Asam Garam Kehidupan: Maafkanlah..

Nuffnang

Pages

11 Sep 2014

Maafkanlah..

Di hadapan Qadhi Rabbul Jalil terjadi peristiwa dakwa-mendakwa antara dua orang dari ummat Nabi Muhammad SAW. Berkata salah seorang dari mereka...

" Ya Rabbi, orang ini telah menzalimi aku sewaktu di dunia"
Berfirman Allah Taala...

" Amalan kebaikan penzalim hendaklah dipindahkan ke dacing kebajikan orang yang dizalim."

Setelah habis semua amalannya dipindahkan masih belum juga tertebus, maka Allah berfirman..

" Amalan kejahatan  yang kena zalim hendaklah dipindahkan ke dacing kejahatan penzalim."

Setelah habis dipindahkan amalan kejahatan itu, tapi masih belum juga tertebus.  Tiba-tiba sahaja suasana berubah kerana di hadapan mereka berdua telah muncul mahligai-mahligai syurga yang indah tiada tandingan. Maka bertanyalah hamba yang berdua itu.

" Untuk siapa ini ya Rabbi?' Allah menjawab, " Untuk hambaKu yang mahu memaafkan sahabatnya yang berlaku zalim ke atasnya."
Maka berkata orang yang dizalimi..." Ya Rabbi, maafkan perbuatan sahabatku ini, dan aku pun memaafkan dia," Dan mahligai itu menjadi miliknya di syurga....

----memaafkan dengan penuh ihklas itu memang tidak mudah, , ..dan meminta maaf setelah sedar kesilapan diri juga amat payah, berperang hebat kat dalam, terasa jatuh maruah diri, jatuh ego..sebab itu ganjarannya hebat bagi yang sudi memberi dan meminta maaf dengan ikhlas...

Mahligai dunia pun aku tak mampu miliki, apakah aku mampu miliki mahligai di
sana? ...ihsan google.

5 comments:

  1. Moga kita mampu duduk dimahligai indah 'di sana' Azie.
    Nak pupuk diri jadi pemaaf bukan mudah. Mulut kadang tak seiring dgn hati - itu yg payah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa tak layak kzakie, dengan amal yg tak seberapa dan hati yang masih jahat ni..:(

      betul tu, mulut kata boleh memaafkan, hati belum tentu.

      Delete
  2. Terlalu payah dan teramat payah memberikan kemaafan pada seorg hamba ALLAH ini...berkali mencuba masih gagal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mintala dengan Allah agar dilembutkan hati kita, hati kita milik DIA.

      Delete
  3. subhanallah besar betul ganjaran kepada mereka yg pemaafkan..TAPI amat berat jika ingin memaafkan org..arghh...perlu lebih muhasabah diri lepas nih

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign