meninggal semasa tolong buat kerja-kerja mutawwif di Mekah, so..sape sudi nak salurkan bantuan boleh contact my emel..azie.shukor@gmail.com...kalau percayala.
Opss..dah subuh, solat dulu ya kawan-kawan. Nanti In shaa Allah saya tunjukkan gambar pelajar yatim saya tu.

6 comments:

  1. betul tu nak seribu daya tak nak seribu dalih..semua tu dari diri sendiri kan kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dari diri kita, dan untuk diri kita juga buat bekalan perjalanan yang tiada penghujungnya tu.

      Delete
  2. Baru ni IM dengar ceramah ustaz Fawwaz pasal mudahnya dapat pahala.... link kat sini: https://www.facebook.com/video.php?v=637408329708205&set=vb.575918659190506&type=2&theater

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah ada masa bolehla saya tinjau2.

      Delete
  3. Sayu hati kakak bila kata anak yatim itu Azie..
    Moga ada bantuan dari sana-sini. Ibunya tak bekerja ke Azie?
    Tapi ayahnya sebelum ini tugasannya sgt murni dan meninggal pun di tanah haram - bestnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ibu dia kerja biasa-biasa je, bukan orang senangla. Sekarang tinggal kat Rumah Amal berhampiran tadika saya bertugas.

      Delete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign