Asam Garam Kehidupan: Nikmat umur.

Nuffnang

Pages

13 Oct 2014

Nikmat umur.

Pada suatu ketika sedang Nabi Isa berjalan di sebuah padang pasir yang panas dan tandus, Baginda terkejut apabila melihat seorang tua sedang beribadah di tengah panas terik tanpa sebarang tempat teduh. Nabi Isa bertanya, " Wahai orang tua, mengapa tidak kamu dirikan sebuah pondok kecil sebagai tempat berlindung ketika beribadah?" Orang tua itu menjawab, " Saya tidak sempat."

Nabi Isa bertanya lagi, " Berapa tahunkah umurmu dan sudah berapa lamakah kamu beribadah begini?" Orang tua itu menjawab, " Umur saya 700 tahun dan saya sudah beribadah seperti ini sudah selama 600 tahun. 

Nabi Isa tercengang dan berkata, " Sepanjang itu umurmu, dan kamu tidak memikirkan untuk mendirikan sebuah pondok kecil untuk beribadah?" Nabi Isa terharu melihat kegigihan orang tua itu dan erus berkata, " Akan datang satu zaman di mana umur manusia pendek-pendek iaitu tidak sampai pun seratus tahun... tetapi mereka mendirikan bangunan yang tinggi dan mewah-mewah untuk berbangga-bangga," Orang tua itu terkejut dan mengeluh, " Kalau saya umur seratus tahun...akan saya gunakan untuk sujud sahaja kepada Allah SWT.

* Rasulullah SAW bersabda: " Aku menangis kerana Jibril datang memberitahuku bahawa Allah malu untuk menyeksa orang yang telah beruban di kalangan ummatku, tetapi kenapa orang yang telah beruban tidak malu membuat dosa *

ihsan google.

6 comments:

  1. Zaman yg disebut tu zaman kitalah kan NA.....malunya, banyakny leka dpd beribadat zmaan kita ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, zaman kita, umur kita pendek, tapi kita berusaha untuk kehidupan duniawi kita melebihi usaha utk kehidupan yang kekal abadi itu.
      Thanks ziarah sini dan tinggalkan komen:-)

      Delete
  2. perkongsian yang menarik kak, terima kasih kerana sudi berkongsi sesuatu yang bermanfaat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya farah, peringatan utk diri akak juga, moga kita sama-sama mengambil iktibar utk sempadan hidup kita

      Delete
  3. Macam terkena kat IM je nih...heh..heh!

    ReplyDelete
  4. Terkena yg benar tkpe kan IM..:-)

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign