Asam Garam Kehidupan: SANTAN kurangkan kolesterol.

Nuffnang

Pages

2 Sept 2014

SANTAN kurangkan kolesterol.

Saya kalau beli 'paper' tak pernah habis baca.  Bila nak buat lapik meja ke, lapik masa nak nyiang-nyiang sayur tu jumpa plak artikel menarik, eh! belum baca lagi nih, laaa..sib baik perasan, boleh gak syer kat sini. Saya banyak salah faham dengan santan ni. Sampai jarang sangat masak guna santan, sebab takutkan kolesterol. Rupanya tak camtu. Jom kita baca sesame yek. Ni dalam Metro Ahad bertarikh 10 ogos 2014. Gigih saya menaipnya tau...dalam usaha nak mendatangkan balik mood menulis entri...
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pada Aidlfitri, pelbagai jenis juadah disediakan untuk menjamu tetamu yang menziarahi rumah kita. Makanan yang disediakan biasanya menggunakan santan seperti rendang, lemang, kari dan lodeh.

Santan kelapa bahan masakan yang digunakan masyarakat di Malaysia sejak dulu lagi. Bagi masyarakat di Negeri Sembilan, masak lemak cili api diamalkan hampir setiap hari juga menggunakan santan. Masyarakat India dan kebanyakan penduduk di asia Tenggara dan kepulauan Pasifik adalah pengguna santan yang tinggi dalam masakan harian mereka.

Selalunya santan dikatakan 'lemak tepu tidak sihat' dan boleh menyebabkan masalah kolesterol tinggi. Namun kajian saians terkini merumuskan santan atau minyak kelapa bukan masalah kolesterol tinggi. Banyak lapuran kajian sains terkini dalam jurnal perubatan menunjukkan santan bukan faktor utama menyebabkan masalah kolesterol tinggi.

Kajian juga mendapati penduduk dunia yang makan santan setiap hari mempunyai kadar penyakit jantung lebih rendah berbanding masyarakat moden yang mengambil makanan segera  dan makanan proses mengandungi 'asid lemak trans' yang jauh lebih berbahaya kepada kesihatan.

satu kajian dijalankan di Karala. India yang dilaporkan dalan Indian Jurnal of Blochemistry pada 2009 menunjukkan, pengambilan santan dalam makanan memberi kesan positif kepada kesihatan. Kajian ini membandingkan pengambilan minyak kelapa dengan pengambilan minyak bunga matahari dalam makanan seharian dan perbezaannya dengan paras kolestrol antara kedua-duanya.

kajian ini merumuskan tiada perbezaan antara pengambilan kedua-dua jenis minyak masak ini dengan paras kolestrol dalam darah.Oleh itu, pendapat menyatakan pengambilan santan menyebabkan peningkatan paras kolestrol dalam darah kurang tepat.

Satu kajian dilaporkan dalan jurnak perubatanAsia Pasifik pada 2011 di Filipina mendapati, pengambilan minyak kelapa dalam makanan seharaian dalam kalangan wanita pramonopous meningkatkan kolestrol baik HDL -c dan menurunkan kolestrol jahat jenis LDL dan Trigliserida. Berdasarkan kajian ini, pengambilan santan menurunkan paras kolestrol LDL dan bukan meningkatkannya. Oleh itu, ia berfaedah menurunkan risiko penyakit jantung.

Lebih menarik, data dari Filipina dilaporkan oleh Philipine National Nutrition Survey ( PNNS ) pada 2003 juga mendapati relatif insiden rendah untuk masalah kolesrol berlebihan  ( Hypercholesrolemia ) darah tinggi ( hipertensian ) angin ahmar (srtok ) dan sakit jantung ( angina ) dalam kalangan penduduk Bicol yang mengambil santan dan minyak kelapa tinggi dalam makanan harian mereka berbanding daerah lain di Filipina.

Profesor Philip Legrand dari Perancis iaitu pakar Biokimia dari makmal Biokimia dan pemakanan Manusia di Universiti Agromidi, Rennes, Perancis mempunyai pendapat sama mengenai santan dan kesannya kepada paras kolestrol. Menurutnya, bahan dalam santan atau minyak kelapa iaitu asid Laurik dan asid miristik yang juga asid lemak dalam kumpulan asid lemak rantaian sederhana ( MCFA ) lebih cepat dimetabolismekan dalam hati manusia dan menurunkan paras kolesterol . Oleh itu ia mengurangkan risijo penyakit kardiovaskular.

Santan atau minyak kelapa juga mempunyai kesan positif lain seperti anti keradangan, anti fungal, anti virus, anti mikrobial dan anti protozoa. Menurutnya santan boleh jadi sebahagian diet sihat jika diambil secara sederhana dan tidak menyebabkan peningkatan kolesterol dalam darah.

Kajian terkini mendapati pengambilan asid lemak trans, karbohidrat dan gula tinggi lebih berkait rapat dengan maslah penyakit kardiovaskular dan peningkatan paras kolestrol berbanding pengambilan lemak tepu atau minyak dalam masakan. Kajian juga mendapat pesakit kencing manis selalunya mempunyai paras kolestrol lebih tinggi kerana paras gula tinggi dalam darah walaupun tidak makan santan setiap hari.

Namun kita perlu berjaga-jaga dan bersederhana dalam pengambilan santan kerana jumlah kalori tinggi. Strategi lebih baik untuk mengawal paras kolestrol adalah mengurangkan gula dan asid lemak trans dalam pemakan seharian berbanding 'berpantang santan', in shaa Allah.

- Doktor Norman Muhammad Norawi- Pengamal perubatan Am, Pengkususan Aestetik, Anti Penuaan & Perubatan Regenaratif-

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tu la kan kengkawan, dalam pemakanan ni memang kita perlu bersederhana, sebab penyakit tu datangnya dari perut. Kalau kita main hentam je makan semua benda walaupun halal yang susah kemudian harinya tu kita juga, ye tak? Rasulullah sendiri amat menjaga pemakanannya dengan cara makan setelah benar-benar lapar dan berhenti sebelum kenyang.

Sooo, lepas ni saya bole la masak nasik lemak selalu, masak lomak cili api, masak kari, masak kurma..cuma terus-terang, saya malas nak blend kelapa selalu. Blend? ha'ah..blend supaya santannya lebih pekat. Lagipun buat family saya yang cuma tinggal berlima ni, sebiji kelapa tu boleh guna 3 kali. Beli sebiji bagi 3 bahagian, lebihnya simpan dalam freezer atas, boleh tahan sebulan. Nak guna kenalah campur air panas dan blend, so rasa santannya in shaa allah masih fresh.

ihsan google.

5 comments:

  1. yang penting..bersederhana.atuk nenek kita dulu sihat je walaupun banyak makan santan..huhu

    ReplyDelete
  2. ha'ah kan, orang dulu-dulu sihat je, orang sekarang ni banyak makanan segera, tu yang penyakit datang segera.

    ReplyDelete
  3. ohh...barulah faham sekarang...bila sebut Santan je mesti di kaitkan dgn kolestrol kan.rupanya tidak..

    ReplyDelete
  4. tula..akak pun dari dulu ingat camtu, sekarang baru rasa senang hati sikit nak masak pakai santan nih.

    ReplyDelete
  5. Betul tu,org dulu ok jer hari2 mkn food ada santan..

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign