Asam Garam Kehidupan: Macam ni kot semua ibu rasa.

Nuffnang

Pages

17 Sep 2014

Macam ni kot semua ibu rasa.

Assalam buat teman-teman alamaya yang amat dikasihi...Alhamdulillah sehingga petang ni kita masih diberi peluang hidup...

Hmmmm...ada ke orang yang sudi membaca nak tulis pasal anak lagi ni. Hu hu..takpelah, kalau tak sudi biarkan je yek.

Kakak dah nak balik esok pagi, naik bas pukul 9 pagi di stesen bas Kajang. Ibu tak dapat hantar, esok ibu kerja. Alahai..selalunya kakak akan naik bas hari sabtu, tapi kali ni kena balik awal sebab ada minggu prestasi pelajar spm katanya. Takpelah..

Dah seminggu berkumpul semua anak-anak di rumah ni, ibu tak senang duduk. Kalau boleh ibu nak masakkan semua yang anak-anak nak makan, Alhamdulillah..ada yang terpenuhi macam nasi ayam, kari daging, ikan masak lemak cili api ( kakak minta masakkan ikan keli, tapi ibu tak reti nak uruskan ikan keli tu, dengan badan yang licin berkilat tu, ibu geli ), spegeti tekak melayu, semoga kakak tak terkilan bila balik asrama nanti. Malam ni nak masakkan sagu pelangi plak, permintaan kakak untuk bawak balik share makan ngan kawan-kawan, In shaa Allah, tunggu abah balik bawak sagu, tadi adik-adik dah pegi kedai aceh kat depan tu, tapi sagunya takde.

Hati ibu ni dah mula berbunga sedih tau. Minta maaf sebab tengahari tadi ibu tengking kakak sebab leka dok main candy crush padahal zohor dah lama masuk, barang-barang pun belum packing lagi, kalau ada yang tertinggal kan susah.

Minggu depan, rumah ibu akan kembali sunyi, kakak, abang dah balik asrama, iman, nadhrah dah mula sekolah semula, lepas maghrib je diorang dah mula keletihan, nak buat homework pun kadang tak sempat...
kenangan di Dataran shah Bandar, kuala terengganu.

9 comments:

  1. tak puaskan dengan anak-anak ni...moga permudahkan segala urusan dan moga anak NA selamat sampai

    ReplyDelete
  2. Cer Nor Azimah dapat maklumbalas rakan2 blogger yang lain, ok tak baca entri kat sini?? mungkin ada kesilapan setting kot..

    Saya tak berani nak baca, berpinar mata sebab tulisan bergerak2.. tapi jika buka guna telefon ok. cuma lappy jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Skrg ni sy online guna phone, elok jer..

      Jgn lupa share resepi sagu pelangi,mesti lazat..

      Delete
  3. Mungkin lah kot. Biasa mak buat muka biasa je kalau anak2 nak balik . tapi dalam hati siapa tau kan...

    Saya suka je baca pasal anak2. Boleh buat panduan di masa depan . Majoriti blog saya follow pun blog mak orang. Hehe

    ReplyDelete
  4. Majoriti hati seorang ibu akan berasa demikian...
    Harap anak2 akan merasa yang sama apa yang ibu rasakan...

    Kalau tidak pun sekurang2nya hargai apa yang telah ibu cuba buat untuk memenuhi permintaan anak2...

    ReplyDelete
  5. samalah dgn kita...

    bising dan gaduh tu lumrah,,
    kadang mood masak ke laut juga..jom makan luar..

    ReplyDelete
  6. semoga berjaya dlm spm nanti ye...fokus sbb spm la hala tuju ke mana slps itu..
    ramai yg tak dpt masuk mana2 ipta..

    ReplyDelete
  7. waktu cuti sekolah yang paling best kan kak Azie ..dapat berkumpul semua anak beranak, masak makan ramai2..meriah..bila masing2 dh balik ke asrama pasti akan terasa kesunyian tu kan

    ReplyDelete
  8. semua mak-mak akan rasa sama. lepas anak balik asrama..kita pun sunyi dan tak sibuk, masa tu lah baru terfikir nak masak apa dan rasa terkilan masa tu anak2 takde kat rumah. bila mereka dak besar dan semua dah berkeluarga, lagilah rasa nak di putar masa tu kezaman mereka masih kecil dan memerlukan kita. rasanya semua permintaan mereka kita nak penuhi..huhuh

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign