Asam Garam Kehidupan: Munajat ku.

Nuffnang

Pages

8 Oct 2014

Munajat ku.

Ya Allah, ya Rahman, ya Rahim...wahai yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui..hambaMu  ini lemah, banyaknya dosaku, umpama buih-buih yang memutih di lautan, sungguh ia menyiksakan hatiku ya Allah... aku ingin sekali menambah amal kebajikanku, sedekahku, khidmatku terhadap suamiku sebagai bekal sebuah perjalanan yang amat panjang itu, Kau permudahkanlah ya Allah, janganlah ia menjadi bebanan perasaanku.
.
Kadang aku terlalai jua, hanyut dengan sedikit nikmat yang Kau kurniakan, maka aku ingin memohon pimpinanMu selalu..jangan biarkan aku ya Allah, jika Kau biarkan..., aku akan jadi orang yang paling malang ya Allah, ingatkanlah aku selalu, dan jadikan aku tabah, kuat untuk menghadapi ujianMu ya Allah...tolong...

Akhir sekali ya Allah, hamba memohon..rahmat, kasih-sayang dan pengampunanMu buat ibuku, tolong ampunkanlah segala dosa ibuku, terimalah segala amal ibadahnya semasa hayatnya dulu sebagai amal yang ikhlas, tempatkan ibuku di kalangan hambaMu yang Kau redhai dan aku memohon ya Allah agar Kau satukan aku bersama ibuku di syurgaMu nanti ya Allah..
Aminnn, aminn, ya Allah.

4 comments:

  1. Amin amin ya Robbal 'alamiin..
    Doa kakak juga Azie moga himpunan harapan didengar olehNya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin, aminn..terimakasih kerana sudi mendoakan kebaikan, moga doa seorang sahabat didengarNya.

      Delete
  2. Amin... moga kita menjadi wanita bahagia, biasa di mana patut bersedekah NA di masjid je ke atau di rumah anak yatim, di kampung-kampung atau negara luar Sejauh ni NA kenal siapa yang miskin fakir? Maaf terfikir pula di pagi pagi ni :)

    ReplyDelete
  3. amin, aminn.
    Tengok keadaan Fair, senang di tabung-tabung masjid, kat tadika saya ada sorang anak yatim, dan saya ada seorang sahabat dhaif yang memang perlukan bantuan, pernah saya kisahkan dalam entri-gosok telekung, rajinnya, suaminya cuma sorang jaga, dia pun dah tak mengurut lagi kerana tak berapa sihat.

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign