Asam Garam Kehidupan: Sedih..sob..sob..

Nuffnang

Pages

7 Oct 2014

Sedih..sob..sob..

Dalam pukul 11.30 pagi semalam kami bertolak balik. Dalam hati dah plan nak masakkan daging korban tu bekal kakak di asrama share dengan kawan-kawan. Nak masak kering-kering biar tahan untuk dua tiga hari. MIL siap ajarkan, tumbuk lada hitam, jintan manis, jintan putih, bawang,halia, saya olah pandai-pandai sendiri, tambah serbuk kari, kicap, ermmm..cam sedap jer
.
Sampai rumah terus rebus daging. Mak sedara cakap rebus biar semua darah lebihan tu keluar, air rebusannya jangan guna sebab bisa, tak elok untuk kesihatan, kalau tawar tambahla gula. Tapi daging baru In shaa Allah tak tawar. Kakak tolong potongkan daging nipis-nipis. Dia pun tak sabar nak bagi kengkawan dia cuba masakan ibu dia.

Siap masak saya asingkan dua bekas, satu untuk kakak, satu untuk abang. Kakak punya saya lebihkan. Rupanya si abang yang dok asyik dengan game tak perasan, dia ingatkan yang banyak tu dia punya, dia amik letak atas peti sejuk. Kakak yang sibuk kemas barang nak balik naik bas malam ingatkan saya dah masukkan dalam beg. Dalam kereta dah sesuku jalan, kakak tanya kat mane bekal daging dia, yang saya pulak ingatkan kakak dah ambil bahagian dia, si abang pun mengaku dia amik simpan atas peti, laaaaa... takkan adanya abah nak patah balik rumah, kang tertinggal bas satu hal pulak. Sepatutnya kakak naik bas pagi isnin, tapi takde tiket, yang ada tiket bas tambahan isnin malam selasa, jam 10 malam.

" Takpelah bu, biarlah kat rumah, kat rumah adik-adik boleh makan, kita pun dah makan banyak tadi." Kakak nak menyedapkan hati ibu. Tapi hati ibu ni jadi terkilan tak sudah, sebab masa kakak dok ratah-ratah lauk tu, ibu marah. Ibu bimbang nanti tinggal sikit je untuk bawak bekal. Memang nampak sikit, walaupun dah masak dua kilo daging, sebab dah masak kering-kering. Kalau ibu tahu ibu takkan larang kakak ratah, biar kakak makan puas-puas. Sudahnya ibu menangis sedih subuh pagi tadi, masih rasa terkilan sesangat...

Agaknya rasa terkilan macam nilah yang tokma rasa masa ibu tertinggal daging korban yang dia simpankan untuk ibu dulu...
asalnya penuh, dah tinggal separuh, jadi lauk makan tengahari
adik-adik kat rumah.

No comments:

Post a Comment

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign