Asam Garam Kehidupan: Semut api dan syaitan kena ikat kat mane..?

Nuffnang

Pages

29 Sept 2014

Semut api dan syaitan kena ikat kat mane..?

" Ibu, semut api tu ada api ke bila dia gigit orang?"
"Tak, nama dia je semut api, tapi takde api pun."
"Ada api kecik je ke?'
"Takde, sakit macam kena api je..."

"Ibu, syaitan tu kena ikat kat mana?"
( aku faham, dia maksudkan tempat syaitan tu diikat kat mana )
"Ikat kat tangan dengan kaki dialah." ( aku berpusing memikiokan jawapan yang dia boleh terima dan faham )
"Bukan..kat syurga ke kat neraka?"
" Masa bulan puasa ke?"
" haaa"
" Kat nerakalah." ( kot...sebenarnya dari kecik sampai remaja aku pun memikirkan hal ni, kat mane syaitan diikat sebenarnya masa bulan puasa tu, kat neraka ke? ke ada satu tempat khusus sebagai penjara mereka masa bulan ramadhan tu, sape tau, terus-terang saya sebenarnya tak tau )

Rehat jap, bercerita pasal soalan Umar Zikri ni. Pasni ada lagi keje yang belum selesai. Start minggu ni saya pegi keje hari selasa, kamis dan jumaat, oppss..kena berenti dulu, laparrr...
Saya sibuk dengan kerja-kerja menghiasa tadika awal tahun dulu, dia penat
atas meja yang penuh buku ni pun dia boleh lena..

18 comments:

  1. Nanti bila dia kena gigit dengan semut apai baru dia tahu pasal apa dipanggil semut api...

    Kat trek tempat IM selalu riadah sekarang ini ada banyak semut api. Ini mengingatkan IM massa kecik-kecik dulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa kecik dulu, ada kelengkiak, IM tau tak menatang apa tu, besar lagi dari kerengga, sakit kalu kena gigit, bisa dan panas je, budak2 sekarang mana nak jumpa semua tu.

      Delete
    2. Haa... kami panggil kongkiak (maaf...)...

      Delete
    3. Oo, lebih kurang je bunyinya

      Delete
  2. baya macam ni memang banyak nak tau, seronok melayan tapi kadang-kadang letih jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya sal, kadang sampai tak terjawab, macam soalan kat atas tu, syaitan kena ikat kat mane...aduhai..

      Delete
  3. Di ikat dalam istilah sebenarnya dibelenggu yg Allah saja yg tahu. Tidak berupaya buat syaitan dan anak-anak jin utk menggoda. Tetapi jin (kafir & Islam) tetap berkeliaran dan setengah ulama mengatakan jin inilah yg sentiasa menggoda umat Islam di bulan Ramadhan - wallahualam. Cuba google Azie.

    Kadang-kadang soalan budak cerdik buat kita kena rajin utk terus belajar.

    Buat anakanda Zikri syukran bagi auntie-auntie dan uncle semua berfikir. Auntie zakie ni sebenarnya cuba mengingat kembali tazkirah-tazkirah yg pernah dihadiri dari soalan itu hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukran juga kpd auntie zakie bagi sedikit pencerahan, he he..
      In shaa Allah kenalah maknya ni belajar lagi mendalam kan.

      Delete
  4. soalan dia sangat bernas
    kena tanya ustaz dan ustazah untuk kepastian :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa Allah, google ke, tanya ustaz, ustazah ke, maknya perlu banyak belajar lagi nih.

      Delete
  5. budak cerdik selalu mengutarakan soalan yang kita tak jangkakan..jenuh juga nak menjawab kalau kita tak berapa tahu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cerdik, tapi ngelat nak belajar.
      memang jenuh supaya apa yg kita jawab tu, dia boleh terima dgn logik akal dia.

      Delete
  6. pandainya zikri, duk dengar syaitan kenaikat tapi kat mana.. semut api merah macam api kut mmm aunty pun garu kepala :)

    ReplyDelete
  7. untie Fair pun garu kepala yea, ha ha
    maknya ni lagi pening nak ngadap macam-macam soalan dia.

    ReplyDelete
  8. Salam aidiladha dari CN & Keluarga ;)

    ReplyDelete
  9. Salam Aidil Adha juga buat CN dan keluarga. :)

    ReplyDelete
  10. kadang2 soalan anak2 buat kita terkedu sekejap.. ;)

    ReplyDelete
  11. memang selalu terkedu, senyap dulu kena memikir apa nak jawab, ha ha.

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign