Asam Garam Kehidupan: Jika engkau kaya..atau miskin..

Nuffnang

Pages

13 Nov 2014

Jika engkau kaya..atau miskin..

Kiranya gedung besar itu milikmu, berbahagialah engkau. Kedudukanmu tinggi di mata masyarakat. Engkau dipuji dan dimuliakan. Engkau punya tempat dalam majlis. Tetapi...sekiranya kemiskinan melingkari hidupmu, lapangkanlah hatimu. Jangan kau gusar dengan kemiskinan. sekurang-kurangnya engkau telah terpelihara dari satu penyakit jiwa yang sering menyerang si kaya iaitu kesombongan dan tamak haloba.

Jadikanlah dirimu si miskin yang redha. Contohilah Fatimah. puteri Rasulullah. Fikiranmu bebas dari memikirkan harta sedangkan si kaya kerisauan kalau hartanya hilang. Lupakah si kaya pada Nabi Sulaiman? Perbendaharaan dunia di tangannya tapi dia tidak cinta dunia. Bagi si miskin jauhilah sikap meminta-minta. Biarlah kau miskin harta asal kaya jiwa.

Kemiskinan adalah nikmat. Tidak ada jalan bagi orang lain untuk berkecil hati atau dengki. Sabda Rasulullah.."Hai orang-orang fakir yang mukmin, sukakah saya beritakan padamu khabar gembira? Sesungguhnya orang fakir yang mukmin akan masuk syurga sebelum orang kaya kira-kira setengah hari  ( iaitu lima ratus tahun )"

...1 syawal 1435H- terlepas dari lensa kamera saya ( al maklum tak berapa nak peka ), saya menyaksikan satu keluarga yang tanpa rasa malu naik motosikal yang ada kotak barang di tepi untuk meraikan syawal....

..saat menaip entri ni, tengah terngiang-ngiang plak lagu..".kalau aku kaya, hari-hari hari raya, bil-bil jiran keluarga, semua aku belanja.." Wow...betul ke bole macam tu...?.

motosikal macam nilah yang saya maksudkan, tapi tempat letak barang tu dikeluarkan supaya
mudah duduk di dalam kotak-ihsan google-http://aboypunye.blogspot.com/2010/06/abg-si-penjaja-buah-potong.html

5 comments:

  1. Assalamualaikum...tengah duk rasa sesak terbaca pulak entry ni terus cepat2 rasa syukur...TQ

    ReplyDelete
  2. Wsalam, Alhamdulillah..akak doakan muga Allah brikan kelapangan hati, In shaa Allah.

    ReplyDelete
  3. Syukur sentiasa dgn rezeki drp-nya. Salah satu asma Allah ialah Ar-Razzaq yg bermaksud Tuhan Yang Maha Mmeberi Rezeki..

    Kaya atau miskin yg bersyukur adalah gol yg diredhai Allah, begitu juga sebaliknya.

    Kaya yg memanfaatkan hartanya ke jalan Allah amat mulia di sisi Allah dan si miskin yg engkar amat hina di sisi Maha Pencipta, hinggakan terdapat hadis sahih berbunyi, kemiskinan itu menghampiri kekufuran.

    ReplyDelete
  4. tq Shameel..peringatan buat bersama.

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign