Asam Garam Kehidupan: Abdullah dah balik Afghanistan.

Nuffnang

Pages

31 Oct 2014

Abdullah dah balik Afghanistan.

Dah sebulan Abdullah balik Afghnistan. Tiba hari ni rasa rindu pulak kat budak tu. Masa dia ada dulu suasana bising memanjang, dia tak boleh duduk diam, rata dia merayau dari atas ke bawah, dahla mulutnya becok tak tau butir bicara pun kekadang tu...sekarang ni jauh beza suasana kelas, kadang-kadang saya bagi diorang buat aktiviti, saya boleh tinggalkan diorang tanpa bimbang macam masa Abdullah ni ada dulu.

Saya ingat lagi, masa mula-mula dia masuk, kami tak faham pun apa yang dia cakap. Setiap pukul 10 pagi mak dia datang sebab nak suruh dia kencing. Kami plak pelik kenapa selalu ada air kuning atas penutup lubang tandas duduk tu. Satu hari tu, mak dia tak datang, dia pergi toilet sendiri, rupanya dia kencing berdiri pancut atas penutup tu, Masya Allah....tak basuh pun burung dia, keluar toilet pun tak basuh kaki, aduhaiiii...

Satu hal nak latih dia kencing duduk, basuh dan keluar cuci kaki dulu. Ambik masa juga, tapi Alhamdulillah boleh.

Cuma agak terkilan sikit sebab parent dia tak bagitau nak balik Afghan, jadi buku-buku tadika dia tak sempat kami pulangkan. Pegi rumah sewa diorang, tengok dah ada penyewa lain.

Bagi saya secara peribadinya, saya terkilan sebab tak sempat nak minta maaf sebab selalu marahkan si Abdullah ni, hilang sabar saya sebab selalu bergaduh dengan budak-budak lain. Apapun, moga dia menjadi anak yang soleh..

7 comments:

  1. Sebut anak Afghanistan kakak bayangkan mentallity peluang mereka yg kental
    Itulah agaknya Abdullah pun kental sebab itu agak nakal sikit kerana usia yg masih kanak-kanak.
    Budak macam inilah bila tak ada kita akan terkenang dan rindu kan Azie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. peribadi mereka ni kasar disbbkan suasana hidup mereka di sana yg memerlukan mereka begitu, kadang tu dia nak bergurau tapi guraunya kasar, dahla kawan menangis..
      mula dia takde dulu rasa lega, sekarang ni terasa rindula plak..

      Delete
  2. Eh... pejuanglah Azie bukan peluang typo hihi...

    ReplyDelete
  3. dah tak ada dah budak comel ni ye..kadang-kadang budak-budak ni dia ada kita asyik rasa nak marah je..bila takde, teringat-ingat pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pun sal, kalau dia ada akak asyik marah je kat dia sbb asyik cari pasal, bila dah takde terkenangla plak kat dia.

      Delete
  4. Pernah rasa apa yang Nor Azimah alami, anak angkat yang kita jaga hampir 2 tahun tiba2 diambil oleh orang tuanya tanpa sepatah kata, mula2 memang rindu tapi keraskan hati ini, setkan diminda 'anak orang...'

    ReplyDelete
  5. kalau jaga cam anak sendiri tu memang rasa sayang sangat kan UA, tapi dah anak org, takleh nak cakap apa la bila diorang nak amik semula.

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign